Monday, 31 December 2012
Kehebatan Matematik
1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
...
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321
1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111
9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
Hebatkan?
Dan cuba lihat simetri ini:
1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321
Sekarang tengok ini
101%Dari sudut pandangan matematik :
Apakah ia sama dengan 100%?
Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?
Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?
Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%
Bagaimana nak MENCAPAI 101%?
Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.
Jika:
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ
Digambarkan sebagai:
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.
Jika:
KERJA KERAS
11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%
H-A-R-D-W-O-R- K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%
Dan:
Knowledge
11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%
Serta
SIKAP
19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%
Dalam Bahasa Inggeris;
A-T-T-I-T-U-D-E
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%
Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.
Tapi
LOVE OF GOD
12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%
atau
SAYANG ALLAH
19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%
Monday, 17 December 2012
Sunnah Bela Janggut
Tahukan anda bahawa bela janggut adalah sunnah Nabi SAW. Siapa yang amalkan sunnah pada akhir zaman dengan konsisten, pahalanya sama macam pahala orang mati syahid (masuk syurga tanpa hisab). Kepada lelaki, jom kita berniat sekarang bela janggut dan cukur misai. Itulah lambang lelaki sejati. Bukan licin macam perempuan! :D
Thanks & Regards
Firdaus Kasim
Tel: 017-636 4629
www.safiraprintingservices.com
safira printing services (002135751-P)
Tuesday, 11 December 2012
Harimau Malaya vs Gajah Putih
Apakah kesudahan perlawanan ini? Jom kita saksikan siaran langsung perlawanan Piala Suzuki AFF 2013 antara Malaysia dan Thailand peringkat separuh akhir kedua di TV1 jam 7:55malam. Ingat! Solat maghrib dulu ya :)
Saturday, 8 December 2012
Tuesday, 13 November 2012
Jersey Baru Harimau Malaya 2013
Sunday, 4 November 2012
Perkataan Asal Starbucks
Perkataan Starbucks itu sendiri telah jelas maknanya. Star itu sendiri merujuk kepada lambang bintang pada bendera Israel dan Bucks pula merujuk kepada wang yang banyak. Jadi, selepas ini anda perlu berhati-hati di mana anda belanjakan wang anda dan apa yang anda bekalkan kepada mereka.
Thursday, 25 October 2012
Selamat Hari Raya Aidiladha
Wednesday, 3 October 2012
Iman Senipis Kulit Bawang
Thursday, 6 September 2012
Gambar Air Filter Kereta
Wednesday, 29 August 2012
Perkara Merosakkan Mata
Monday, 27 August 2012
Jangan Rosakkan Fitrah Kasih Sayang
Thursday, 16 August 2012
Panduan Solat Ketika Musafir
Cara-cara melakukan sembahyang Jamak dan Qasar :
Makna Jamak ialah dihimpunkan
Makna Qasar ialah dipendekkan
Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu:- "Sahaja aku musafir kerana Allah Tallah". Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.
Jamak Takdim dan diQasarkan (di pendekkan)
1.Melakukan sembahyang asar dalam waktu zuhur itu di namakan jamak takdim.
Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang asar pula ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".
Jamak Takhir dan diQasarkan (di pendekkan)
2.Melakukan sembahyang zuhur dalam waktu asar itu di namakan Jamak Takhir.
Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu:- "Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu asar"
Lakukan sembahyang asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang zuhur 2 rakaat.
Niat untuk sembahyang asar ialah "Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".
Niat untuk sembahyang zuhur ialah "sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Talla".
Kita boleh juga jamakkan maghrib dengan isyak atau sebaliknya tapi waktu maghrib tidak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-
Jamak takdim dan diqasarkan (di pendekkan)
1.Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim.
Niat untuk sembahyang magrib ialah "Sahaja aku sembahyang fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Talla".
Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".
Jamak takhir dan diqasarkan (di pendekkan)
2.Melakukan sembahyang magrib dalam waktu isyak itu dinamakan jamak takhir.
Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu magrib berakhir "Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam waktu isyak"
Niat untuk sembahyang isyak ialah "Sahaja aku sembahyang fardu isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu magrib dengan jamak takhir kerana Allah Talla".
Niat untuk sembahyang magrib ialah "sahaja aku sembahyang fardu magrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takhir kerana Allah Tallah".
Sekian, semoga bermanfaat insyaAllah
Wednesday, 8 August 2012
Sampul Duit Raya 2012
Tadi belek-belek buku muka (facebook), saya terjumpa beberapa orang yang jual sampul duit raya 2012 dengan design2 yang cun2 dan gempak. Memang nampak kelas raya tahun ni kalau ada angpow yang design mewah macam tu.. hehe.. Antara yang sampul duit raya 2012 tergempak yang saya jumpa adalah sampul duit raya 2012 dari Safira Printing. Mereka menawarkan sampul duit raya versi Blackberry Bold 3, Kamera Digital, versi Facebook, versi iPhone dan dan Samsung Galaxy S3.. Memang cun habis!
Berikut saya letak gambar sampul duit raya tersebut yang di ambil daripada laman web Safira Printing :
![]() |
Blackberry Bold 3. Siap ada (Blackberry Messanger) BBM lagi. Siapa yang tak mampu beli Blackberry, bolehlah beli sampul duit raya versi Blackberry ini :-P |
![]() |
Orang kita suka bergambar. Itulah hakikatnya! Sampul duit raya versi kamera digital ini wajib anda beli! |
![]() |
Ini paling gempak! Komen2 kt sampul duit raya versi Facebook ni memang kelakar! |
![]() |
Wah, kt belakang iPhone ni siap ada pantun lagi.. haha |
![]() |
Ini gadget yang terbaru di pasaran Malaysia. Cool.. |
Berikut adalah harga yang di tawarkan :
-SDR1-
30 Sampul - RM10
50 Sampul - RM16
70 Sampul - RM23
90 Sampul - RM27
130 Sampul - RM39
150 Sampul - RM45
200 Sampul - RM60
250 Sampul - RM73
300 Sampul - RM 87
400 Sampul - RM116
Nota : Anda boleh campur design (SDR1 sahaja)
-SDR2-
30 Sampul - RM12
50 Sampul - RM19
70 Sampul - RM25
90 Sampul - RM33
130 Sampul - RM45
150 Sampul - RM51
200 Sampul - RM68
250 Sampul - RM85
300 Sampul - RM102
400 Sampul - RM136
Note : Anda boleh campur design (SDR2 sahaja)
Jika anda berminat nak beli, boleh layari www.safiraprintingservices.com atau emel safiraprintingservices@gmail.com atau SMS ke 017-6364629
Harga dia tak lah mahal sangat, rasanya x sepadan dengan gadget yang mewah dan design Facebook yang nampak real tu. Betul x? Jadikan hari raya anda lebih meriah dengan memiliki sampul duit raya ini, tetapi ingat, puasa kena perfect.. baru bermakna bila sambut raya :)
Selamat menyambut bulan Ramadhan yang bakal menjelang :)
Sunday, 22 July 2012
Atuk Ponteng Puasa
Tanpa menghiraukan orang ramai yang lalu lalang, warga emas terbabit dengan selamba menghirup hidangan kopi panas sambil menikmati roti bakar.
Bagaimanapun, perbuatan mereka itu dikesan anggota Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) yang bertindak menyerbu kedai makan berkenaan, pagi semalam.
Sumber : Sinar Harian
Kalau iman dah lemah, sudah tiada lagi kebesaran Allah dalam hati maka nak makan di depan khalayak ramai pun tak tahu malu. Apatah lagi kalau makan secara sorok-sorok.
Ya Allah berikan mereka hidayah.
Mungkin atuk tu tak sihat, sebab tu dia buka puasa (tengah sangka baik)
Saturday, 21 July 2012
Pesta Makanan di Bulan Ramadhan?
Tak salah sesetengah pihak mengatakan bahawa bulan Ramadhan adalah bulan pesta makanan kerana Malaysia memang terkenal dengan aneka pelbagai jenis makanan yang tidak terdapat di mana-mana negara di dunia ini. Di bulan ini, kita boleh jumpa pelbagai jenis makanan yang tidak terdapat di bulan lain melalui bazar2 Ramadhan yang di adakan di seluruh negara.
Cuma yang salah ialah jika kita membazir membeli makanan yang terlalu banyak. Tidak salah belanja lebih pada bulan Ramadhan, tetapi menjadi kesalahan apabila kita membazir.
Wednesday, 18 July 2012
Duit Ini Hanyalah Kertas
Sebab itu kita digalakkan menyimpan emas kerana emas adalah 'penebat' inflasi yang baik selain perak atau silver. Selain itu, emas dan perak juga ada disebut dalam al-Quran.
Beratus-ratus Kambing Mati Disambar Petir
Itulah yang terjadi kepada penternak kambing di kawasan pergunungan daerah Hoboksar, Mongolia apabila beratus-ratus ternakan kambingnya mati di sambar petir. Ikuti luahan hati penternak ini.
"Ia bermula dengan hujan lebat pada tengah malam. Saya amat takut dan terpaksa melindungi diri dalam bangsal berdekatan. Apabila kilat menyambar kawasan ini, saya terdengar kawanan biri-biri itu mengembek dengan kuat," kata anak penggembala kambing Alten Bagen.
Semasa kejadian, kumpulan biri-biri yang banyak itu berlindung di bawah pokok pain.
Kata Bagen, 30 biri-biri lain turut hanyut dibawa arus deras banjir.
Bapa Bagen yang juga seorang penggembala berpengalaman tidak berada di kawasan kejadian kerana terpaksa menjaga kuda mereka di kawasan pergunungan.
"Bau daging bakar memenuhi ruang udara selepas insiden tersebut.
Haiwan-haiwan ini adalah satu-satunya sumber pendapatan kami sekeluarga," kata lelaki berumur 42 tahun itu lagi.
Dalam pada itu, menurut juruteknik tempatan, Jangeq Chafu ternakan mati akibat panahan kilat pada musim panas adalah perkara biasa.
"Padang ragut di sini merupakan sebuah kawasan pergunungan. Penduduk tempatan menjadikannya sebagai lokasi untuk kambing biri-biri meragut rumput pada pada musim panas,"
Ternakan sememangnya terdedah dengan pelbagai risiko termasuk disambar kilat," kata Chafu.
Tuesday, 17 July 2012
Untuk Apa Kita Hidup?
Terdapat ramai orang sedang membeli belah lebih-lebih lagi di hujung minggu.
Bila anda sedang memandu kenderaan, kebetulan jalanraya sedang sesak, apa yang anda sedang fikirkan ketika itu? apa yang mereka yang berada di sekeliling anda sedang fikirkan ketika itu?
Bila anda sedang shopping bersama keluarga atau kawan-kawan, apa yang sedang anda fikirkan ketika waktu itu? Apa orang lain sedang fikirkan ketika itu?
Sudah tentu ketika anda sedang memandu, anda akan fikirkan adakah jalanraya akan jem? Apa yang anda akan buat selepas sampai ke destinasi anda? Atau anda akan fikir tentang perkara-perkara yang telah terjadi di pejabat anda dan banyak lagi ragam.
Begitu juga ketika anda membeli belah, anda akan fikir barang apa yang perlu dibeli?
Dalam banyak-banyak orang (termasuk anda), berapa banyak yang fikir tentang agama? Berapa banyak yang sedar, apakah kerja sebenar mereka (kerja sebenar kita adalah menyebar agama Allah SWT, iaitu sama dengan kerja Nabi Muhammad SAW) dan untuk apa kita hidup?
Minum susu - pergi sekolah - ambil diploma - dapat kerja - beli kereta - kahwin - beli rumah - dapat anak - dah pencen - tua - mati - lepas tu?
Friday, 13 July 2012
Kereta pun kena mandi
Kereta yang bakal saya drive esok ini perlulah di mandikan juga sebab kalau dia kotor, nak naik pun takde selera.. Huhu..
Car wash kt Batu Muda ni dia charge RM8 untuk basuh luar dan dalam kereta. Dah lama kereta ni tak wax dan polish.. Nak buat dia, agak mahal dalam RM180 kalau tak silap..
Coklat Kurma
Rasanya sangat sedap dan anda tidak perlu bimbang sebab tiada biji kurma di dalamnya. Ini coklat yang murah sebab tu dia jual murah.
Kalau anda nak coklat kurma yang paling sedap dan sangat ekslusif, anda boleh jumpa di Bangsar Shopping Centre. Kedai dia pun sangat menarik. (Sorry tak sempat capture pic kedai dia)
Saya pasti, siapa jual coklat kurma ni pada bulan Ramadhan, pasti laku!
Your Sincerely, Firdaus Kasim (0176364629)
Tuesday, 26 June 2012
Lindungi Diri Anda Dengan Takaful Ikhlas
![]() |
Kos perubatan semakin tinggi wooo!! |
![]() |
Kalau sepanjang anda hidup anda tak ada kemalangan, bertambahlah duit persaraan anda.. kaya2 |
Monday, 18 June 2012
Jual Quran Tapi Tak Pakai Tudung
![]() |
Gambar hiasan |
Wednesday, 13 June 2012
Ubat Terbaik Untuk Sihat
![]() |
Tidur mengiring kanan dan mengadap kiblat adalah sunnah |
Monday, 11 June 2012
Tips Menarik Pelanggan
Saya yakin anda juga pasti berpendapat seperti saya. Kepada para penjual, layanlah pelanggan anda sebaik yang mungkin dengan memberi senyuman dan berbudi bahasa. Saya pasti mereka akan datang kepada anda untuk membeli lagi dan ia akan mewujudkan pelanggan tetap.
Sedikit perkongsian saya jika menjadi sebagai seorang pelanggan :)
Langkah Kanan
Saturday, 9 June 2012
Cover Photo Timeline Facebook Paling Gempak
![]() |
1. Photo seperti ilusi optik ni paling gempak |
![]() |
2. Hujan turun memang kreatif! |
![]() |
3. Nampak real dan kreatif tapi gambar kecil tu kena bagi nampak tangan.. baru gempak! |
![]() |
4. Simple tapi pasti membuatkan orang teruja sebab sangat kreatif. |
![]() |
5. Ni cover photo timeline facebook saya.. boleh masuk top 5 tak? hehe! |
Monday, 4 June 2012
Apa Yang Anda Yakin Selama Ini?
- Bukan majikan saya yang bagi rezeki, yang bagi rezeki ialah Allah SWT
- Bukan ubat yang bagi sembuh, yang bagi sembuh ialah Allah SWT
- Bukan dengan joging setiap petang bagi saya sihat, yang bagi sihat ialah Allah SWT
- Bukan dengan naik kereta saya lebih selamat berbanding naik motor di jalanraya, yang bagi selamat ialah Allah SWT
- Bukan dengan muka handsome yang menyebabkan saya lulus interview kerja, yang bagi kerja ialah Allah SWT
- Bukan dengan gaji yang saya dapat saya dapat beli kereta, yang bagi kereta kepada saya ialah Allah SWT
- Bukan dengan pergi holiday ke Bali dapat beri ketenangan kepada saya, yang bagi ketenangan ialah Allah SWT
- Bukan dengan pakai pencuci muka yang menyebabkan kulit saya cantik, yang bagi cantik ialah Allah SWT
- Bukan kipas atau aircond yang bagi sejuk, yang bagi sejuk ialah Allah SWT
- Bukan makanan yang bagi saya kenyang, yang bagi kenyang ialah Allah SWT
Wednesday, 30 May 2012
Exabytes, MOLPay ink easy payment pact
Thursday, 10 May 2012
Simpanan ASB Atau Tabung Haji?
Friday, 27 April 2012
Tuesday, 17 April 2012
Hard Disk 5gb
Sunday, 15 April 2012
Rahsia Mendapat Kulit Wajah Cantik
Thursday, 12 April 2012
Tips Perkahwinan
Kebahagiaan hanya dalam agama, kecantikan dan kekayaan juga mungkin boleh bagi kebahagiaan, tetapi ia lebih bersifat sementara. Sebab itu, bila nak cari bakal isteri/suami, agama perlu diutamakan seperti tips-tips perkahwinan yang diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus (sumber : Facebook). Sila ikuti tips-tips perkahwinan seperti di bawah :
KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.
KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.
KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.
KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana
anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf
apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.
KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.
SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.
KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.
KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%
KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.
KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.
KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.
KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit
secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.
KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.