Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Sunday, 5 February 2012

Borang Form Online Terbaik

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca blog firdaus kasim sekalian, diharapkan anda semua berada dalam keadaan baik-baik belaka. Baiklah, pada hari ini, saya ingin berkongsi dengan anda borang online percuma yang terbaik yang saya gunakan sejak beberapa tahun yang lalu untuk membuat form pada blogshop saya.

Jika ingin menggunakan borang online secara percuma dalam kuantiti yang banyak, saya sarankan anda menggunakan servis Jotform. Apabila anda telah mendaftar pada laman web ini (percuma), anda boleh menggunakan borang online dengan banyak secara percuma sahaja. Saya telah menggunakan lebih kurang 40 borang online pada blogshop saya iaitu www.safiraprintingservices.com. Banyak bukan? 

Tidak seperti form online provider yang lain, kebanyakkannya hanya terhad kepada 1-10 borang secara percuma sahaja, jika anda mahu menggunakan lebih daripada itu, anda terpaksa melakukan pembayaran. Jotform hanya mengenakan bayaran jika orang yang isi pada form anda melebihi had yang ditetapkan. Biasanya had yang ditetapkan mereka ialah 100 submit. 

Jotform menawarkan fungsi borang yang boleh saya katakan sangat lengkap dan canggih terutama sekali sistem keselamatan pada borang tersebut. Jadi, anda harus mendaftar akaun pada laman web ini, dan saya pasti anda akan puas hati dengan servis borang online yang mereka tawarkan. 

1 comment:

sabry oppa said...

nice ") nice ") like :) like :)

singgah sini n bace entry...
entry yg cool n blog yg superb!



http://shaberry92.blogspot.com/ (blog kpop)

http://sabryoppa.blogspot.com/ ( personal blog)

nice to meet you...
thanks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim