Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Sunday 26 December 2010

Tahun Gemilang Skuad Harimau Malaya 2010

Tahun 2010 menyaksikan skuad kendalian K Rajagobal telah mencapai beberapa kejayaan yang boleh dianggap sebagai terbaik sejak 4 tahun kebelakangan ini. Sebelum ini, skuad negara telah menjadi juara sukan SEA 2009 Laos dengan mengalahkan juara bertahan Vietnam. 
Kejayaan ini diteruskan lagi pada tahun berikutnya apabila pasukan bolasepak negara mencipta sejarah dengan layak ke pusingan kedua acara bolasepak Sukan Asia Guangzhou 2010 sejak kali terakhir layak ke pusingan kedua 32 tahun lalu.


Jika dilihat negara-negara yang diletakkan dalam satu kumpulan dengan Malaysia, memang tiada harapan untuk pasukan negara layak ke pusingan kalah mati kerana China misalnya pernah mengalahkan France (1-0) dalam perlawanan persahabatan menjelang piala dunia. 


Hal ini menunjukkan pasukan bolasepak China kini digeruni walaupun barisan yang diturunkan pada sukan asia bukan merupakan pasukan senior mereka. 


Jepun pula telah beberapa kali layak ke Piala Dunia dan mereka mempunyai pemain pelapis sebanyak 200 orang yang boleh menggantikan skuad senior mereka bila-bila masa.


Skuad kendalian jurulatih K Rajagobal layak ke pusingan kedua apabila mengatasi Kyrgyzstan (2-1) meskipun kalah kepada Jepun (0-2) dan China (0-3) dalam perlawanan yang penuh kontoversi di Stadium Tianhe. 


Sebelum ke Sukan Asia 2010 ini, skuad muda Harimau Malaya telah mencapai kemenangan 1-0 ke atas Skuad Bawah 23 tahun Korea Selatan di Stadium Bukit Jalil. Kejayaan ini telah membuktikan pasukan bolasepak negara  kini kian bangkit.


Kejayaan ini adalah hasil daripada beberapa program anjuran FAM dengan kerjsama KBS dan semua pihak yang terlibat yang diadakan sepanjang tahun. Contohnya program menempatkan Skuad Harimau Muda bertanding di liga Slovakia menunjukkan hasil yang sangat memberangsangkan walaupun banyak kritikan yang diterima sebelum ini tetapi kritikan itu dibalas apabila sebahagian besar pemain Harimau Muda mengisi 11 pemain utama dalam separuh akhir AFF Suzuki Cup 2010 menentang Vietnam.




Kejayaan pasukan negara menuju ke puncaknya apabila layak ke pusingan akhir AFF Suzuki Cup 2010 dengan menentang Indonesia yang tidak pernah tumpas dalam kejohanan itu.


Kejayaan menumbangkan Vietnam (juara bertahan) 2-0 untuk layak ke pusingan final telah memberi erti kepada penyokong Malaysia yang dahagakan kejayaan seumpama itu. 


Menurut Rajagobal, kejayaan ini adalah senario baru dalam bolasepak negara. Beliau sebelum ini mensasarkan layak ke Pusingan Akhir pada tahun 2012. Walaupun sebelum ini mereka kalah 1-5 kepada Indonesia, tapi itulah bolasepak (Bola yang berbentuk bulat, sukar nak tentukan kejayaan). 


Kesilapan apabila kalah kepada indonesia tidak patut berulang lebih-lebih lagi bermain di tempat sendiri dengan kehadiran ribuan penyokong Malaysia. Kejayaan ke final menunjukkan pasukan negara merupakan pasukan yang terbaik di rantau ini dan tak mustahil, Malaysia mampu melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.


Lebih manis apabila skuad Negara merupakan skuad 100% buatan Malaysia tanpa menggunakn khidmat jurulatih atau pemain asing. Kejayaan ini merupakan turning point dan adalah hadiah yang istimewa sempena penutupan tirai tahun 2010. Diharapkan tahun 2011 beberapa kejayaan yang lebih besar dapat dilihat. MALAYSIA , TANAH TUMPAHNYA DARAHKU !


K Rajagobal bersama kameja bertuahnya yang dipakai pada final Sukan SEA Laos 2010

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim