Selalunya kita boleh tambah slideshow dalam sidebar dengan menambah gadjet slierdeshow melalui "add a html/javascript". Tetapi sebenarnya kita juga boleh menambah slideshow tersebut dalam blog post. Bagi sesiapa yang sukakan kelainan dan suka make-up blognya serta ingin membuat entri yang interaktif, maka tambahlah slideshow dalam entri anda itu. Tetapi tidak di galakkan letak banyak-banyak sebab akan menyebabkan blog anda lambat loading.
Pertama sekali, anda haruslah mempunyai Picasa. Bagi pengguna blogspot, picasa sudah sedia ada di dalam akaun blogspot anda. Jadi, tak perlu download lagi. Sila ikuti tutorial di bawah untuk menambah slideshow dalam entri anda.
Langkah-langkah
Klik picasaweb.google.com dan masukkan id blogger anda
Semua gambar dalam blog anda akan berada di sini dan dikumpulkan dalam satu album. Jika anda mahu tambah gambar baru, sila klik butang "Upload"
Sila tambah nama dalam album baru anda dan klik "Continue"
Sila klik butang "Select photo from your computer" dan pilih beberapa gambar daripada komputer anda untuk dijadikan slideshow dalam entri blog.
Akhir sekali, sila klik link ini : https://picasaweb.google.com/lh/getEmbed dan satu paparan seperti di atas akan keluar. Pada "Select an album" Sila pilih album tadi, kemudian pilih saiz slideshow anda. Jika mahu caption di paparkan dalam slideshow, tick pada "Show captions" dan sila salin kod HTML dalam kotak berwarna kuning tersebut.
Pada New Post, klik pada "Edit HTML" dan paste kod HTML tadi. Klik pada butang "Compose" semula jika mahu membuat ayat dalam entri anda. Bila dah siap, tekan Publish Post.
Tips : jika mahu centerkan slideshow, tambah <center>KOD HTML SLIDESHOW</center>Jika mahu lihat sampel dan hasil slideshow yang saya dah buat, sili klik sini. Cantik tak contoh gambar dalam tutorial di atas, kalau nak tengok, klik sini dan tekan "like" sekali ya :)
Sekian sahaja tutorial, jika ada sebarang kemusykilan dan soalan serta cadangan, sila hantar soalan tersebut di dalam ruangan komen. Terima kasih.
18 comments:
oh suka.. saya dh lama teringin nk cuba....
i made it! thank u sire....
http://myummycookies.blogspot.com/2011/06/my-ummys-collection-till-midyear-2011.html
nice sharing bro..tapi rasanya kalo buat di dlam blog sy tidak sesuai sebb sy jarang menggunakan image2..hehe..so..pape pun tq..manatau lain kali boleh diperaktikkan..cara buat 3 colum pada footer template blog
sedang elok laa tu..bleh aku test..hehehe.. :)
Regards,
-Strider-
Eyra : terima kasih byk2 sbb mengikuti tutorial ni :)
Jo : benda ni sesuai untuk dijadikan katalog mcm blog Eyra Tajuddin nie :)
Azlan : jadi x bro ?
suka dpt tutorial ni
dah lama mencari
thanks firdaus
xreti ah.. :P
xbpe minat lagi buat masa sekarang..hmm,actually malas nk wt..hehe//
SeLamat maLam dan sukses sllu BraDda,... follow aaaH
Cik Sembang : lain kali kalo ada benda lain yang x dpt dicari, sila bgtau saya ya?
Ainnur : x reti mcmana?
Eira : x perlu buat pun.. hehe
Rizal : smlt mlm :)
jadi jgak akhirnye..
tankz ye wat tuto nie..
kenapa slideshow yg dimasukkan tak keluar semasa view blog di google atau komputer lain, padahal semasa kita tengah design dan tulis post, ianya ada? apa masalahnye ye?
gadis : sama2.. sekadar perkongsian ilmu.. hehe
UBK : itu sy x pasti, mungkin pc lain x install picasa kot?
Best2!!..Akan D Usahakan utk cuba..apa2 Pun Salam Pknalan.. Anda D Jemput Utk Btnandang Ke laman BLOB sye heheh...
http://hikmat-alamdankehidupan.blogspot.com
Terima kasih, terima kasih, terima kasih.
As Salam....mmg jadi..tapi slide xjadi kat center....erk nak tambah kod 'center' tuh ...kene tambah kat mana ye
Thank..memang tengah cari ni
Salam...
thanks a lot bro!
Happy sangat sebab slideshow menjadi
Sila jemput semua melawat ke blog kami http://maszhealthboutique.blogspot.com/
:)
Post a Comment