Rasa janggal bila tengok orang tu yang menjual Quran Digital tapi tak pakai tudung dan pakai baju ketat. Nampak sangat dia hanya mengejar untung dunia sahaja tanpa mengambil kira apa yang dia jual tu sebenarnya amat mulia bagi kita.
Gambar hiasan |
Tahun lepas saya juga ternampak ada segelintir orang yang menjual telekung di bazar Aidilfitri di Jalan Tunku Abdul Rahman tapi tak pakai tudung. Rasa ada sesuatu tak kena bila nak beli. Tapi ada juga yang beli. Kalau dia tutup aurat dengan sempurna, pasti akan lebih ramai orang yang akan membeli sebab sejuk je mata bila pandang pada penjual tersebut yang tutup aurat dengan SEMPURNA.
Dunia2.. Jauhilah aku dari fitnah dunia dan fitnah perempuan
1 comment:
Golongan ni tak faham sebenarnya apa tuntutan agama pada mereka.
Ada yang lagi teruk pernah saya lihat yang ketika bersolat pandai pula dia memakai telekung,tapi lepas solat boleh pula dia keluar dalam keadaan tak bertudung.
Pening2 dengan wanita sekarang.Apalah yang mereka nak tunjuk sangat.
Post a Comment