Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Saturday, 13 August 2011

Suasana Jalan Tunku Abdul Rahman Ketika Ini.

Sesak dan meriah! itulah perkataan yang boleh saya gambarkan ketika berada di Jalan TAR tadi untuk membeli kelengkapan raya. Seawal jam 9 pagi, orang ramai yang ingin membeli baju dan kelengkapan raya telah mula membanjiri Jalan TAR ini. 

Tempat yang menjadi tumpuan sudah tentu di Bazar kerana semua kelengkapan raya ada dijual disini. Tadi saya membeli baju raya warna peach cair dan warna itu memang susah nak cari! hanya satu kedai je saya jumpa.. huhu.. Alhamdulillah dengan cuaca yang tak begitu terik, orang dapat membeli belah dengan selesa walaupun terpaksa bersesak-sesak. 

Apa-apa pun saya berjaya menghabiskan suku daripada gaji saya untuk membeli barang raya ni.. Alhamdulillah duit hasil bisnes printing yang saya jalankan dapat sedikit sebanyak dapat menampung kos. 

Bagi penduduk KL, Jalan TAR adalah tempat yang paling sesuai untuk membeli kelengkapan raya kerana gerai-gerai yang dibuka disini memang khas untuk raya. Jadi, jangan beli last-last minit sebab mungkin barang yang anda kehendaki akan habis! huhu.. 

Sekian laporan Firdaus Kasim di Jalan TAR.

7 comments:

yusuflaili(Goku) said...

Salam;
Waahh!! shopping sakan bunyinya.syukur nikmat dari tuhan.

Anonymous said...

beskan nak raya xlam dah.kekekeke.perrgh,da beli baju raya.^_^
saya nak turun kl minggu depan,agak2 sesak cmne ea??hihi

miss eimanhikmah said...

bilakah dapat ke sana sebab baju raya tak beli lagi ni...huhuhuhu

Firdaus Kasim said...

Yusuf : syukran

cheqwa : awk stay mana ek? minggu depan confirm lg ramai

eiman : cpt2.. hehe

Cikli said...

berbelanja dgn duit hasil keringat amat bermakna

ZAIDAHTUL AKMAL said...

Wah..awal lagi bershopping yer...

Firdaus Kasim said...

cikli : btul tu bro.. rasa kepuasannya

zyash : amalan last minit x patut di amalkan.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim