Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Saturday, 9 July 2011

Persoalan Tentang Perhimpunan Bersih 2011

Polis menyemburkan gas pemedih mata di Menara Maybank pukul 1.45 ptg tadi
Apa yang pasti, perhimpunan seumpama ini telah menyebabkan banyak kerugian yang di alami oleh pelbagai pihak. Ada yang terpaksa mengambil cuti bagi syarikat swasta yang bekerja hari sabtu minggu ke-2, ada yang terpaksa menangguhkan niat untuk shopping di KL, telah menyebabkan banyak kos yang di belanjakan oleh polis yang mengawal situasi dan banyak lagi kerugian. Terdapat banyak persoalan yang bermain di fikiran rakyat tentang perhimpunan ini sekaligus telah menyebabkan mereka menjadi gelisah.

Perhimpunan itu sendiri.
Mengapa perhimpunan ini di adakan? Kononnya nak menyedarkan rakyat tentang pembohongan kerajaan tentang beberapa isu dan ingin menjadikan pilihan raya itu sendiri lebih bersih dari segala campur tangan kerajaan, seterusnya ingin mempengaruhi rakyat supaya menyokong perjuangan mereka. Adakah mereka ingin pihak pembangkang memerintah negara ini kelak? Biarlah sesiapa sahaja yang memerintah negara ini, walau orang bukan Islam sekalipun, tetapi apa yang lebih penting ialah usaha dakwah Islam itulah yang sangat2 penting untuk diteruskan oleh orang Islam di negara ini. Seperti kisah Nabi SAW yang menolak tawaran orang kafir Quraisy yang menawarkan pemerintahan, wanita cantik dan harta yang banyak tetapi mereka menyeru supaya Nabi SAW menghentikan dakwah Islam.  Maka semua orang Islam (termasuk saya) perlu membetulkan iman dan amal terlebih dahulu kerana itulah yang lebih penting dari politik!

Media Massa dan Elektronik Yang Berlebihan
Pelbagai cara yang dilakukan kerajaan untuk menghentikan provokasi terhadap mereka. Melalui khutbah jumaat, melalui surat khabar, melalui televisyen dan banyak lagi saluran. Kerajaan memburukkan perhimpunan ini secara berlebihan!! sehingga sanggup mengadaikan agama untuk kepentingan peribadi!! Nauzibillah Min Zalik. Tahukah mereka bahawa mereka sebenarnya telah mendedahkan kelemahan sendiri!

Kawalan Polis Terlampau Ketat
Tadi bila saya pergi kerja , saya telah melalui hampir 9 road block! wow! memang ketat kawalan polis ni.. mujurlah saya naik motor dan sampai ke ofis 2 minit awal! Sepatutnya kawalan polis seumpama ini dilakukan bila rusuhan yang betul-betul seruis seperti rusuhan kaum, bukan perhimpunan seumpama ini yang hanya melibatkan politik melayu. Hal ini telah menyulitkan kehidupan warga kota di hujung minggu.

Bom dan Parang??
Polis berjaya menemui bom petrol dan parang kemudian di siarkan di televisyen secara besar-besaran. Rakyat tidak lagi boleh diperbodokan dan dipermainkan semudah itu. Mengapa polis tidak menangkap si pelaku sedangkan mereka boleh menggunakan teknologi forensik yang di akui antara yang terbaik di rantau ini. Kenapa parang tu macam baru di beli je? huhu.. Jadi, apa maknaya itu? Adakah kerajaan sengaja mereka-reka cerita?

Khairy Jamaluddin cuba mencetuskan perbalahan orang melayu??
Pergerakan Patriot yang berpakaian serba merah tiba-tiba muncul dengan alasan mahu mengurangkan provokasi yang ditimbulkan oleh Bersih. Dirisaukan bahawa dengan wujudnya pergerakan Patriot ini akan menimbulkan perbalahan antara sesama bangsa Melayu.

Jadi, tiada yang betul dan tiada yang salah antara pihak kerajaan dan pihak pembangkang. Sekarang terletak pada diri kita sendiri. Kitalah yang perlu perbetulkan diri sendiri terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan.

5 comments:

Chegu Zubir said...

betul tu bro....dua2 sama je...sorang jenis suka prove sorg lagi panas baran...last2 ape xdpt...menyusahkan

delarocha said...

memang menyusahkan...

Firdaus Kasim said...

zubir : nie semua kesan penjajahan british.. inilah jadinya.. masyarakat berpecah belah.. bilalah khalifah ar rasyidin dapat ditegakkan? hanya seorang pemimpin yang dapat memimpin seluruh negara Islam

Dela : huhu.. tau x pe

abu idris said...

arrayah.info - Larangan Mengadakan Hubungan dengan Negara Kafir Harbi Hukman wa Fiklan

Firdaus Kasim said...

@abu idris
ok nnti sy baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim