Warna sangat penting dalam mempengaruhi tingkah laku dan kehidupan manusia. Begitu juga dengan blog, kebanyakan daripada kita lebih gemar memasukkan warna kegemaran ke dalam blog. Tetapi harus diingat, jika blog anda merupakan blog personal iaitu lebih kepada untuk tujuan peribadi, memasukkan warna kegemaran tidak menjadi kesalahan. Namun begitu, jika blog anda lebih kepada untuk bacaan dan rujukan pengguna lain, maka warna blog anda haruslah ikut majoriti warna kegemaran mereka. Bagaimana nak tahu warna apa yang ramai orang suka? Sila teruskan bacaan.
Semasa membuat blog, anda haruslah memilih warna yang tepat pada subjek atau niche pada blog. Contohnya jika blog anda lebih kepada subjek atau niche untuk perempuan dan kecantikan, warna pink lembut haruslah dimasukkan ke dalam blog. Hal ini kerana kebanyakkan perempuan lebih suka pada warna lembut, terutamanya pink. Jika sasaran pembaca blog anda adalah wanita dewasa, kebanyakkan mereka lebih suka warna merah lembut dan ungu. Anda bolehlah membuat sedikit survey apakah warna kegemaran para pembaca blog anda.
Warna pada blog anda sebenarnya telah mempengaruhi cara pemikiran para pembaca yang melawati blog anda. Tahukah anda bahawa warna yang minimum dan ringkas pada blog akan menyebabkan pada pembaca blog akan berada lebih lama pada blog anda berbanding warna yang terlalu banyak pada blog. Buktinya, Facebook telah mengenakan warna yang sangat minimum dan simple iaitu warna biru dan putih kerana kebanyakkan pengguna Facebook pasti akan menghabiskan lebih banyak masa pada Facebook dan warna yang simple akan menyebabkan mereka berasa selesa dan tenteram tanpa menyakitkan mata dan menyemakkan fikiran. Jadi, warna pada blog anda haruslah tidak melebihi tiga warna.
Kemudian, sila gunakan warna yang semulajadi atau natural kerana warna sedemikian telah menjadi kebiasaan daripada kita. Jangan gunakan warna yang luar biasa seperti hijau cerah, biru cerah dan merah kerana warna berkenaan akan menyebabkan mata menjadi cepat letih. Yang lebih penting, pastikan contrast blog anda adalah tepat. Contohnya jika anda mahu pengunjung blog anda fokus hanya pada entri post dan sidebar blog, maka anda haruslah memilih background yang gelap. (Lihat contoh di bawah)
Jika terdapat pengunjung blog anda memberi komen tentang warna blog anda, maka anda haruslah segera mengambil tindakan tentang komen mereka. Contohnya, terdapat seorang pembaca blog ini telah memberitahu bahawa warna blog ini sangat terang dan menyilaukan mata, maka saya segera mengambil tindakan untuk tukar warna background blog. (tetapi sampai sekarang tak tukar sebab dah lupa mcmana nk tukar.. hehe!). Baiklah, saya akan membincangkan lebih lanjut tentang cara memilih warna yang betul pada blog pada entri akan datang. InsyaAllah.
4 comments:
blog anyyss baru diperbaharui. :)
aish suka background cerah..tak suka background itam..rasa keciknya dunia..nak baca entry pun alahai..letih
anyss : tahniah awk :)
aish : btul tu.. dulu blog sy warna hitam taw.. hehe
Terima kasih sudi berkongsi ilmu. Saya dh puas pilih pelbagai warna background. Baru2 ni entah camana, sy tukar background jadi langsung tak cantik. Ramai blogger yg komplen kata lucu bacground tu. Lastly, tak tau gak camana, terus jd background putih. Tak taulah sesuai ke tidak. Background yg sesuai dgn header tu dah tak jumpa... huhu...
Post a Comment