Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Monday 25 July 2011

Hukum Mendengar Muzik Untuk Tujuan Belajar

Salah satu cara untuk belajar sesuatu bahasa itu ialah dengan mendengar muzik. Contohnya jika kita sering mendengar lagu english, sehingga dapat menghafalnya, maka kita sedikit sebanyak dapat memperbaiki bahasa inggeris yang ingin dikuasai. Apakah hukum dalam Islam tentang mendengar muzik barat dengan bertujuan mahu belajar, khususnya dalam bahasa inggeris? Muzik itu hanya didengar pada waktu-waktu tertentu dan liriknya agak baik iaitu tidak mengaitkan soal cinta dan seks semata-mata? 


  • Mempelajari bahasa asing adalah digalakkan di dalam Islam. Rasulullah SAW menggalakkan para sahabatnya mempelajari bahasa asing. Dikalangan sahabat baginda ada yang dapat menguasai bahasa Habsyah, ada yang dapat menguasai bahasa Rom dan ada juga yang dapat menguasai bahas Farsi. Baginda memerintahkan Zaid bin Thabit mempelajari bahasa Yahudi untuk mengelakkan umat Islam dari ditipu oleh bangsa Yahudi. 
  • Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda: Pelajarilah bahasa asing, kerana dengan mempelajarinya seseorang itu dapat mengelakkan diri dari tipu daya bangsa asing. Ini termasuklah mempelajari bahasa Inggeris, Jepun, Korea, German, Perancis dan lain-lain  di zaman moden ini. 
  • Jika pada mp3 bahasa Inggeris itu ada lagu-lagu yang tidak berunsurkan seks dan didengar pada masa-masa tertentu sahaja serta untuk kepentingan bahasa yang dipelajari itu, tidaklah menjadi masalah menggunakan mp3 seperti ini, namun sikap berhati-hati perlu diambil supaya tumpuannya hendaklah ditumpukan kepada bahasa yang dipelajari bukannya kepada muzik yang ada padanya. Mencari mp3 bahasa inggeris yang tidak disertai oleh lagu-lagu ini adalah lebih baik. 

6 comments:

Fyza Lovato said...

nice sharing :)

Dear Yayah said...

betul2.. setuju.. :)

Anyyss Shuhaimi said...

Baginda sendiri belajar bahasa Yahudi..

Zuraini said...

owh I see..trime kasih :D bahasa Yahudi tu cam mane? English ,German? Sama je la tu kn?

Unknown said...

nice info bro..selamat berpuasa...

Firdaus Kasim said...

Fyza : thanks

Ainnur : bagus2 :)

Anyss : tujuan kena betul

Zuraini : yelah kot.. sy pun x pasti

Jo : thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim