Thursday, 25 April 2013
Tuesday, 9 April 2013
Kebun Dibakar Akibat Taksub Pilihanraya 2013
Ikut laporan daripada Sinar Harian, seorang pemilik kebun getah, dekat sini, kecewa setelah kawasan kebunnya dibakar gara-gara ada pihak cuba mendapatkan buluh dipercayai untuk persiapan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Basiroh Che Et, 59, dari Kampung Charuk Putih berkata, ratusan buluh muda yang sudah ditebang turut ditemui di kawasan kebunnya.
Menurutnya, dia yakin buluh berkenaan dijadikan tiang bendera parti politik.
"Sekarang ini memang musim cari buluh. Setiap buluh dibeli dengan harga RM1. Buluh ini akan dijual kepada orang politik untuk tujuan pemasangan bendera parti," katanya ketika ditemui di kebun getahnya di Kampung Becah Sawa, di sini, semalam.
Kejadian itu disedari beberapa hari lalu ketika Basiroh bersama anaknya, Faizah Isa, 29, ke kebun berkenaan untuk menoreh getah.
"Makcik terkejut tengok kebun terbakar. Dah bertahun makcik menoreh di sini, belum pernah lagi kejadian seperti ini berlaku," katanya.
Menurutnya, dia kesal kerana pihak terbabit bukan sekadar mencuri buluh, malah turut membakar kawasan kebunnya.
"Makcik tak tahu sebab apa mereka bakar kebun ini, tapi banyak pokok getah makcik rosak. Bukan itu saja, getah sekerap yang makcik tinggal dekat kebun ini pun turut terbakar," katanya.
Ibu kepada empat anak itu berkata, dia tidak marahkan mereka yang mengambil buluh, tetapi kesal kerana sanggup membakar kebunnya.
"Makcik tak kisah kalau nak ambil buluh, sekurang-kurangnya dapat cerahkan kebun makcik. Tapi, mereka kena minta kebenaran dulu, bukan main masuk saja.
"Selalu pemilik kebun akan minta 30 sen untuk sebatang buluh. Tapi, makcik tak kisah. Ambilah banyak mana pun, makcik tak kira duit. Tapi, kena ada cara, jangan masuk macam itu saja. Ini sampai bakar kebun makcik," katanya.
Katanya, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak tetapi berharap pihak berkenaan tidak lagi melakukan tindakan sedemikian.
"Kalau nak buluh, jumpa makcik elok-elok. Minta kebenaran, makcik bagi," katanya.
Thanks & Regards
Firdaus Kasim
Tel : 017-636 4629
Website : www.safira.com.my
Monday, 8 April 2013
Sistem IT Israel Banyak Kelemahan
Namun begitu, sistem IT mereka juga mempunyai kelemahan sehingga dapat digodam oleh hacker yang mengelar dir
mereka sebagai 'Annonymous Arab'. Ikuti laporan akhbar daripada sumber Sinar Harian ini
TEL AVIV - Beberapa laman web kerajaan Israel digodam oleh penyerang siber dikenali sebagai 'Annonymous Arab', semalam.
Sebuah laman web Israel yang mempromosikan 'Opisrael" sendiri telah digodam dan memainkan mesej anti-Israel semasa laman web itu memainkan lagu kebangsaan Israel, 'Hatikvah'.
Sebuah kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai 'Annonymous Arab' berkata dalam sebuah video yang mereka muat naik di YouTube mengatakan yang mereka akan melakukan serangan melalui tiga fasa.
"Langkah yang kami mulakan sangat sistematik iaitu dengan menghapuskan entiti Zionis dari (dunia) internet," kata seorang lelaki bertopeng melalui YouTube.
'Langkah kedua, kami akan menggodam rancangan masa depan anda dan menunjukkan jenayah yang anda lakukan ke seluruh dunia," katanya.
"Dan langkah seterusnya ialah kami fikir inilah hadiah dari Annonymous kepada anda," katanya.
Laman web Knesset dan Agensi Pilihan Raya Israel turut digodam semalam.
Ketua Cyber Negara, Yitzhak Ben Yisrael berkata, penggodam tidak menyebabkan sebarang kerosakan ke atas infrastruktur penting negara itu.
Log in our website for more details
www.colourfulcard.com
Servis Blog Dan Blogshop Murah
Biasanya harga yang ditawarkan untuk membina blog dan blogshop yang complete/sempurna ialah RM100. Harga ini sebenarnya terlalu sedikit jika dibandingkan dengan penat lelah dan banyak masa dihabiskan untuk siap design selama 7 hari masa bekerja.
Sempena ulangtahun 4 tahun saya menceburi dalam dunia blog, dengan berbesar hati saya ingin menawarkan servis buat blog dan blogshop complete pada harga RM79 sahaja. Sila lihat beberapa contoh blog dan blogshop yang pernah saya design :
http://www.safiraprintingservices.com/
http://www.colourfulcard.com/
http://fndprinting.blogspot.com/
http://panitiasejarahpesisiran.blogspot.com/
http://aqilkidzstore.blogspot.com/
http://cergasdansihat.blogspot.com/
http://www.imtiazdigital.com (sedang dalam pembikinan)
Blog yang cantik pasti akan memberi first impression yang baik kepada perniagaan anda selain dapat membina kredibiliti atau kepercayaan oleh pelanggan anda. Anda tidak perlu bazirkan berminggu-minggu untuk belajar membina blog perniagaan sendiri kerana dalam tempoh tersebut, anda boleh gunakan untuk buat marketing.
Saya juga telah beritahu kepada pelanggan saya bahawa blog yang cantik tidak berguna jika mereka tidak buat promosi terhadap blog tersebut.
Cara Untuk Menempah :
- Sila hantar butiran blog perniagaan anda seperti maklumat perniagaan, cara pembayaran, produk, harga, faq, warna tema blogshop dan maklumat yang berkaitan ke emel firdauskasim89@gmail.com
- Anda juga perlu menghantar/attach gambar/logo perniagaan anda untuk dijadikan header. Sila hantar butiran yang selengkapnya ke emel tersebut.
- Selepas mendapat emel anda, saya akan beri quotation/sebut harga untuk butiran harga dan langkah seterusnya untuk lakukan bayaran.
- Untuk pengetahuan anda, tempoh masa untuk siap blogshop ialah 7 hari masa bekerja. Saya boleh edit design blog jika ada bahagian tertentu pada blog yang tidak menepati citarasa anda. Servis selepas design ini hanya sah untuk tempoh 2 minggu sahaja.