Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Tuesday, 9 August 2011

Beza Puasa Enam Dan Puasa Qada'


Puasa enam dilakukan pada bulan Syawal. Ada orang mengatakan setelah kita mengerjakan puasa enam kita tidak perlu membayar puasa qada. Betulkah hukum tersebut? Saya cuba merungkaikan masalah ini.

  • Fuqaha Hanafiyah, Syafeiyah dan Hanabilah mengatakan bahawa puasa enam hari pada bulan Syawal itu adalah sunat hukumnya. Jamaah ahli hadis kecuali Bukhari meriwayatkan dari An Nasai dari Abu Ayyub al Anshari bahawa Nabi SAW bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan berpuasa enam hari pada bulan Syawal, maka seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun penuh". Jadi puasa enam pada bulan syawal ini merupakan puasa sunat sahaja. 
  • Mengqada puasa adalah kewajipan kita menggantikan puasa yang tertinggal pada bulan Ramadhan kerana sebab-sebab tertentu. Setengah ulama mengatakan kita perlu mengganti puasa wajib yang kita tertinggal itu barulah kita mengerjakan puasa sunat yang lainnya. Jadi antara puasa qada' dan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal, perlulah dipisahkan antara yang Fardhu (wajib) dan yang Sunat. Kerjakanlah puasa qada' dahulu barulah kerjakan yang sunat kerana itulah yang lebih afdal. Wallahu A'lam.
Sumber.

7 comments:

Tieah Madian said...

Ok.. Selalu memang terus buat puasa qada' dalam bulan syawal.. Jadi nanti tak payah ganti lagi.. Ngee :)


Entry Terbaru : Nota Tun Dr Mahathir Bertajuk "Menghancurkan UMNO"

yusuflaili(Goku) said...

Salam;
maknanya lunaskan yg wajib dulu baru puasa 6..!!

miera said...

oooooooooooo, macam tu eh. tq2. info terbaekkk lagi.

Dear Yayah said...

nice sharing ^^

Firdaus Kasim said...

tieah : bagus awk nie.. sy pun bru lagi nak belajar2 ni.. hee

yusuf : itu sudah semestinya.. haha

big : sama2 bro :)

ain : thanks :)

Yanie Nanee said...

macam mna pulak kalau nak buat 2+1? maksudnya dalam berrpuasa sunat syawal,niatkan sekali dengan qada' puasa? boleh ke?

Firdaus Kasim said...

@Yanie Nanee
awk kena tanya ustaz.. sy x boleh nk confirmkan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim