Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Friday 1 July 2011

Politik Dalam Khutbah Jumaat?

Dalam banyak-banyak khutbah yang saya dengar bila sembahyang Jumaat, boleh di katakan tiada satu pun khutbah yang dapat meningkatkan iman kepada para jemaah yang mendengarnya. Contohnya tadi bila sembahyang Jumaat, tajuk khutbah di masjid di Sentul ialah berkenaan larangan kepada jemaah untuk tidak menghadiri perhimpunan haram yang bakal di adakan 9 Julai nanti.  Adakah patut unsur politik di masukkan di Masjid?

Kes seumpama ini sebenarnya telah banyak berlaku di seluruh negara termasuk di Pulau Pinang yang satu ketika mengemparkan seluruh negara apabila khatib membaca doa sejahtera kepada pemimpin di negeri itu yang beragama buddha.

Oleh itu, pada pendapat saya kepada pihak yang terlibat dalam penyediaan teks khutbah, elakkan memasukkan unsur politik dalam khutbah kerana ia boleh memecah belahkan saudara se agama kita. Kalau boleh, elakkan juga bila suatu peristiwa yang tidak berkaitan dengan Islam, dimasukkan juga dalam khutbah jumaat. Contohnya Hari Bapa yang tidak disambut pada zaman Rasulullah SAW. Kenapa harus memberi khutbah yang bertajuk peranan bapa? 

6 comments:

Anyyss Shuhaimi said...

yang pasal bg khutbah pasal peranan bapa masa hari bapa,mungkin waktu tu jemaah baru sedar pasal peranan bapa. dan jadi tugas khatib untuk tambahkan lagi kesedaran tu..wallahualam. :)

Unknown said...

ala xpa.. ISLAM tu praktikal skrg, apa2 bahan yg boleh dijadikan utk kesedaran umat boleh dipakai. yg penting kena pd keadaan..xperlu jd umat yg kolot:) peace..

Firdaus Kasim said...

Terima kasih atas pendapat anda semua

Unknown said...

tadi wan dengar khutbah dekat masjid dekat hang Tuah monorail stesen tu pon ada cakap pasal perhimpunan tuh.wan rasa itu tak de kaitan dengan politik pon.sebab wan dengar khutbah yang disampaikan memetik kepada isu keamanan negara.

Firdaus Kasim said...

@Firdaus Kasim
nasib baik sy x gila politik.. huhu

Anonymous said...

Jumaat di Kota Damansara 8/7/2011 khatib dalam kutbahnya mengajak jemaah supaya turun menyertai perhimpunan BERSIH dijalanan.

Beberapa bulan dahulu di mesjid yang sama sewaktu tazkirah dan kutbah khatib mengatakan fitnah terhadap kes liwat dan zina yang tanpa saksi 4 orang. Bukti vedio tidak diterima....Cermin Diri siapa orang2 Mesjid ni. Nak pergi mesjid dah tak seronok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim