Kadang-kadang memang saya ada niat nak solat Zohor semata-mata mahu menghabiskan masa sementara tunggu habis kerja pada pukul 5.30 ptg. Astaghfirullahalazim.. niat yang memang salah, lepas tu, cepat-cepat saya betulkan niat. Kadang-kadang, timbul juga persoalan apakah hukumnya kita bersembahyang Zohor pada waktu pejabat? Sedangkan kita ada masa untuk mengerjakannya pada masa rehat iaitu pada pukul 12.45 hingga 2.00 petang? Apakah sah sembahyang kita itu? Saya telah cari persoalan ini dan ingin share dengan anda.
- Di dalam Islam, bekerja juga dinilai sebagai ibadah, sebab didalam bekerja itu seseorang bertujuan memenuhi tanggungjawabnya terhadap dirinya sendiri keluarganya dan yang lainnya. Kerja sebagai ibadah jika pekerjaan yang kita lakukan itu tidak bertentangan dengan agama, dan hendaklah diniatkan untuk memenuhi keperluan hidup kerana Allah SWT semata dan demi untuk mengabdi kepadanya.
- Disamping itu kerja dinilai sebagai ibadah jika kita bekerja sesuai dengan ketentuan dan persetujuan yang telah ditentukan antara majikan dan pekerja. Jika pekerja mensia-siakan waktu bekerjanya sedangkan dia digaji menurut yang ditentukan, maka jika ia menggunakan waktu tersebut untuk keperluan selain yang telah dipersetujui maka hukumnya berdosa. Dikhuatirkan rezeki yang kita perolehi tidak setimpal dengan kerja yang kita laksanakan, akhirnya tergolong rezeki yang haram.
- Islam menganjurkan agar kita menyegerakan mengerjakan solat. Maka adalah lebih baik setelah masuk waktu solat segera mengerjakannya. Walaupun solat yang kita kerjakan dengan menggunakan waktu bekerja hukumnya sah.
Zaman Nabi SAW, bila bilal melaungkan azan, semua para Sahabat segera tutup kedai dan terus mengerjakan solat secara berjemaah.
10 comments:
nice tips bro..mengimbaukan kembali supaya x lupa hukum2 nie...cara blogwalking tanpa halangan
hmm...anyyss baru nak wat entri camni..btw,apa-apa yang dilakukan dengan niat kerana Allah,dah kira ibadah..
Sangat bermanfaat... Syukran!
saya tak der bannerlah sebab tak tahu nak buat : ) Kalau awak nak tolong buat pun sgt saya hargainyer.. :)
always bawak kain pelikat ekstra dan simpan kat dalam drawer meja kat cubicle. just in case seluar slacks/jeans yg kita pakai pg office tu tak dapat dipastikan bersih atau tak.
sekadar berkongsi tips. hehehe...
selalulah berpegang kpd Allah hu akbar..Allah Maha Besar..tinggalkan perkara lain kerana Allah Maha Besar dari perkara lain yg kecil tapi kita rasa macam besar..
sekadar berkongsi juga
betul..jangan jadikan alasan kerja untuk tidak meninggalkan solat..setahu aku sangat jarang untuk kita jumpa bos yang marah hanya kerana kita nak solat..hehe
Regards,
-Strider-
Jo : apa maksud kau mengimbau kembali?
Anyss : awk buat je, mungkin awk ada pendapat yang lain, kalo sama pun, lagi bagus, kita sebarkan kebaikan :)
Miqa : terima kasih :)
Cik : Solat diutamakan
Azlan : mmg x de kes lg bos marah sbb solat.. kalo ada, tunggulah bencana kt company tu.. huhu
Terima kasih utk peringatan..jgn salah gunakan masa kerja
My latest entry 9 Jawatan Kosong Kerajaan Terkini 2011
It's going to be end of mine day, but before ending I am reading this great article to improve my experience.
my webpage ... Luton Supplements
My site: Luton Supplements
Post a Comment