Restoran -restoran ala barat contohnya KFC, McDonald, A&W dan sebagainya telah menjadi restoran kegemaran rakyat Malaysia. Telah timbul pelbagai persoalan adakah dijamin halal walaupun ada logo tanda halal dan apakah halal ayam yang disembelih dengan elektrik dan saya telah banyak mendengar bahawa ayam goreng yang dijual di KFC ada campuran gelatin dan penyembelihannya tidak mengikut syarat islam?
- Di negara kita Malaysia, pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan logo halal ialah JAKIM. Dengan adanya tanda ini pada barangan makanan yang dijual di pasaran bererti makanan itu memang halal di makan, kerana pihak JAKIM tidak akan mengeluarkan logo itu jika benar-benarnya ianya tidak halal samaada dari segi teknik pembuatannya mahupun dari segi teknik penyembelihannya.
- Sehubungan dengan itu umat Islam di negara ini tidak perlu ragu dengan logo itu. Jika mereka ragu tentang logo itu adakah benar ianya dikeluarkan oleh JAKIM atau tidak, mereka boleh berhubung terus dengan JAKIM untuk mendapatkan pengesahan. Tetapi jika mereka merasa was-was dan syubhah, lebih baik ditinggalkan.
- Dalam sebuah hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim menjelaskan perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu jelas. Manakala perkara yang berada di tengah-tengahnya adalah perkara syubhah.
- Barangsiapa yang terlibat dengan syubhah bererti ia terlibat dengan perkara yang haram. Hadis ini dengan jelas menyuruh umat Islam supaya mengelakkan dari menghampirkan diri dengan perkara yang masih tidak jelas. Ayam yang disembelih dengan menggunakan kejutan eletrik adalah tidak sah dan tidak halal untuk dimakan, malah hukumnya menyamai bangkai sahaja. Begitu juga ayam goreng yang digoreng dengan bahan yang bercampur dengan gelatin adalah tidak halal memakannya.
- Namun begitu pihak yang bertanya disarankan supaya memeriksa terlebih dahulu kebenaran maklumat itu. Kerana di dalam sebuah hadis menjelaskan mendengar berita semata-mata tidak sama dengan melihat sendiri. Kaedah mantiq pula ada menjelaskan: Hukuman ke atas sesuatu itu tidak boleh dilakukan kecuali setelah mendapat gambaran sebenar perkara tersebut. Jika sudah dipastikan maklumat ini betul, pihak yang bertanya hendaklah segera menghubungi Pihak JAKIM bagi urusan penyiasatan.
- Tindakan ini diambil sebagai membendung kemungkaran. Orang yang melihat kemungkaran berlaku di hadapan matanya wajib menegahnya, malah hukumnya adalah fardu 'ain kepada beliau merubah dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah dengan lidah dan jika tidak mampu juga hendaklah dengan hati. Itu adalah selemah-lemah iman. Begitulah yang dijelaskan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim.
6 comments:
thnks 4 da info.
info yang menarik
Salam;
Bagi aku kalau was2 aku tak akan makan terus..
mmg xmakan ayam kfc..kalau nk makan ayam goreng terjah mcd je..pun ada..
Dah tak suka KFC... tak macam dulu2jer rasanya... memangler kena jaga halal dan haramnyerkan.. akak sekarang dah tawar hati ngan restoran mamak kat depan rumah akak tu sebab bulan puasani pagi2 akak gi beli roti canai untuk dua anak kecik akaktu tapi tengok pekerja dia makan selambajer.. cam restoren orang islam hakikatnyer entahler... so camner...
Cik : setahu sy, benda yang syubhah mmg haram.. dah tulis kt atas, dlm islam ada halal dan haram je.. tgh2 x de
big : sama2 :)
Nurna : walaupun info dah lapuk, tp masih ramai yg x tahu..
Yusuf : mmg lah bro.. hehe
Zura : apa beza ayam kfc dgn ayam mcd? huhu
Cho : skang mmg susah nak cari kedai mkn yg halal toyyiba.. tapi kalau akak dah nmpk, jgn beli lg mknan kt kedai mamak tu.. jgn bg anak akak mkn mknan yng diragui
Post a Comment