Assalamualaikum.... Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri. Nama saya ZAIDA BT JAMAL ,dan juga warganegara Malaysia.Saya berkerja di London, United Kingdom. Saya tahu saudara/i tentu terkejut menerima email dari orang yang tidak dikenali. Untuk pengetahuan saudara/i, saya ingin menawarkan usul perniagaan.Saya berharap saudara/i tidak menyalah ertikan maksud kedatangan email saya ini, lalu menyebarkan kepada umum kerana ia akan memberi impak yang besar pada kerjaya saya. Saya bekerja di London ni dalam 4tahun dan di sini saya bekerja di Syarikat Mineral,dan sekarang company tempat saya bekerja ni memerlukan produk MOPOL PURIFYING FLUID di mana produk tersebut boleh di dapati di Malaysia. Untuk pengetahuan saudara/i produk ini digunakan di lab bagi mencuci kotoran ataupun bendasing yang terdapat di dalam batuan ataupun belian. Memandangkan saudara/i juga rakyat Malaysia, saya ingin menawarkan saudara/i untuk menjadi supplier kepada Syarikat kami. Untuk pengetahuan encik, syarikat kami memerlukan produk tersebut setiap 2bulan dengan kuantiti yang ditetapkan dalam kontrak. Di sini saya ingin menanya, samada saudara/i berminat untuk melakukan business ini? Saya tidak ingin berikan kepada orang putih di sini adalah kerana saya tidak ingin mereka menipu saya. Oleh kerana itu saya amat memerlukan kepercayaan saudara/i di dalam business ini. Harga yang dijual oleh pembekal ialah USD2,100 per karton manakala Syarikat akan membeli produk tersebut dengan harga mengikut pasaran di sini(UK)ialah USD4,000 per karton. Sekiranya saudara/i berminat dengan usul perniagaan ini dan ingin bertanya dengan lebih lanjut, saya harap encik mengambil inisiatif untuk membalas e-mail saya ataupun sila berikan no.telefon saudara/i kepada saya supaya saya boleh menghubungi saudara/i dan menerangkan dengan lebih lanjut. WaalaikumsalamZAIDA.Pernah tak dapat emel spam macam kat atas ni? Anda tak pernah bagi alamat emel kt siapa2 tapi macamana emel mcm kat ats ni boleh masuk dalam inbox emel anda? Awas! jenayah boleh berlaku di mana-mana, termasuk dalam emel!
Contoh jenayah siber yang mungkin terdapat di emel ialah perbankan online palsu/fake, skim cepat kaya dan termasuk spam!
Pernah tak korang dapat satu emel dari maybank atau cimb yang menyuruh update akaun termasuk password dan nickname? emel itu serupa macam dari maybank tetapi sebaliknya ia adalah palsu! Kita hanya boleh melakukan menggunakan perbankan online daripada link asal maybank (www.maybank2u.com.my), bukan dari link pautan laman web lain.
10 comments:
owh macam tu.. kena lebih hati2..
penah jer...tp wat x tahu jer
aku slalu bro tapi aku guna cara ini untuk mengetauhi siapa penghantar inicara mengetauhi siapakah pengomen anonymous itu
selalu dapat e-mel camtu. menang duit la, dapat keje la, macam2 lagi.. tapi saya tak baca pun dan terus buang..
macam macam cara tipu melayu
pjaz pun pernah dapat spam mcm ni..
pernah satu kali, kandungan suratnye sama tapi ubah nama, dann tempat jer..
huhu,
jenuh nk nengok nyer..
sha : yup! x leh nak main redah je.. huhuhu
wany : bagus akak nie :)
Jo : kalo dah taw.. apa tindakan seterusnya?
Hanim : mcmana nk buang ek? menyemak je kan?
Cikli : huhu.. betul bro
Pjaz : haha.. mcm2 hal
arghhhhhhhh..tensyen ngan msj spam macam ni. berlambak-lambak.. geram tol kan..
dunia skrg...
Ima : mcmana nk buang selain tekan link unsubs ek?
Ain : dunia skang yang gilerkan duit..
Post a Comment