Assalamualaikum, pada post Tutorial dan Cara-Cara kali ini, Firz ingin berkongsi tips bagaimana mahu menambahkan ketinggian tubuh badan. Hal ini sangat penting kepada sesiapa yang ingin menjadi model. Selain itu, lelaki yang mempunyai ketinggian lebih digemari perempuan bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia.
Punca kenapa badan tak tinggi-tinggi dari zaman kanak-kanak sampai sekarang :
- Faktor keturunan. (keluarga orang yang tidak tinngi ini kekurangan hormon somatotropin iaitu hormon pertumbuhan)
- Hormon somatotropin berfungsi untuk mengendalikan pertumbuhan tulang. Pada usia 12 -14 tahun, hormon ini banyak dihasil dan dirembeskan untuk merangsang pertumbuhan tulang.
- Pada usia 20 an, hormon ini sudah berhenti penghasilannya. (kecuali jika anda pakai ubat-ubat tertentu untuk mengaktifkannya kembali)
- Hormon ini juga boleh berhenti pada sebelum waktunya, disebabkan anda mengalami tekanan dalam kehidupan.
- Diet yang tidak berlebihan.
- Posisi tidur yang salah.
- Sukan yang tidak sesuai.
- Mengalami kecacatan.
Cara Menambahkan Ketinggian :
- Anda perlu menjalani kehidupan seperti biasa tanpa mengalami stress yang berlebihan.
- Mengambil nutrisi pemakanan yang cukup dan seimbang.
- Tidur yang cukup dengan dengan posisi yang betul. (posisi terbaik adalah seperti posisi Nabi SAW tidur)
- Anda perlu aktif dengan cara bersukan yang sesuai dengan keupayaan anda (olahraga, basketball dan volley ball adalah digalakkan)
- Menjalani program meningkatkan ketinggian yang terdapat di pasaran.
Tips yang diberikan tidak susah dilakukan kecuali anda dah memang tinggi seperti gambar di bawa