Bagi saya, persepsi seorang lelaki terhadap perempuan ialah lelaki melihat perempuan itu ada dua jenis, iaitu perempuan yang hanya boleh dijadikan sebagai pemuas nafsu atau pelepas bosan dan perempuan yang layak dijadikan sebagai isteri.
Seperti mana yang anda tahu, lelaki mempunyai pelbagai jenis, tabiat dan perangai yang berbeza-beza. Walaupun berlainan jenis, tetapi tahukah anda wahai perempuan bahawa kebanyakan lelaki lebih cenderung memilih perempuan yang cantik, dapat menjaga aurat dengan sempurna, berbudi bahasa dan lemah lembut untuk dijadikan sebagai isteri?
Dalam Nur Kasih juga boleh di jadikan contoh apabila Adam sedar bahawa apabila bersama Nur, dia dapat mengecapi kebahagiaan yang sebenar dan berkekalan berbanding bersama Katrina di mana dia hanya dapat mengecapi kebahagiaan yang sementara akibat gagal mengamalkan agama dalam hubungan suami isteri. Sebab itu Nabi SAW menyeru kepada kita bahawa memilih pasangan hidup itu berdasarkan agama kerana rumah tangga yang dihiasai dengan agama, akan dapat kebahagiaan yang kekal.
Kebanyakan daripada kita suka kan benda yang baru. Tidak ada orang suka membeli henset yang telah rosak, calar balar dan sebagainya. Begitu juga dengan perempuan, kebanyakan lelaki lebih suka memilih perempuan yang tidak pernah 'disentuh' oleh lelaki lain untuk dijadikan bakal isteri. Maknanya, lelaki lebih berminat memilih gadis yang masih dara untuk dijadikan calon isteri. Cara paling senang nak mengenal pasti gadis itu masih dara atau tidak ialah melalui sudut fizikal dan sikapnya.
Kenapa lelaki suka memilih gadis yang tidak pernah melakukan seks? Kerana apabila hubungan seks yang pertama kali dilakukan antara lelaki dan gadis itu sebagai suami isteri, nikmatnya amat dirasai berbanding pernah melakukannya sebelum berumah tangga. Macam pertama kali memenangi cabutan bertuah dan hadiahnya pula sebuah kereta mewah!
Entri ini akan bersambung..
p/s : blog Kisah Cinta Kita bakal berubah wajah. Nantikannya sebentar lagi :)
10 comments:
Melihat post kali ini menginggatkan saya pada pesan bapak dan datuk saya... Lelaki xmain perempuan yang pernah berkapel @ pernah disentuh lelaki lain... Sejahat-jahat lelaki pun still juga mahu perempuan yg baik...
susah nk cari pompuan yg betol2 'bersih' skg..dunia2..didikan agama je la yg dpt menyelamatkan diorg.nauzubillah...
perempuan yg baik kan utk lelaki yg baikk.. :)
kalau nak yg baik ,
1st step : jadikan diri kite baik dulu.
perempuan skrg pun nak lelaki yg berkualiti.. xpandg pada rupa dah~
:))
Bella : Kalo nk seronok yang sementara, pilihlah girl yang dah rosak utk berseronok, tapi kalo serius nk mendirikan rumah tangga, pilihlah girl yang baik2
Alice : wah, pengakuan berani ni.. gurl mcm awk sendiri pun mengaku yang perempuan suci susah nak cari..
Ain : entri di atas ni saya fokus pada lelaki yang x pernah buat seks sebelum kahwin
di sini ada satu perkara yg org terlepas pandang, 'gadis rosak'.
Bila lelaki memberikan byk syarat dlm menentukan siapa bakal isteri mereka, saya tertanya2 siapa itu gadis rosak? siapa yg rosak kan dia? adakah dia memang ingin dirosakkan?
tahukan anda kaum lelaki, gadis yg kamu rosakkan itu tidak dingini oleh lelaki lain dan kamu mengingini gadis yg baik2?
ya saya selalu dengar lelaki akan berkata sejahat2 lelaki mahukan wanita yang baik.tapi hairannya bila dia menjadi seorang bapa, anak perempuannya tidak pula diserahkan pada lelaki sebarangan.
Saya faham entry ini utk lelaki yg baik-baik tapi percayalah dlm dunia wanita pun kami sukar nak beza lelaki zaman sekarang sudah pernah berzina atau tidak.
cuma saya nak fokus disini tentang gadis yang dikatakan 'rosak' ini. apakah dia 'rosak' maka dia boleh dilabel 'boleh berseronok?'
maaf komen saya terlebih panjang ni, sepanjang saya mengamati remaja bermasalah tahukah anda mereka tak seronok lansung dijadikan pemuas nafsu.
mereka tersasar bila lemahnya iman, keruntuhan rumahtangga, terlalu percaya kepada teman lelaki, dan pendek kata dari segi kasih sayang mereka tidak tahu bezakan antara cinta dan nafsu.
jadi bila mereka tercicir begitu adalah tangungjawab kita menarik mereka kembali sebelum hanyut lagi jauh.bukan sebagai alat berseronok lelaki sebelum kahwin.
sebab bak kata orang ada lelaki menagih seks dengan menjaja cinta tetapi ada pula wanita menjaja seks kerana cinta.
satu lagi, saya faham bila lelaki dikatakan hanya inginkan wanita yg tidak pernah melakukan seks pertama kali, tapi saya fikir ada rasa ego disitu. sebab zaman sekarang alasannya tidak lagi ingin menjaga kesucian agama tapi kaum lelaki tidak ingin menerima bekas orang lain.
Bagi saya pelacur yang bertaubat ke jalan Allah lebih berharga dari diri seorang lelaki yang sering memikirkan dirinya begitu mulia untuk menyelamatkan maruah gadis 'rosak'yang bagi mereka tak layak hidup di bumi ini.
Maaf bayak-bayak kalau marah dengan komen saya ini sebab sejak zaman sekolah saya sudah biasa jadi kaunselor tak bergaji dan kadang-kadang kita sering melihat keburukan dari luaran tanpa melihat hati seseorang itu.
Hud :
Maaf jika penulisan sy menyebabkan anda tersinggung..
istilah gadis rosak di sini bermaksud dia dengan sengaja menzalimi dirinya dengan membuat perkara x sepatutnya seperti berzina. Abaikan pengaruh dan sebagainaya.
istilah lelaki dalam entri ini bermaksud lelaki yang tidak pernah memusnahkan fitrah kasih sayang. Maknanya dia jaga adab pergaulan.
Mmg sukar mengenalpasti sama ada lelaki itu pernah berzina atau tidak, tetapi bg sy, boleh dilihat melalui sikapnya, tutur kata nya dan tindak tanduknya yang tidak berbaur lucah dan seumpamanya. Akhlak yang mulia pada lelaki itu juga boleh jadi pengukur
Gadis yang menutup aurat dengan sempurna akan menghalang pandangan nafsu seorg lelaki untuk menyentuhnya (melainkan lelaki itu bernafsu binatang). Gadis rosak di dlam entri ini bermaksud dia memakai pakaian mencolok mata sehingga membuatkan lelaki itu bernafsu dan melakukan perkara x elok kt dia. Jika gadis 'rosak' itu berpakaian menutup aurat dengan sempurna, maka dia tidak akan dilabel rosak oleh lelaki sbb terdapat agama padanya.
Lelaki baik, hanyalah untuk perempuan yang baik. Jika lelaki itu baik dan bertemu jodoh dgn gadis rosak td, percaya lah ada hikmah yang Allah tunjukkan, mungkin lelaki itu dapat membimbing gadis rosak itu ke jalan lurus sehingga suami isteri tadi masuk Syurga. Mungkin itu hikmahnya.
Ya, mmg ada ego bagi lelaki yang mahu gadis suci untuk dijadikan bakal isteri. Tujuan kenyataan ini dibuat adalah semata2 untuk memberi keadilan bagi lelaki yang tidak pernah sentuh perempuan bukan muhrim sebelum menjadi suami. Itu sahaja. Sebagai lelaki, mmg nasib wanita perlu dibela, bagaimana nasib isteri2 kepada para mujahidin yang syahid pada zaman Nabi SAW dulu? Nabi membenarkan para Sahabat mengahwini mereka. Nabi juga membenarkan poligami (bagi membela nasib wanita) Jadi, entri di atas adalah secara umum.
Sila rujuk hadis Nabi SAW dan rujuk al-Quran tentang segala permasalahan di dunia ini.
Maaf ya, ayat 'gadis rosak' yang saya gunakan disini mungkin di salah ertikan. Maklumlah, dah lama x tulis karangan.. sampai ayat pun berterabur.. :)
Saya akan cuba perbaiki. thnks sbb komen
salam.. zaman sekarang ni memang susah na cari 'pembimbing' kepada wanita yang betul2 boleh meluruskan kehidupan muslimah sekarang ni..
saya ta salah kan mana2 kaum adam.. tapi.. da memang hakikat nya zaman sekarang susah na cari kaum adam yang betul2 memegang konsep ISLAM SEJATI.. kn??
kaum hawa pun ta terlepas dari kesilapan diorg memilih 'pembimbing' yang betul..
semua tu berlaku dek perubahan zaman yang semakin moden..
susah na describe.. huhu
pape pun semua tu bergantung pada baik buruk pemikiran individu tu sendiri..
Wawa : memang susah nk cari lelaki yang mcm tu, pilihlah lelaki yg berpegang kuat dengan sunnah Nabi SAW dan Quran.
@Alice Wewenawak macamana pulak ?
@Firdaus Kasim
sape? ko ke? haha.. terlalu general jawapan ko.. cakap senang..
Post a Comment