Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Thursday, 30 December 2010

Khairul Fahmi Che Mat : MVP Pemain Paling Bernilai MALAYSIA Dalam Kempen AFF Suzuki Cuo 2010

Pertama sekali tahniah diucapkan kepada pasukan negara kita yang buat julung-julung kalinya telah menjuarai AFF Suzuki Cup 2010 semenjak piala ini diperkenalkan 14 tahun yang lalu walaupun kita pernah mencuba untuk menjadi juara pada tahun 1996 namun tewas kepada Thailand dalam aksi perlawanan akhir. Berikut merupakan fakta yang menarik boleh diperkatakan tentang pasukan yang bergelar juara asia tenggara ini :
  • Keseluruhan pasukan negara tidak menggunakan tenaga dari negara luar termasuk jurulatih dan pemain. Tidak seperti pasukan lain seperti Indonesia, Filipina dan Singapura.
  • Purata umur pemain adalah 22 tahun.
  • Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Mohd Fadhli Mohd Shas dan Izzaq Faris adalah antara pemain yang tidak beraksi di liga tempatan.
  • Mempunyai rekod bersih bermain di Stadium Bukit Jalil tanpa melepaskan sebarang gol.
Pihak penganjur telah memilih Firman Utina pemain Indonesia sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam kejohanan ini tetapi undian yang dilakukan oleh Astro Arena : Formasi menerusi laman Facebook telah memilih penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat sebagai Pemain Paling Bernilai Malaysia dimana undian itu telah dilakukan oleh peminat bola di laman Facebook tersebut. Dia hanya melepaskan 2 gol sepanjang kejohanan ini berlangsung disamping dapat mendakap 2 piala pada musim ini iaitu Piala Malaysia dan Piala AFF Suzuki.

Khairul Fahmi Che Mat


Tarikh lahir : 7 Januari 1989

Nombor Jersey : 22

Tinggi : 170 cm

Berat : 60 kg

Kelab : Kelantan

STATISTIK AFF SUZUKI CUP 2010
  • Suzuki M.V.P - Firman Utina (Indonesia)
  • Top Scorer   - Mohammad Safee Bin Mohammad Sali (Malaysia) 5 gol
  • Fair Play      - Filipina
Fakta menarik : Mohd Muslim Ahmad, pemain paling digemari gadis Malaysia

2 comments:

Anonymous said...

mak sedara saya baik ngan muslim ahmad.. berlambak gambar diorang, tapi saya tak rasa apa-apa pun..sy x pernah pulak rasa suka kat dia sebagaimana gadis-gadis lain..kalau khairul fahmi tu, yer jugak..hehe

BLACK said...

camner mak sdare awk rapat ngn muslim ney..?? ade no tepon muslim x.? hahaah lay bleh nk minx..:-p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim