Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Friday, 25 November 2011

Pemberian Air Percuma Kerajaan Selangor

Pada pendapat anda, adakah wajar kerajaan Selangor memberi air percuma kepada rakyat Selangor (terutama yang kurang pendapatan). Kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim mengamalkan konsep Hasil Negeri Untuk Rakyat dimana beliau ingin mewujudkan Selangor negeri kebajikan dimana hasil yang diperolehi kerajaan adalah untuk dinikmati rakyat Selangor. Maka salah satu cara untuk mengadaptasi konsep ini adalah memberi 20m padu air percuma kepada rakyat Selangor yang berpendapatan rendah selama 6 bulan pertama.

Ramai yang menyahut baik tindakan kerajaan Selangor ini memberi air percuma, namun ada juga yang membangkang sekeras-kerasnya tindakan kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim ini. Alasan yang popular yang dipersoalkan mereka ialah pembaziran akan berlaku. Mana tidaknya, jika mereka mendapat air percuma, sudah pasti mereka tidak hargainya kerana mereka tidak perlu membayar bil air yang digunakan. 

Ada juga yang mengatakan bahawa Selangor bakal mengalami krisis air yang teruk beberapa tahun lagi kerana banyak sungai yang telah tercemar dengan teruk (pada masa sama, bilangan loji pembersihan air yang tidak mencukupi) dan memberi air percuma yang bakal dinikmati sejuta rakyat selangor akan menyebabkan krisis ini bertambah teruk.

Air adalah anugerah Allah SWT yang diberi kepada manusia secara percuma. Namun untuk menikmati air yang benar-benar bersih dan berkualiti untuk disalurkan ke rumah kita untuk kegunaan harian, maka kita perlu membayar sedikit 'upah' bagi pihak yang telah memproses air dan menyalurkannya ke rumah atau ke kilang. Tindakan memberi air percuma (dengan sedikit syarat & terma kepada penerima) dilihat adalah tindakan yang sangat wajar kerana di anggap kerajaan tersebut adalah adil dan saksama.

Minta tolonglah jangan politikkan air kerana bala yang diturunkan bakal berlaku akibat kerakusan manusia yang ingin berkuasa. Air di Kelantan memang diakui mempunyai kualiti yang teruk, minta pihak yang bertanggungjawab membantu kerajaan pimpinan PAS memperbaiki kualiti air disana tanpa mengira persefahaman politik

7 comments:

o said...

maaf bertanya :) saya masih kurang jelas dengan SPAM tu sebenar nya :) boleh tak firdaus terang kan lebih detail lagi ??? maaflah susah kan firdaus :)

Zura Tahir said...

baguslah konsep tue..jgn ade setengah negeri..kerajaan negeri bolot sorang2..rakyat terbiar je..

Firdaus Kasim said...

@Liza Masliza . masz .
spam tu maknanya menghantar suatu bentuk promosi di tempat yg x sepatutnya.. faham x? hehe

Firdaus Kasim said...

@Zura
contohnya? huhu

hoyahadis said...

air free..memang best..he..he.. tp lbih baik khusus untuk yg brpendapatan rendah.. dan tak mampu nk bayar bil.. mungkin juge ade strategi yg lbih baik yg tdak hanya menguntungkan kerajaan & tk menyusahkan rakyat.. klu strategi tu disatukan insyaallah semua pihak brpuashati.

lame menyepi Firdaus Kasim ni..he..he.. semakin bz dgn kerje ke.

Annie said...

nice info

Syira Rara said...

hai...sy bru follow ur blog..n if u dont mind pliss follow mine...blh kongsi cerita :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim