Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Monday, 18 July 2011

Tutorial Cara Tukar Template Blogspot

Assalamualaikum.. mengikut rancangan, saya akan membuat entri tentang tutorial blog mulai hari ini sehingga hari jumaat, insyaAllah. Tutorial-tutorial yang bakal dibuat hanyalah untuk beginner atau newbie dalam dunia blogging. Jadi, sila ikuti tutorial yang akan dibuat sehingga hari Jumaat ini terutama bagi sesiapa yang masih baru lagi dalam blog. Anda boleh memasukkan emel di kanan sidebar ini supaya entri terbaru dari blog ini dapat dibaca menerusi inbox emel anda. Tutorial pertama adalah berkenaan cara-cara atau step by step bagaimana mahu tukar template blog anda. Sila ikuti : 

Ini adalah template blogger yang belum ditukar.
Pergi ke btemplate.com. Di ruangan search, sila taip jenis template yang diingini atau anda boleh  juga search di google. Contohnya saya pilih template elegance dan dia akan memaparkan senarai template elegance. Sila klik preview jika mahu melihat demo.
Apabila anda berpuas hati dengan layout yang dipilih, sekarang boleh tekan butang download.
Sila pastikan komputer anda dilengkapi dengan perisian winzip atau winrar terlebih dahulu sebelum download.. Selepas tekan butang download tadi, benda yang di download akan berada seperti di bulatan kt gambar di atas. Sila klik show in folder.
Right click dan pilih extract here. Selepas itu, satu folder akan keluar. Klik pada folder itu.
Folder itu mengandungi kandungan seperti gambar di atas. Bila dah ada, maknanya anda dah berjaya download.. tahniah! hehe! Biarkan je folder tu.. tak payah buat apa2
Di dashboard anda, sila klik Design > Edit HTML. tekan butang Choose File dan pilih fail dalam folder yang anda download tadi. Pastikan fail yang anda pilih tu berformat XML. Akhir sekali tekan butang upload.
Paparan seperti gambar di atas mungkin akan keluar. Klik keep widgets jika tidak mahu membuang widget dalam template lama blog anda. Akhir sekali, tekan butang View Blog. Siap!
Inilah rupa template yang baru didownload tadi.. memang buruk.. menyesal download tadi.. haha! mungkin tak tambah entri dan widget kot.. sebab tu buruk. Kalau nak buang, ulangi je tutorial seperti di atas.
Entri ini tidak habis lagi, tutorial untuk esok akan mengajar anda bagaimana mahu membuang widget yang tidak diingini di dalam template yang baru di download tadi. Widget tersebut tidak ada butang "remove". Jadi, macamana nak buang? 
Iklan : MAXIS dah melancarkan BB PlayBook. Jom tengok apa yang ada.
Jika anda mahu mendapatkan servis blog dari saya pada harga murah, sila klik sini. Antara servis yang paling popular ialah servis design fan page dan membuat blogshop. Jika terdapat segala masalah, jangan lupa komen di bawah ya. Terima kasih.

Jangan lupa untuk "Like" kettiga-tiga fan page saya ya :)
  1. Safira Muslim (pelbagai pakaian sopan yang cantik2 belaka!)
  2. Safira Printing Services (tempah kad raya atau ang pow disini menggunakan design anda sendiri) 
  3. Kisah Cinta Kita (komuniti cinta)

1 comment:

iyka syafika said...

minx share entry nie kat kwn ye?? tq so much3...sbb xreti nk tukar klau template yg bab2 download nie..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim