Sekarang ni banyak info-info dan cerita -cerita yang berunsurkan teladan, kebaikan dan tentang kebesaran agama Islam disebarkan di Facebook. Tetapi saya hairan, terdapat daripada kita yang cuba menghalang orang lain utk share kisah atau info tersebut. Alasannya, kita kena kaji betul-betul dan siasat tentang perkara tersebut sebelum menyebarkannya.
Ya, memang betul, Nabi SAW sendiri menyuruh supaya kita siasat terlebih dahulu sebarang berita yang datang kepada kita supaya tidak terjadi sesuatu fitnah. Pasti ada antara kita beranggap bahawa sebarang kisah atau info yang menjurus kepada kebaikan atau nasihat- menasihati itu, jika dikongsi akan mendapat pahala dan kebaikan itu akan datang kepada kita sendiri. Ya, ini pun adalah andaian yang sangat tepat.
Jadi, jika kita benar-benar faham dan mengesahkan bahawa sesuatu fakta itu benar, maka kita boleh share dengan yakin dengan niat semata-mata kerana Allah SWT, maka insyaAllah kebaikan akan datang kepada kita. Tetapi sebaliknya jika kita membaca fakta itu, tetapi tidak yakin akan kebenarannya, maka kita tidak digalakkan untuk menyebarkannya kerana dalam Islam, perkara yang syubhah adalah haram. Eloklah kita baca sahaja untuk diri kita sendiri.
Kesimpulannya, kita termasuklah saya sendiri yang menulis ini perlulah lengkap mempersiapkan diri dengan ilmu agama kerana amal tanpa ilmu seumpama pokok yang tidak menghasilkan buah2an..
2 comments:
assalam..
nice info...
sblm ni ade gak letak hadis2 kat facebook,pastu ade la sorg mamat ni tegur "lebih baek kaji dlu hadis tu betul atau x"..
sy pon kurg ilmu,so terasa hati la jugak ms tuh..
smpai skrg segan nak post hadis atau ssuatu yg sy sndiri xreti nk bidas balik klau org tnye..
smpai cmtu skali kan..
klau tgk info2 yg best2 tu sy skdr bc dan amalkn utk diri sndiri...
~pnjg pulak komen ni.hik2..
Asmiza : kalo benda kita tak tahu, jgn share.. sbb nnti leh jadi fitnah..bagus juga ek mamat tu tegur awk ek.. hehe
Post a Comment