Kita akan buat sesuatu itu bersungguh-sungguh jika kita benar-benar minat terhadap perkara yang kita buat itu. Mesti ada di antara kita yang kena sindrom 'gila blog'. Setiap masa asyik teringat kat blog dia je.. betul tak?
Masa makan teringat kt blog, masa tidur teringat kt blog sampai dalam jamban pun asyik terfikir nak buat entri! huhu.. Sebenarnya perkara ini tidak elok di amalkan. Yelah, niat tu dah betul, nak update setiap masa supaya tidak kehilangan pengunjung dan ingin menambah lagi pengunjung blog.. bila pengunjung blog dah ramai, secara automatik akan menambah income blog melalui banner2 iklan blog. Tetapi tidak perlu sampai jadi gila blog.
Percayalah, ramai orang lebih suka blog yang mempunyai content yang mempunyai idea baru, yang memberi manfaat atau kebaikan pada diri mereka dan bukan sampah semata2. Jika blog itu jarang update, ia tetap akan mempunyai pengunjung yang banyak kerana blog itu sudah mempunyai pengunjung setia dan sebagai tempat rujukan orang ramai.
Teringat saya pada kisah kemalangan yang melibatkan pemandu teksi. Apa yang menyedihkan, dalam keadaan nazak pun dia, apa yang disebut dia ialah "JB-KL" "JB-KL". Dikatakan sebelum kemalangan tu ada pelanggan dari JB yang ingin pergi ke KL dan dia asyik teringat pasal tu. Alangkah beruntungnya orang itu jika sebelum meninggal dunia, dia dapat mengucap dua kalimah syahadah.
5 comments:
kalau blog untuk business harus jadi macam tu wooo... memang kompem gila blog heheheh...
@KERTAS A4 BLOG
x semestinya juga.. sepatutnya gila promosi sbb apalah gunanya produk kita kalo org x kenal
Assalam...Aku setuju dekat part "ramai orang lebih suka blog yang mempunyai content yang mempunyai idea baru, yang memberi manfaat atau kebaikan pada diri mereka"
masih ramai lagi suka copy-paste...kalau sikit2 takpe gak...nie semata2 nak update setiap masa...entri surat khabar jadi mangsa
@►AdamXis◄
diorng boleh copy n paste content dlm akhbar online tp bg la pendapat atau cadangan peribadi tentang isu kt akhbar tu..
link blog sya tidak termasuk dalam bloglist, kenapa?
Post a Comment