Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Wednesday, 28 September 2011

Punca Rakyat Malaysia Menjadi Muflis


Apabila bercerita tentang isu muflis, ianya sering dikaitkan dengan penggunaan kad kredit dan aktiviti berbelanja yang melampau. Apakah benar dakwaan ini?

Menurut statistik yang pernah dikeluarkan oleh jabatan insolvensi pada tahun 2010 (tahun 2011 takde lagi).

  • 24.12% kes bankrap adalah disebabkan pinjaman kenderaan
  • 11.78% disebabkan pinjaman perumahan
  • 10.93% disebakan pinjaman kenderaan
  • 5.5% disebabkan kad kredit

Dapat dilihat dengan jelas disitu, ramai yang muflis/bankrap adalah disebabkan hutang kenderaan.. dan bukannya kad kredit. Jadi, saya kurang faham, mengapa isu kad kredit seringkali diperbesar-besarkan apabila bercerita tentang muflis.

Mungkin disebabkan kenderaan dan rumah adalah merupakan keperluan asas, dan sememangnya, tiada cara lain lagi untuk memilikinya kecuali dengan berhutang, maka perkara itu bolehlah di”skip”kan…  tidak boleh diperbesarkan, takut nanti terkena batang hidung sendiri.

Tapi hakikatnya, itulah.. itulah perkara yang seringkali menjadikan seseorang itu terperangkap di dalam hutang hinggakan menjadi punca penyebab seseorang itu  menjadi muflis.

Dari perspektif individu..

Saya BUKANlah mahu mengatakan bahawa, kita mestilah membeli rumah & kereta secara tunai.. saya tahu, sememangnya tidak ramai yang berkemampuan sebegitu. Apa yang boleh kita lakukan, adalah menganalisa dengan sebaik mungkin tentang tahap kemampuan kita apabila ingin membeli kereta dan rumah.

Dicadangkan, bayaran ansuran bulanan kereta perlulah tidak melebihi 20% dari gaji bersih/pendapatan bulanan anda. Manakala bayaran ansuran rumah pula, seelok-eloknya, tidak melebihi 30% dari gaji bersih/pendapatan bulanan anda.

Jika anda hanya mampu membeli viva.. maka belilah Viva. Jika hanya mampu membeli Proton Saga FLX, maka belilah.. tahan nafsu & ego untuk berkereta toyota atau honda.  Jika tidak mampu, terimalah hakikat yang anda masih belum mampu..

Elakkanlah membeli kereta-kereta mewah walaupun anda mampu.. selagi anda membelinya secara hutang, itu sebenarnya, bermaksud anda tidak mampu. Oh!

Akibatnya, kita boleh lihat sendiri di bahagian lelongan website. Menurut Jabatan Insolvensi, kebanyakkan kenderan yang dilelong adalah kenderaan-kenderaan mewah seperti mercedes, bmw, jaguar dan sebagainya. Ini bermakna, betullah, kebanyakkan orang yang muflis adalah disebabkan membeli kenderaan yang melebihi kemampuan mereka.

Satu perkara yang seringkali kita terlepas pandang apabila membeil rumah dan kenderaan, ialah tentang kos-kos perbelanjaan yang akan turut muncul secara tiba-tiba di dalam hidup kita apabila kita memiliki kenderaan atau rumah. Antaranya adalah seperti kos minyak, tol, servis, roadtax dan sebagainya.. lebih mewah kenderaan kita, lebih besar kos pebelanjaannya. Begitu juga dengan rumah, lebih besar rumah yang dibeli, lebih banyak barangan perabot yang perlu disiikan, maka lebih banyaklah kosnya.

Jadi, berpada-padalah, fikirkan juga kos-kos tambahan ini apabila ingin membeli kereta dan rumah. Bukan hanya sekadar melihat pada kos bayaran ansuran bulanan sahaja.. 

Dari perspektif pihak yang berkuasa a.k.a kerajaan..

Mungkin pihak kerajaan juga perlu melihat kepada isu ini, ianya tentang harga kereta dan harga rumah di negara ini. Seperti yang kita ketahui, harga kereta di Malaysia, adalah antara yang tertinggi di dunia. Begitu juga dengan hartanah, yang mana harganya semakin hari semakin meningkat. Ianya tentang isu harga kereta dan rumah yang terlalu tinggi menyebabkan ramai rakyat terpaksa berhutang dan akhirnya menjadi muflis…

Pihak kerajaan perlu juga mengambil sedikit tanggungjawab, dan bukannya dengan mudah, menyalahkan rakyat dan menuduh rakyat tidak pandai mengurus kewangan dan boros di dalam berbelanja.
Jadi dengan ini, saya mencadangkan, untuk bajet 2012 ini, pihak  kerajaan boleh mengambil langkah-langkah yang tertentu untuk menurunkan harga kereta (mungkin dengan mengurangkan cukai import kereta), dan juga harga rumah (subsidi rumah? penurunan blr?).  Ceh! macam lah ada orang yang berkuasa di kerajaan baca blog aku nie! Oh! 

Selain itu faktor inflasi & kenaikan harga barang  juga,  turut menyebabkan  ramai rakyat yang tertekan, yang akhirnya terpaksa menggunakan duit peruntukan yang sepatutnya dibayar untuk hutang, digunakan untuk perbelanjaan hidup.

Sumber : Pengasas WangCyber.Com (Shuth)

11 comments:

Jawatan Kosong Kerajaan said...

Kereta dan rumah mmg hutang yg besar dan tempoh panjang. Jd risiko tinggi.

My latest entry 9 Jawatan Kosong Kerajaan Terkini 2011

fisa othman said...

nak membeli tak salah tapi cermin poket bulanan dulu bru la membeli apa yg patut kann..;)

Unknown said...

kalo boleh rmh jangan lah membeli tapi cukup setakat sewa..dan kereta pula cukup yg sederhana...hehe...tanks atas info ni bro..:)Facebook Akan Di Hacking 5 November 2011!

NER said...

itu tak termasuk hutang PTPTN yang interest pun dah cukup besar.

My Latest Entry: Jom Karaoke untuk Belajar.

yusuflaili(Goku) said...

Salam;
Bagi aku ujudlah sebuah Bank yang memberi pinjaman tanpa bunga..adakah bank seperti ini dunia ni?..jawapannya ada tapi bukan dimalaysia kalau tak salah aku di negara Bangldest.

Firdaus Kasim said...

Ramli : kita kena bijak merancang mengawal perbelanjaan

Fisa : btul tu, jgn asyik nak ikut org je.. huhu

Jo : tapi sampai bila nk sewa? huhu

Ekmi : haha.. taw x pe

Yusuf : Bank Islam pun xde ekh?

Anonymous said...

I am really impressed along with your writing talents and also
with the layout for your weblog. Is that this a paid topic or did you modify it your self?
Anyway stay up the nice high quality writing, it is uncommon
to look a nice weblog like this one today..
Feel free to visit my weblog - usa online slots

Anonymous said...

Great post. I was checking constantly this weblog and I am inspired!
Extremely helpful information particularly the closing part :
) I maintain such information much. I was seeking this certain info for a long time.
Thank you and best of luck.

Check out my blog Free Playstation Network Cards

Anonymous said...

Thanks in favor of sharing such a fastidious thinking, article is good, thats why i have read it completely

Here is my web page LOL videos

Datuknaga2012 said...
This comment has been removed by the author.
Datuknaga2012 said...

Kerajaan Malaysia pengurusan tidak sempurna, terlalu memberi kuasa kpd bank. bank ialah punca utama menyebabkan seseorang dijatukan bankruptcy. Bank di Malaysia boleh charge anda dengan bunga yg tinggi dan sesuka hati kalau masa anda tidak keupayaan membayar insuran bulanan. Ia tidak adil dan mamgsa tidak dapat bantal dengan charge sehingga anda muflis. Malaysia kita tidak department yang boleh membantu anda pada masa tersebut.

Apa kebaikan Malaysia? Ia hanya menyebabkan bankruptcy meningkat saja tahun ke tahun. Ia juga akan menyebabkan lagi perkebangan economic Malaysia. Tambahan pula bankruptcy laws in Malaysia akan menghukum seseorang muflis sampai boleh memusnahkan hidup seseorang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim