Kerja sebenar kita adalah sama seperti kerja Nabi SAW dan Sahabat, iaitu jumpa manusia lain dan cakap tentang kebesaran Allah serta pentingnya memelihara iman dan amal kita terhadap Allah SWT dan menerangkan kepada mereka bahawa kejayaan manusia yang sebenar hanya dalam agama, bukan dalam kekayaan atau pangkat (setakat mana dia dapat mentaati perintah Allah SWT dan mengamalkan Sunnah Nabi SAW, itulah kajayaan yang sebesar-besarnya).
Situasi di Malaysia khasnya menyaksikan iman kita yang senipis bawang (bahkan lebih nipis lagi) tidak memungkinkan kita untuk jumpa Ah Chong atau Mutusamy dan menerangkan kepada mereka tentang kebesaran Allah SWT. Maka kita perlu jumpa orang kita sendiri dan menerangkan kepada mereka tentang kebesaran Allah SWT dengan penuh hikmah dan adab yang betul. Untuk belajar hikmah dan adab yang betul, maka anda perlu berada dalam satu jemaah yang diketuai oleh seoarang Amir (ketua). Jemaah ini anda boleh sertai di masjid berhampiran anda atau di Masjid Jamek Sri Petaling.
Semua ini adalah untuk kebaikan diri kita sendiri dan kesannya keluarga anda, jiran anda, masyarakat anda dan penduduk seluruh dunia juga akan dapat hidayah. Inilah kerja sebenar kita, inilah saham pelaburan yang sebenar.
![]() |
berada dalam jemaah akan memastikan kita belajar adab dan sunnah yang betul |