Baru-baru ini ada seseorang menawarkan saya untuk membeli produk kesihatan berasaskan minuman sambil dapat membuat duit melaluinya (MLM). Produk ini menjanjikan kesihatan yang baik di mana kita dapat lihat hasilnya dalam tempoh masa yang panjang.
Tidur mengiring kanan dan mengadap kiblat adalah sunnah |
Ya, produk sebegini memang di akui baik untuk menjaga kesihatan dan kelihatan minda di mana telah terbukti pada orang yang telah mengamalkannya. Di sebabkan harga nya yang terlalu mahal, saya tidak dapat beli buat masa ini.
Bagi saya, ubat yang terbaik dan termurah untuk mengekalkan kesihatan yang baik ialah dengan mengamalkan sunnah Nabi SAW dari bangun tidur sehinggalah hendak tidur semula. Setiap pergerakan dan tingkah laku Rasulullah ada sebab yang membawa manfaat kepada keadaan fitrah manusia.
Contohnya, Nabi SAW akan mendahului makan buah-buahan terlebih dahulu sebelum menjamah makanan yang lain. Hal ini penting untuk menjaga kesihatan perut. Banyak lagi sunnah Nabi SAW yang perlu di ikuti oleh umat Islam.
Jika kita amalkan Sunnah Nabi SAW, bukan sahaja kita akan mendapat kesihatan yang baik, malah yang paling penting kita dapat pahala yang besar. Jadi, sebelum melakukan sesuatu perkara, kita perlukan utamakan agama Allah SWT. InsyaAllah.
3 comments:
setuju
@widiea azira
bagus2 :)
orang yahudi/israel umumnya pintar dan berdaya uasaha kononnya atas amalan mereka memakan buah buahan dahulu sabelum menjamah makanan setiap pagi , tengah hari dan petang/malam
Post a Comment