Apabila bercerita tentang isu muflis, ianya sering dikaitkan dengan penggunaan kad kredit dan aktiviti berbelanja yang melampau. Apakah benar dakwaan ini?
Menurut statistik yang pernah dikeluarkan oleh jabatan insolvensi pada tahun 2010 (tahun 2011 takde lagi).
- 24.12% kes bankrap adalah disebabkan pinjaman kenderaan
- 11.78% disebabkan pinjaman perumahan
- 10.93% disebakan pinjaman kenderaan
- 5.5% disebabkan kad kredit
Dapat dilihat dengan jelas disitu, ramai yang muflis/bankrap adalah disebabkan hutang kenderaan.. dan bukannya kad kredit. Jadi, saya kurang faham, mengapa isu kad kredit seringkali diperbesar-besarkan apabila bercerita tentang muflis.
Mungkin disebabkan kenderaan dan rumah adalah merupakan keperluan asas, dan sememangnya, tiada cara lain lagi untuk memilikinya kecuali dengan berhutang, maka perkara itu bolehlah di”skip”kan… tidak boleh diperbesarkan, takut nanti terkena batang hidung sendiri.
Tapi hakikatnya, itulah.. itulah perkara yang seringkali menjadikan seseorang itu terperangkap di dalam hutang hinggakan menjadi punca penyebab seseorang itu menjadi muflis.
Dari perspektif individu..
Saya BUKANlah mahu mengatakan bahawa, kita mestilah membeli rumah & kereta secara tunai.. saya tahu, sememangnya tidak ramai yang berkemampuan sebegitu. Apa yang boleh kita lakukan, adalah menganalisa dengan sebaik mungkin tentang tahap kemampuan kita apabila ingin membeli kereta dan rumah.
Dicadangkan, bayaran ansuran bulanan kereta perlulah tidak melebihi 20% dari gaji bersih/pendapatan bulanan anda. Manakala bayaran ansuran rumah pula, seelok-eloknya, tidak melebihi 30% dari gaji bersih/pendapatan bulanan anda.
Jika anda hanya mampu membeli viva.. maka belilah Viva. Jika hanya mampu membeli Proton Saga FLX, maka belilah.. tahan nafsu & ego untuk berkereta toyota atau honda. Jika tidak mampu, terimalah hakikat yang anda masih belum mampu..
Elakkanlah membeli kereta-kereta mewah walaupun anda mampu.. selagi anda membelinya secara hutang, itu sebenarnya, bermaksud anda tidak mampu. Oh!
Akibatnya, kita boleh lihat sendiri di bahagian lelongan website. Menurut Jabatan Insolvensi, kebanyakkan kenderan yang dilelong adalah kenderaan-kenderaan mewah seperti mercedes, bmw, jaguar dan sebagainya. Ini bermakna, betullah, kebanyakkan orang yang muflis adalah disebabkan membeli kenderaan yang melebihi kemampuan mereka.
Satu perkara yang seringkali kita terlepas pandang apabila membeil rumah dan kenderaan, ialah tentang kos-kos perbelanjaan yang akan turut muncul secara tiba-tiba di dalam hidup kita apabila kita memiliki kenderaan atau rumah. Antaranya adalah seperti kos minyak, tol, servis, roadtax dan sebagainya.. lebih mewah kenderaan kita, lebih besar kos pebelanjaannya. Begitu juga dengan rumah, lebih besar rumah yang dibeli, lebih banyak barangan perabot yang perlu disiikan, maka lebih banyaklah kosnya.
Jadi, berpada-padalah, fikirkan juga kos-kos tambahan ini apabila ingin membeli kereta dan rumah. Bukan hanya sekadar melihat pada kos bayaran ansuran bulanan sahaja..
Dari perspektif pihak yang berkuasa a.k.a kerajaan..
Mungkin pihak kerajaan juga perlu melihat kepada isu ini, ianya tentang harga kereta dan harga rumah di negara ini. Seperti yang kita ketahui, harga kereta di Malaysia, adalah antara yang tertinggi di dunia. Begitu juga dengan hartanah, yang mana harganya semakin hari semakin meningkat. Ianya tentang isu harga kereta dan rumah yang terlalu tinggi menyebabkan ramai rakyat terpaksa berhutang dan akhirnya menjadi muflis…
Pihak kerajaan perlu juga mengambil sedikit tanggungjawab, dan bukannya dengan mudah, menyalahkan rakyat dan menuduh rakyat tidak pandai mengurus kewangan dan boros di dalam berbelanja.
Jadi dengan ini, saya mencadangkan, untuk bajet 2012 ini, pihak kerajaan boleh mengambil langkah-langkah yang tertentu untuk menurunkan harga kereta (mungkin dengan mengurangkan cukai import kereta), dan juga harga rumah (subsidi rumah? penurunan blr?). Ceh! macam lah ada orang yang berkuasa di kerajaan baca blog aku nie! Oh!
Selain itu faktor inflasi & kenaikan harga barang juga, turut menyebabkan ramai rakyat yang tertekan, yang akhirnya terpaksa menggunakan duit peruntukan yang sepatutnya dibayar untuk hutang, digunakan untuk perbelanjaan hidup.
Sumber : Pengasas WangCyber.Com (Shuth)