Pada zaman sekolah menengah dulu, saya bersama rakan-rakan telah mengutip derma daripada penduduk perumahan. Kami bukan kutip derma kerana kami mengalami kesulitan hidup tetapi ia adalah satu kempen yang dianjurkan pihak sekolah untuk membina kemudahan yang lebih selesa di sekolah itu.
Pihak sekolah akan memberikan hadiah kepada sesiapa yang berjaya mengumpul kutipan tertinggi. Jadi dengan buat muka selemba, kami pergi ketuk pintu ke pintu untuk meminta derma.
Malangnya, kutipan masa itu sangat tidak memberangsangkan. Jadi kami gunakan duit itu untuk beli gula-gula dan ice cream. Setelah besar, saya telah menyesal atas perbuatan saya itu. Sekarang saya ingin menyerahkan wang derma itu dengan cara menderma kepada masjid atau surau. Adakah saya telah betul-betul menebus kesalahan saya ini?
- Jika kita telah bertaubat dari perbuatan masa silam, maka bertaubatlah dengan taubat nasuha, kerana rezeki yang kita makan dengana cara yang haram akan menutup hati daripada kebenaran. Jika kesedaran itu timbul bererti Allah telah memberikan hidayah atau petunjuk-Nya kepada kita.
- Mengenai wang derma tersebut ada baiknya diserahkan kepada pihak sekolah, kerana perubahan yang terjadi bukan kepada perkara maksiat. Tugas anda adalah menyampaikan hajat kaum muslimin yang mempercayai anda lima tahun yang lalu.
- Ada baiknya dalam memulangkan wang tersebut, tirulah sikap Rasulullah. Kerana Rasulullah SAW ketika memulangkan pinjaman baginda sebanyak satu gantang kurma kepada seorang yahudi, maka baginda menghadiahkan satu gantang lagi kepada orang yahudi tersebut. Sehingga ia menerima dua gantang kurma daripada Rasulullah SAW. Mungkin cara ini dapat membersihkan hati kita dari sesuatu yang meresahkan jiwa.
6 comments:
salam ukhwah..
semoga kita terlindung dari benda2 yg bukan milik kita..thanx for sharing
sebab tu kita kena nilai dulu tingkah laku kita sebelum bertindak.. jgn main redah je.. hehe
salah satu cara nak hilangkan daging yang haram kerana makan duit haram adalah basuh dengan api neraka..beringatlah sesama kita..=.=
btw, aku ex-PUO bulan 11 habis hari tu..=)
Zack, kau duduk kt TC ekh?
takot betul la kalau nanti takley nak mengucap sebab makan duit orang derma..
IKLAN FREE & Follow Blog Labi-Labi NineMustafa
& JariPlastik
LabiLabi da follow kamu
Labu : kalo hidup kita penuh dgn amalan agama, inshaAllah kita boleh mengucap..
Post a Comment