Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Monday 9 January 2012

Ulasan Nik Aziz Yang Telah Di Putar Belitkan

Teringat saya pada zaman sekolah rendah dulu, dimana Cikgu Jailani yang mengajar subjek Sejarah telah mengadakan satu sesi yang menarik di dalam kelas. Saya dan rakan-rakan sekelas  di kehendaki duduk berbaris panjang membentuk satu bulatan. Cikgu Jailani membisikan satu ayat yang mudah kepada seorang rakan sekelas saya. Kemudian, dia dikehendaki memberitahu ayat yang disampaikan Cikgu Jailani tersebut kepada rakan di sebelahnya melalui bisikan.

Begitulah seterusnya, rakan di sebelah memberitahu ayat yang sama pada rakan di sebelahnya yang lain. Sampai ke rakan yang terakhir sekali, dia dikehendaki memberitahu kepada Cikgu Jailani apa ayat yang telah diberitahu. Hasilnya, hampir 87% ayat yang di beritahu dia salah berbanding ayat asal!

Begitulah perkara yang terjadi kepada kebanyakkan wartawan di Malaysia ini. Terlalu banyak kenyataan yang mereka ulas telah di putar belitkan berbanding pada kenyataan asal terutama yang melibatkan kenyataan oleh pembangkang. Sama ada mereka sengaja atau tidak, hanya mereka yang tahu. Sama ada mereka sengaja ingin mensensasikan dan meracuni pemikiran rakyat, hanya mereka yang tahu. Sebagai orang awam, kita harus 'alert' pada perkara begini.

Gambar Hiasan
Contohnya pada sidang akhbar siang tadi, Nik Aziz telah mengulas tentang pemecatan Hassan Ali oleh PAS. Beliau memberitahu bahawa mana-mana parti di dunia ini pasti melakukan pemecatan ahlinya yang tidak senonoh, tetapi menerusi Buletin TV3 sebentar tadi memberitahu PAS memecat Hassan Ali yang tidak senonoh. Nampak tak perbezaan kenyataan oleh Nik Aziz dan Buletin Utama ini? Sebenarnya banyak lagi contoh yang boleh anda perhatikan.

Kesimpulan yang diberitahu oleh Cikgu Jailani, bahawa ayat yang disampaikan orang terakhir pasti berbeza setelah di 'tapis' dan di ubahsuai oleh orang sebelum mereka yang mendapat maklumat tersebut. Jadi, anda bayangkan sendiri bagaimana sejarah yang berusia ratusan hinggi ribuan tahun dahulu boleh sama atau tidak dengan sejarah yang kita dapat sekarang. 

Sebab itu, kita di nasihatkan oleh Nabi SAW supaya membuat rujukan Al-Quran dan Sunnah jika ada sebarang masalah duniawi dan ukhrawi kerana kandungan sumber tersebut tidak diubah. Dan, janganlah kita percaya dengan sumber atau maklumat yang kita dapat tanpa menyeliknya terlebih dahulu, terutama jika anda ingin membuat ulasan/komen mengenainya.

6 comments:

Unknown said...

suka sangat entri ini.sebab tu kita kena dapatkan sumber yang sahih daripada org yang terlibat bukannya dengar dari cakap org

widiea azira said...

har tu lah..kalo sy senang je..org tye "sorry sy xde d tempat jejadian" sbb lagi byk crita lagi byk tokok tambah..x gitu

Firdaus Kasim said...

Rozuan : benar tuan

azira : bagus jujur.. hee

yusuflaili(Goku) said...

salam;
setuju sangar2...pandang awak.

Gombug said...

Dapatkan memori 50GB simpanan foto, muzik, video dan apa sahaja untuk telefon anda secara percuma hari ini dari www.Gombug.net! Sebelum 31 Dec 2012 - http://adf.ly/4O5uz

Jawatan Kosong Kerajaan said...

jgn percaya 100% apa yg dibaca dan didengar tanpa usul periksa..perlu lebih berhati2 masa skrg nie..

My latest entry 9 Jawatan Kosong Kerajaan Terkini 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim