Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Friday, 16 September 2011

Kisah Pelajar UMT Meninggal Dalam Khusnul Khatimah

Definisi Khusnul Khatimah = kematian yang baik 
Sumber = Azri Johan

Renungan kepada yang masih hidup, sebuah kisah benar yang diceritakan semula..

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) yang bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi, berumur 21 tahun, pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. telah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut sekumpulan Jemaah ke pedalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kuran 2 1/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya di bawa balik pada keesokan harinya. Jenazah tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja solat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka, saya melihat wajahnya seperti sedang tidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang mati dalam keadaan baik(Husnul khatimah).

Gambar ini diambil di Masjid Sri Petaling
Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan dia seperti masih hidup! Selepas solat asar, jemaah yang melihat mayat juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur.

Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan di dalam peti ais jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjiNya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih terdapat manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid.

Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan sosial para remaja yang semakin hanyut terikut2 dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh. Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut ayah, ayah angkat dan rakan2 universiti, semasa hayatnya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama.

Malahan sebahagian wang pinjamannya PTPTN, selain daripada untuk membiayai yuran pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya, setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh, sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang
dijanjikan oleh Allah s.w.t.

13 comments:

Miecyber said...

Subhanallah...

Noor Adibah said...

ya allah...
semoga rohnya tenang di sana..

Syeeda said...

subhanallah...mulia sungguh akhlak arwah..semoga rohnya dicucuri rahmat Amin

eira said...

subahanallah..keajaiban Ilahi utk dijadikan pedoman..

Unknown said...

ya allah,
berilah petunjuk kepada kami agar sentiasa berada dalam rahmah kasih sayangMu.
AMIN....

kak sue said...

Subhanallah...
masih ramai lagi pejuang agama yg benar2 tulus...

Firdaus Kasim said...

Terima kasih memberi komen.. bukan senang nak dapat hidayah Allah, sbb tu kita kena setiap masa minta pada Allah supaya memberi hidayah dan petunjuk jalan yg lurus semasa hayat di kandung badan ini

SHAMSOL said...

Innalillah.. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di sisi roh orang-orang yang soleh. Semoga menjadi ikutan generasi muda.

Anonymous said...

Terima ksih banyak kerana post ni. Sye rase diri ni terlalu banyak dosa..dosa dgn mak ayah jgn cakap la. Ya Allah. Terima ksih, saudara kerana tulis entri ni. thx banyak2..

Al-Fatihah. Salam takziah dri sye untuk family allahyarham..

widiea azira said...

subhanallah..smoga dy di temptkan di tmpat yg di janjikan...

Mastura Hashim said...

semoga dia d tmptkan brsama org2x beriman...Amin

Anonymous said...

Subhanallah..kuasa tuhan..insaf.. =(

Unknown said...

Hmmm subhanallah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim