Apabila TV3 menyiarkan beberapa pasangan couple yang dicekup berhampiran Damansara dan di sekitar hotel bajet beberapa hari yang lalu, dengan mereka yang terlibat dibawa untuk diberi nasihat dengan menaiki van jenazah dan diberi kaunseling di depan keranda, adakah anda yang melihat mereka yang terlibat itu benar2 insaf sehingga menangis teresak2? Persoalannya, adakah mereka menangis kerana takut akan dosa yang mereka lakukan atau takut kerana dicekup dan malu apabila dirakam oleh TV3?
Saya kurang bersetuju dengan tindakan TV3 yang menyiarkan berita tersebut kerana beranggapan mereka telah memalukan atau mengaibkan pasangan couple yang terlibat, seterusnya akan menyebabkan mereka menjadi trauma akibat malu yang terlampau sangat (walaupun muka mereka di'sensor'). Hal ini seterusnya akan menyebabkan mereka mungkin memberontak. Tindakan Jabatan Agama Islam mencegah aktiviti maksiat adalah tindakan yang sangat wajar.
Apa pendapat anda? Adakah wajar TV3 menyiarkan keaiban orang lain (dengan niat suci murni menghalang maksiat).
5 comments:
cekup tu dah mulia.pasal malukan tu tak tau la nak komen..ilmu agama tak berapa tough lg bab hukum hakam . tapi moralnya , jgn buat benda tak senonoh la kalau nak bercinta tu..huhu
Salam;
Setuju ngan pendapat cik Miss Eiza..cuma bab memalukan ni tak berani nak komen bagus dengar pandangan yang pakar...
kalau ikutkan memeng tak patut la nak siarkan. tapi adakah pasangan itu sedar yang mereka sendiri dah memalukan diri sendiri dan keluarga mereka.. melakukan maksiat tak malu ke.. hanya orang yang berfikiran cetek sahaja yang suka buat hubungan terlarang tanpa memikirkan akibatnya di akhirat kelak.. allahualam..
Agak mengejutkan! tetapi salah satu usaha yang baik untuk menyedarkan mereka yang tak serik2. If you enjoyed this post, consider following me.
patut or x da dowg pikir sblom ni apa risiko kalo dowg wat camtu...mmg la malu tp kalo xnk malu,jdikn pngjaran...
Post a Comment