Teringat saya pada zaman dulu kala, setiap kali menjelang bulan puasa, lepas sembahyang terawih mesti main mercun dan bunga api. Bermacam-macam mercun dibakar bersama rakan-rakan seperti mercun mancis, mercun bola, mercun roket dan mercun gasing.
Tetapi sungguh berbeza puasa pada zaman ini di Malaysia. Di kawasan perumahan saya di Kuala Lumpur, tiada langsung kedengaran bunyi mercun yang membingitkan keheningan malam ramadhan. Kalau dulu-dulu sebelum kerajaan mengharamkan mercun, setiap kali malam terawih mesti meriah dan bising dengan bunyi mercun.
Main bunga api sambil nyanyi lagu raya |
Berbeza pada hari ini, malam ramadhan di Kuala Lumpur sunyi sepi. Mungkin kerana ibu bapa sekarang terlalu 'take care' terhadap anak-anak mereka dengan tidak membenarkan anak-anak mereka keluar sesuka hati atau mungkin juga trend zaman sekarang sudah berbeza. Main mercun sudah tidak lagi digemari, malah 'online' facebook lebih disukai.
Saya menulis entri ini bukan untuk menggalakkan untuk bermain mercun, tetapi hanya rindu zaman kecik2 dulu.. hehe
5 comments:
kat kampung gua mercun masih kedengaran setiap malam~huahuahua
itu kampung lain lah beb.. polis x de.. kt kl polis byk woo
Kalau aku dok kampung alangkah bestnya main meriam nih..ha3
zaman kanak2 tidak selama2nya jai.. huhu
Lovely blog yyou have
Post a Comment