Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Monday 28 February 2011

Tips Memilih Kad Kredit



Amat pelik seorang yang tidak menggunakan kad kredit tetapi membicarakan tentang kad kredit. Sebenarnya firz merancang nak buat kad kredit tetapi setelah meneliti apa itu kad kredit, tiba-tiba ubah fikiran. Nak tahu kenapa? jom baca tentang kad kredit dan tips memilihnya di bawah, lepas tu firz bagitahu kenapa firz tidak mahu menggunakan kad kredit :

Maksud Kad Kredit :

  • Kad kredit ialah satu cara yg membolehkan anda membeli barangan/perkhidmatan tanpa menggunakan duit tunai. Contohnya biasa kita tengok di kaunter pembayaran shopping complex, segelintir membayar manggunakan kad kredit.
  • Bila anda menggunakan kad kredit utk membeli barangan, sebenarnya, pengeluar kad kredit tersebut yg membayar kepada jurujual tersebut bagi pihak anda.
  • Kemudian, pengeluar kad kredit tersebut akan menghantar bil kepada anda dalam bentuk penyata bil bulanan.
Tips memilih kad kredit :
  • Banyak kad kredit yang ditawarkan di pasaran. Maka anda haruslah memilih kad kredit yg betul-betul memenuhi keperluan anda.
  • Buat perbandingan tentang fee(yuran), caj dan ciri2 yang ditawarkan oleh pengeluar kad kredit sebelum memilih kad kredit.
  • Terdapat sebahagian pengeluar kad kredit menyediakan pelbagai hadiah sebagai mempromosikan kad kredit mereka. Maka anda harus meneliti syarat2 yg dikenakan utk mendapat hadiah tersebut atau tunggulah kena denda jika tidak mematuhi syarat2 tersebut.
  • Untuk menarik perhatian anda, pengeluar kad kredit akan mengenakan yuran atau caj yg rendah pada tempoh tertentu. Kadar faedah permulaan yang rendah biasanya ditulis dengan saiz fon yang besar dan mudah dibaca dan kadang-kadang tanpa mempamerkan tarikh luput.
  • Kadar faedah selepas tamat tempoh pula tidak dinyatakan dengan jelas( fon kecil dan terdapat pada halaman terakhir pada borang permohonan)
  • Maka, anda perlu memahami syarat-syarat promosi dan menyedari bila tempoh promosi akan tamat kerana anda mungkin dikenakan caj seperti biasa atau pada kadar yang jauh lebih tinggi setelah tempoh tersebut berakhir.
  • Sila pastikan anda memilih kad kredit yang mengenakan fee/yuran yang lebih rendah dan memahami syarat2 atau terma2 yang telah ditetapkan.
Jadi, sekarang bukan masanya untuk firz membuat kad kredit kerana struktur kewangan firz yg masih belum kukuh, lebih-lebih lagi jika guna kad kredit ni, banyak caj yang dikenakan. Antaranya ialah :

  1. Yuran Penyertaan
  2. Yuran Tahunan- Ini adalah yuran sama rata yang perlu dibayar setahun sekali. Anda dikehendaki membayar yuran tersebut walaupun anda tidak pernah menggunakan kad kredit anda. Yuran tahunan biasanya adalah di dalam lingkungan RM60 hingga RM90 untuk kad klasik dan RM130 hingga RM195 untuk kad emas.Faedah (Caj Kewangan)
  3. Faedah ( Caj Kewangan)
  4. Yuran Pendahuluan Wang Tunai
Jadi, jika anda ada duit banyak, tiada masalah untuk guna kad kredit. Student mcm firz mmg tak layak guna kad kredit sbb nnti banyak hutang. Duit PTPTN pun tak bayar lagi.. huhu!



Saturday 26 February 2011

Cara-Cara Menghindari Bahaya Dendam

Cerita Firz :
Petang itu, firz dengan kawan naik motor nak pergi ke perpustakaan, sampai di tengah-tengah jalan, tiba-tiba hujan lebat turun. Kelam kabut lah firz bawa motor nak patah balik ke rumah, dalam celah mencelah kereta, tiba-tiba firz terlanggar side mirror kereta BMW. Hancur side mirror dia, dalam keadaan kelam kabut tu, firz cabut lari (bukan berlari, tp pecut dengan motor).
Bila diingat kembali, mmg tak patut firz buat macam tue. Adakah dia ada simpan perasaan dendam? Kalaulah dia ada di depan firz sekarang, apa yg agaknya dia akan buat dan bagaimana mahu menghindari perkara buruk berlaku?

Cerita Kak Su :
Kak Su telah menyakiti hati seseorang dan Kak Su telah meminta maaf padanya dan dia telah memaafkanya tetapi dengan niat yang tidak ikhlas. 
Malah dia ada menaruh dendam terhadap diri Kak Su dengan membalas balik perlakuan yang pernah Kak Su lakukan terhadap dirinya. Apakah tindakan yang perlu Kak Su lakukan bagi mengelakkan perkara ini dari terus berterusan? Kerana Kak Su kini tunangannya.
  • Sifat dendam merupakan sifat tercela yang perlu kita hindari dalam kehidupan kita. Jika seseorang menyimpan rasa dendam dengan kita usahakan memulihkan hubungan silaturrahim agar sifat itu tidak terus berpanjangan. Dalam sebuah hadis disebutkan "Orang mukmin itu bukanlah pendendam". 
  • Dendam itu merupakan buah daripada kemarahan, sedangkan dendam itu sendiri menyebabkan berbagai perkara yang dianggap sebagai kemungkaran diantaranya menimbulkan sifat dengki iaitu sifat merasa bangga melihat orang lain dalam bahaya atau kedukaan. Orang yang memiliki sifat ini sangat tercela. 
  • Sifat dendam juga dapat melahirkan sifat menghancurkan dan memusnahkan kehidupan orang yang didendamnya. Kemudian dapat memutuskan hubungan silaturrahim, memukul orang yang didendaminya serta banyak lagi sifat buruk yang timbul dari dendam kesumat ini. 
  • Jika anda telah berusaha untuk memperbaiki hubungan dengan cara minta maaf tidak berhasil, maka berusahalah bermohon kepada Allah dengan solat istikharah.

Friday 25 February 2011

Cara Hilangkan Navbar Blogspot



Navigation Bar atau Navbar pada blogspot adalah seperti gambar di atas dimana sesetengah blogger beranggapan bahawa navbar ini sudah tidak relevan lagi pada blogspot dan sesetengahnya beranggapan bahawa ianya hanya menyemakkan blog.


Tapi navbar ini sangat penting bg memudahkan blogwalking dimana ia akan dapat meningkatkan jumlah pengunjung blog disamping mudah untuk menguruskan blog pada dashboard.


Bagi anda yang rasakan navbar ini tidak perlu dan mahu buangnya, sila ikuti tutorial di bawah yew.. enjoy!


Langkah 1 : Klik Dashboard > Design > Edit HTML


Langkah 2 : Tick Expand Widget Template dan tekan ctrl+F dan cari perkataan 
#navbar-iframe {display:none;}
Langkah 3 : Gantikan kod itu dengan kod di bawah :
#navbar {height: 0px;visibility: hidden;display: none;}
Langkah 4 : Tekan 'Preview' dan kalau menjadi sila save.


Kalau tak menjadi, anda boleh cuba kaedah dibawah :


Langkah 1 : Pada edit HTML, cari kod  /* Variable definitions



Langkah 2 : Letak kod berikut di atas kod /* Variable definitions

#navbar { display: none; }atau
#navbar-iframe { display: none !important; }
Maka hasilnya akan jadi seperti berikut :



Siap!


Tutorial ini dikehendaki oleh Wany.

30 hari 30 blog akan direview



oh mamat ! tolong bagi komen tentang blogku ini yg baru berusia 2 Bulan !

Klik sini jika mahu join

Thursday 24 February 2011

Cara 'Centre'kan Banner Dan Tukar Saiz Banner

Firz pernah tengok satu blog tu, penuh dengan banner kt blog dia, dari banner contest, banner blogger lain hinggalah banner awards tapi malangnya blog dia nampak kurang kemas dengan bentuk banner yang bermacam-macam saiz dan tidak disusun dengan teratur. Jadi firz tegur owner blog itu dan harap dia dapat belajar tutorial seperti di bawah :

1. Cara Ubah Saiz Gambar

Tambah width="77" height="77 sebelum /></a>
Contoh :
<a href="http://shafizanah.blogspot.com/" target="_blank"><br /><img src="http://i1089.photobucket.com/albums/i350/Nurul_Shafizanah/Blogger/BellaBlogspot.jpg" width="77" height="77/></a>
angka 77 boleh diubah dengan nombor lain. Standard saiz banner ialah 125x125

2. Cara 'Center'kan Banner

<center>URL BANNER/TEXT</center>

contoh :
<center><a href="http://shafizanah.blogspot.com/" target="_blank"><br /><img src="http://i1089.photobucket.com/albums/i350/Nurul_Shafizanah/Blogger/BellaBlogspot.jpg" width="77" height="77/></a></center>
atau

<div style="text-align:center">URL BANNER/TEXT</div>

contoh
<div style="text-align:center"><a href="http://shafizanah.blogspot.com/" target="_blank"><br /><img src="http://i1089.photobucket.com/albums/i350/Nurul_Shafizanah/Blogger/BellaBlogspot.jpg" width="77" height="77/></a></div>
Kalau ada sebarang soalan, sila tanya di ruangan komen ya.. Terima Kasih. 


Favourite Blog Minggu Ini

 Dah banyak blog yg firz lawati hari ni, tapi dalam banyak-banyak blog tu, firz terjumpa blog Yati aka Sophisticated Girl yg mirip sgt dgn blog cik tom. Kalau korang nk cantikkan blog, korang pergi belajar tutorial kt blog cik tom.. mmg berbaloi-baloi..

Ok setelah firz selidik blog Yati ni.. rupa-rupanya dia mmg adik Cik Tom.. hehe.. sekarang baru tahu rupa paras cik tom, just tengok adik dia je.. sbb firz tak pernah tengok muka cik tom nie..

Blog yati juga mmg popular mcm blog akak dia.. sbb apa firz ckp popular? sbb setiap entri yg dia buat, pasti mempunyai jumlah komen yg banyak..

Blog dia yang berwarna pink itu sangat simple tapi padat, tak serabut kepala bila singgah blog yg simple mcm blog yati nie.. nk baca entry pun sedap je rasa.. hehe

Korang amek la kesempatan tumpang populariti blog yg dah terkenal nie dengan cara tukar-tukar banner, link dan bg komen kt entri blog dia.. sbb komen yang korang tinggalkan akan diperhatikan oleh ratusan pengunjung blog dia.. mustahil lah kalo takde sorang pun yg klik nickname korang kn?

Pencarian Blog Paling Hensem Dan Cantik 2011

Saya suka warna biru! Kerana biru adalah sebahagian dari hidup saya!
Firz pun tak tahu kenapa hidup ini sentiasa diselubungi dengan warna biru, motor, katil, koleksi baju, semuanya warna biru termasuklah blog ini.. hehe..
Mungkin warna biru ini sinonim dengan lelaki yg macho kot.. haha! perasan pulak! Terpulanglah lah kepada saudara luncai untuk menilai blog ini, yang pastinya firz nak join bukan sebab firz nie perasan hensem atau something else tp yg lebih penting sekadar mahu memeriahkan contest ini. Terima Kasih kepada Adamxis sbb tag firz.



Entri ini dibawakan kepada anda oleh "Pencarian Blog Paling Hensem Dan Cantik 2011" daripada Luncai. Untuk maklumat lanjut, sila klik sini.

Tag :

Tuesday 22 February 2011

Contest Senyum Paling Ceria.

Wah.. senyum riang Firz nie ye? hehe.. orait, sebenarnya gambar ini diambil semasa Firz dan keluarga hendak pulang balik ke Kuala Lumpur setelah 2 hari balik kampung.

Kampung memang best, sebab flora yang menghijau telah mencetuskan udara yang nyaman. Bila kita berada dalam suasana yang nyaman, fikiran dan jiwa kita pun akan rasa tenteram je.. Sebab tu Firz 24 jam sentiasa senyum je macam gambar di atas.. hehe.. percaya tak?

Sesiapa nak sertai kontest ini, sila klik----->Namee Roslan


Tarikh tutup : 31/03/2011
Tag : Strider, Wanie dan Faris

Monday 21 February 2011

Apa Hukum Cabutan Bertuah?



Mesti setiap daripada kita pernah menyertai peraduan cabutan bertuah kan? Firz teringat lagi masa zaman sekolah rendah dulu masa hari kantin sekolah. Firz beli kupon dimana dengan kupon tu digunakan untuk beli makanan dan minuman, lepas tu salinan kupon tu, firz masukkan dalam bekas cabutan bertuah. Malangnya, tak pernah menang pun! huhu!


Baru-baru ni pun firz baru je menang dapat top up RM5 sebab jadi follower bertuah. Menjadi persoalan disini, apakah hukumnya menyertai peraduan cabutan bertuah? Adakah ianya terdapat unsur-unsur pertaruhan? 


Jawapan: 

  • Jika cabutan bertuah itu disertai dengan mengeluarkan bayaran, seandainya  tidak dapat akan menanggung kerugian, maka cabutan bertuah semacam ini hukumnya sama dengan perjudian. 
  • Namun seandainya cabutan itu tidak membabitkan bayaran sedangkan hadiahnya disiapkan oleh pihak tertentu seperti orang perseorangan, kerajaan atau agensi tertentu yang tidak melibatkan kerugian atau sesuatu yang haram maka dibolehkan.



Saturday 19 February 2011

Program Preview Blog Mingguan

 UPDATED (21/02/2011)-PENYERTAAN SUDAH DITUTUP

Seperti yg kita sedia maklum, traffic atau pengunjung blog sangat penting terutama bagi mereka yg ingin menjana pendapatan melalui blog. Cuba bayangkan jika anda membuat majlis perkahwinan tetapi hanya segelintir sahaja yang datang ke majlis, yang datang itupun hanya jiran-jiran terdekat, mesti tak meriah kan? Hal ini terjadi mungkin kerana anda tidak menghantar kad jemputan dan majlis anda itu tidak menarik.

Begitu juga jika blog anda tidak berdaftar dgn google, yahoo dan bing serta anda tidak pernah blogwalking atau sertai forum, maka blog itu tidak diketahui akan kewujudannya.
Oleh itu, firz ingin membantu anda untuk mendapat trafik. Firz telah mencipta satu program yang dinamakan “Program Preview Blog Mingguan”. Ok mari kita lihat info tentang program ini :

Tujuan :
Meningkatkan traffic blog dan menjadikan blog itu lebih dikenali.

Siapa yang harus menyertai program ini :
Jika blog anda mempunyai pengunjung antara 50 hingga 100 sehari,  maka anda boleh menyertai program ini. Jika lebih dari 100, adalah amat digalakkan. Pada permulaan, firz hanya mahu 3 blog sahaja. Jika program ini berkesan, bilangan blog akan ditambah. So, blog siapa nk jadi volunteer??

Kenapa anda harus sertai?
Bukan blog anda sahaja dapat pengunjung yg byk, malah anda turut membantu blog lain untuk mendapat pengunjung. Program ini lebih bersifat friendly dan bantu membantu antara satu sama lain.


Bagaimana program ini berfungsi :
  • Katakan huruf A itu adalah blog firz, maka firz kena buat satu entri mengenai blog B, C dan D
  • Jika huruf B itu adalah blog anda, maka anda dikehendaki membuat entri mengenai blog A (blog firz) blog C dan blog D.
  • Begitu juga dengan blog C dan D.


Panduan Membuat Entri :
  1. Entri mengenai preview blog ini mestilah dibuat setiap minggu selama sebulan
  2. Anda boleh menulis tajuk blog mengikut kretiviti sendiri. Tajuk blog yang disyorkan ialah “Blog Pilihan (Nama Blog Anda) Minggu ini”. Contohnya : Blog Pilihan Firdaus Kasim Minggu Ini
  3. Entri tersebut mestilah berbentuk sticky post yang akan kekal di atas blog selama 2 hari berturut-turut. Jika nak buat sticky post, sila rujuk sini.
  4. Dalam entri itu perlulah dimasukkan gambar header blog yg akan anda preview dan berserta link blog berkenaan.
  5. Anda bebas tulis apa sahaja mengenai blog berkenaan tak kira berapa panjang ayat entri tersebut. Antara perkara yang digalakkan semasa menulis entri ialah :
  • Ciri-ciri blog itu yang lain dari yg lain.
  • Kenapa blog itu menjadi pilihan anda minggu ini.
  • Latar belakang admin blog (Jika terdapat ruangan “About Me” pd blog berkenaan)
  • Yang paling penting, jgn tulis entri anda mengenai program ini. Biarlah hanya pembaca blog firz yang tahu tentang program ini.
Syarat-syarat untuk menyertai program ini :
  1. Blog anda mestilah mendapat jumlah pengunjung 50 ke atas sehari ATAU mempunyai komen di setiap entri sekurang-kurangnya 2 komen (Tidak termasuk komen anda sendiri)
  2. Blog anda mestilah memenuhi kriteria sekurang-kurangnya 3 daripada 6 ciri2 blog yg bagus.
  3. Anda haruslah rajin update blog sekurang-kurangnya 2 kali seminggu kerana entri baru mengenai preview blog ini akan dibuat setiap minggu selama sebulan.
Ok itu sahaja penerangan berkenaan program ini. Jika berminat, sila hantar URL blog anda sekarang dalam format seperti berikut :
Nama Blog :
URL Blog :
E-mail atau Facebook :
Ingat! Hanya 3 blog sahaja yang akan dipilih. Sebelum firz laksanakan program ini, firz memerlukan komen dan cadangan untuk penambahbaikan program ini. Jadi, sila beri komen, pertanyaan atau cadangan dalam kotak komen. Terima Kasih.


Thursday 17 February 2011

Apa Hukum Letak Ayat Al-Quran Dalam Kereta



Kebanyakan kt kereta mesti ada ayat suci Al Quran. Malah, bukan sahaja kt kereta, kt motor turut ada sticker doa naik kenderaan, tp kadang-kadang doa naik kenderaan tue bukannya dihafal pun, lebih sekadar perhiasan atau pelindung dari segala kemalangan.


Kalau anda masuk kt sesetengah pejabat, mesti ada ayat seribu dinnar, tp ayat Al Quran tersebut hanya sekadar hiasan dan mengharapkan rezeki melimpah ruah. Rata-rata org kt office tu langsung tak hafal ayat seribu dinnar. Tengok, dah terlepas maksud sebenar Al Quran diturunkan iaitu untuk beramal dengannya.


Ok berbalik pada persoalan di tajuk post, ayat suci Al Quran memang diketahui ramai tidak boleh dibawa ditempat-tempat yang tertentu. Apakah berdosa jika kita menampal ayat suci itu dicermin kereta dan secara tidak langsung terkena air kotor atau tahi burung dan sebagainya walaupun tidak kena tepat kerana dibatasi cermin tadi?


Jawapan:
  • Ayat suci Al Quran pada asasnya merupakan nur dan pedoman hidup umat Islam, bukanlah sekadar untuk perhiasan. Namun jika digunakan untuk perhiasan hati dan budi maka ia lebih afdhal. 
  • Jika kebetulan ayat-ayat tertentu yang merupakan doa kita tampalkan ditempat yang bersih seperti di dalam kereta maka hukumnya harus atau boleh, kerana dengan cara demikian dapat mengingatkan diri kita akan anjuran agama. Namun jika tujuan pemasangan itu semata-mata untuk perhiasan maka ia berdosa. 




Monday 14 February 2011

Tips Menang Contest Henpon Jejaka Terhangat..!!


Alhamdulillah.. tak sangka pula boleh menang contest utk julung-julung kalinya.. Pertama sekali terima kasih sgt2 kpd Jejaka Terhangat kerana memilih firz sbg pemenang. Secara kebetulan henpon mak firz dah rosak sbb termasuk dlm mesin basuh, so henpon tue nnti nk bg kt dia.. hehe! Sebagai penghargaan, nnti firz letak link blog Jejaka Terhangat kt bloglist blog nie buat selama-lamanya. Kalau ada banner pun, nnti leh letak.

Terima kasih juga member-member yg join contest sbb ucap tahniah kt firz.. nnti firz pergi ke blog korang semua ya.. InshaAllah. Kepada Yulia Fajrin, jgn tacink taw, nnti kita share phone tue taw, awk amek bateri dia, firz amek housing dia.. hihi!

Ramai yg ckp mcmana firz leh menang contest nie, ok korang baca tips-tips dibawah, nnti leh praktikkan bila join contest lain k?
  • Lain dari yg lain. Cuba bayangkan masa korang naik bas dgn penuh orang beresak-esak, dalam ramai-ramai tue ada raksasa warna kuning yg besar dlm bas tue. Mesti pelik kan? Semua org akan perhatikan raksasa tue. (Rasanya, semua org tak tengok dah, mesti lari lintang pungkang punya!) Bila nk buat entri contest, kenalah buat lain dari yg lain supaya dapat tarik perhatian Jejaka Terhangat. Macamana nk buat lain dari yg lain? cuba bandingkan dgn entri org, lepas tue buat entri yg org lain tak pernah buat.
  • Lepas tue, korang kena tepati semua kehendak/syarat-syarat yang dikehendaki oleh penganjur. Contohnya, jika Jejaka Terhangat mahukan setiap sebab perlu disertakan dgn link Jejaka Terhangat, korang kena patuh. Jgn tiba-tiba buat banner ke, lukisan ke, buat poster ke, dimana semua tue tidak ada link Jejaka Terhangat.
  • Jangan buat ayat pendahuluan dan penutup yg pjg lebar, dah la panjang, merepek-repek lagi. Straight to the point k? Tak larat Jejaka Terhangat tue nk layan, sampai 3 hari 3 malam tak tidur dia.. hekhek!
  • Cuba buat ayat yang menyentuh perasaan si penganjur. Teknik mainan perasaan ini sangat penting untuk menarik perhatian panganjur. Tengok apa Jejaka Terhangat katakan : 
"Aku tertarik dengan 20 sebab dia bagi nak menang kontest ni. Haha, sebab2 yang mampu buat aku tergelak. Walaupon ada gak merapunya. Sebab-sebab yang dia bagi memang best.."
Ok itu sahaja tips yg dpt firz share dan buat. Sebenarnya byk lagi tips, kalo nk taw lg byk, tanya otai2 blog, newbie mcm firz nie tak tahu nk urai panjang lebar.. hehe 

Contect Lense


Penggunaan contact lense amat popular di kalangan kita terutama pada perempuan. Contect lense ni digunakan bukan sahaja untuk memperbaiki penglihatan, malah digunakan untuk menambah seri wajah. 


Tetapi adakah sah sembahyang orang yang menggunakan lense ni kerana air sembahyang tidak kena pada anak mata.


Bagaimana pula ketika berpuasa? Bolehkah memasukkan lense ke dalam mata? 


Bagaimana pula sekiranya solution yang digunakan mengandungi alkohol? 


Jawapan :

  • Kalau memakai contact lense tidaklah mempengaruhi wuduk, kerana syarat wajib wuduk tidaklah sampai membasuh biji mata. Wuduk tetap sah dan boleh mengerjakan solat. 
  • Begitu juga tentang puasa ia tetap sah sebab bukan memasukkan sesuatu melalui dua rongga. 


  • Solution bukanlah alkohol tetapi sejenis ubat (pelincir) untuk mata (alkohol adalah sangat merbahaya kalau terkena pada biji mata).




Saturday 12 February 2011

Nelayan Tua



Pada hari itu, aku dan rombongan telah pergi ke satu surau yang berdekatan dengan pantai di Lumut, Perak. Kitaorang pergi ke sana kerana ada satu khemah ibadah. Perjalanan dari Ipoh memakan masa 2 jam. 


Pada petang itu, aku pergi menziarahi beberapa penduduk disitu. Kebanyakkan terdiri daripada nelayan, sehinggalah aku berjumpa dengan seorang lelaki tua yang sedang mengait jala. 


Setelah memberi salam dan menerangkan program yang kami adakan di surau, lalu aku menjemput lelaki itu sama-sama join khemah ibadah.


Aku dan member aku tersentak apabila dia mengatakan bahawa dia tidak lagi percaya pada Allah SWT (Astagfirullahalazim). Menurutnya dia sudah bertahun-tahun mengait ikan di laut tetapi masih tidak menjadi kaya. Menurutnya lagi, bukan Allah SWT yang memberi rezeki (Astagfirullahalazim) tetapi rezeki hanya datang dari usahanya sendiri. 


Setelah itu, aku menjemput nelayan tua itu untuk bermuzakarah pasal hal ini disurau bersama ustaz yang ada pada rombongan kami. Namun dia enggan. Jadi, kami berdoa supaya Allah SWT memberinya hidayah.


Perkara ini terjadi pada seorang nelayan Islam yang duduk jauh. Di surau itu pun sudah tidak hidup lagi, hanya beberapa orang je yang solat berjemaah disitu. Moral of the value nya disini, kita sebagai org Islam kena menghargai dan mengamalkan agama dengan memantapkan iman iaitu kena yakin bahwa tiada Tuhan yang patut disembah selain Allah maknanya bila kita keje, kita kena yakin bukan majikan yg bg rezeki tetapi Allah SWT. Dan kita kena amalkan Sunnah Nabi SAW. Kenapa agama penting? sebab malalui agama lah kita hidup bahagia dunia dan akhirat



Lucky Giveaway by Littleimie



Littleimie telah membuat contest pertamanya yg sgt mudah. Hanya tampal banner comel di atas dan buat entri simple.. yup! itu sahaja.. emm tak tahu nk ckp apa lg.. huhu.. Ok kalo korang nk join.. klik je kt sini.


Tag

  1. Azza
  2. KCK

Jom Review izwanyusof[dot]com





Sebenarnya ini adalah sebuah contest yang dianjurkan oleh Izwan. Ok tak nak cerita panjang-panjang, hang pun sibuk, byk lg benda lain nk buat kn? huhu.. Contest ini mengkehendaki kita beri ulasan pasal blog beliau. Yup! itu sahaja. Sesiapa yang berminat dan ingin lihat syarat-syarat dia, nnti firz bg direct link yew..


Ok secara keseluruhan, firz hanya mahu menyentuh 5 aspek penting yang perlu ada dalam sesebuah blog itu. 5 aspek nie penting kerana reaksi pertama yang pengunjung lihat adalah berdasarkan 5 aspek ini. Jika 5 aspek nie cemerlang dan dapat menarik perhatian pengunjung, maka blog itu pasti ada potensi untuk menjadi blog pilihan di hati meraka. 5 aspek tersebut ialah :

  1. Header
  2. Content
  3. Sidebar
  4. Loading Speed
  5. Populariti
HEADER
Header pada sesuatu blog sangat penting kerana ianya memberi first impression kepada pengunjung blog. Jika header blog itu buruk, maka sifat keinginan untuk tahu apa content dalam blog itu akan hilang. Preview mengenai header blog saudara Izwan adalah seperti berikut :


  • Perkara pertama sekali yang pengunjung blog nampak pada header nie ialah description "Refleksi Daripada Pengalamanku" Sebenarnya saudara Izwan bijak memainkan fikiran (psiko) pengunjung kerana apabila mereka ternampak nama izwanyusof pada mana-mana sumber, maka mereka akan terlebih dahulu ingat "Refleksi Daripada Pengalamanku". Anda tidak perlu ubah perkara ini.
  • Tetapi, Alangkah baiknya jika anda hanya meletakkan nama Izwanyusof tanpa ada http:// dan .com. Hal ini sangat penting kerana ianya adalah satu cara bagaimana brand sesuatu benda itu dicipta. Contohnya, brand Nike, Adidas dan TV3. Mereka tidak menggunakan http://. Izwanyusof juga boleh menjadi brand. Majoriti mahukan perkataan yg simple untuk diingati.
  • Gambar buluh pada header blog anda apa motifnya ya? Maaf, saya tak faham. 
  • Gambar kartun lelaki sedang berjalan memberitahu kami sebagai pembaca blog tentang perjalanan hidup anda yang penuh warna warni suka duka untuk dikongsi pengalaman anda itu kepada kami.
  • Overall, semua suka pada benda yang simple, dan anda berjaya lakukannya pada header blog. Tahniah! 
  • MARKAH : 16/20
CONTENT
Content terdiri daripada isi-isi entri. Adakah ia kena pada kehendak dan keperluan semasa? Selain itu, ia terdiri daripada kekemasan, penyusunan dan cara penyampaian. Content umpama jantung dalam badan kita. Jika rosak jantung kita, maka rosak segala badan kita.
  • Setiap entri blog anda sangat kemas dengan tidak menggunakan banyak warna yang boleh menyakitkan mata. Font berwarna hitam dengan background putih sangat digemari ramai kerana kita berasa enjoy dan tenang apabila membaca setiap patah perkataan. Perkara ini tidak perlu diubah lagi.
  • Tetapi font Times New Roman atau Arial adalah font yg selalu kita lihat di surat khabar, majalah dan sebagainya. So, kita dah jemu untuk lihat font ini lagi termasuk di blog. Apakata saudara Izwan tukar kepada font Trebuchet. Font ini menjadi pilihan sebahagian besar blogger terhebat. Lagipun ia kelihatan lebih kemas dan sedap mata memandang. Saiz font tidak perlu diubah.
  • Content blog anda secara keseluruhan mengenai pengalaman. Sesuai dgn description blog. Niche pengalaman kurang mendapat sambutan. Apakata anda klasifikasikan pengalaman anda itu kepada beberapa bahagian? seperti dunia blog, kereta, kisah cinta anda dan lain2. Gambar pada blog anda pun sangat menarik. Tahniah!
  • Secara keseluruhan, sangat best membaca entri anda. Cuma pastikan setiap entri memberi manfaat kepada pengunjung blog kerana kami sentiasa inginkan perkara yg bermanfaat bg faedah blog mahukan ilmu dan kehidupan seharian.
  • MARKAH : 16/20


SIDEBAR
Lagi simple sidebar, maka lagi banyak masa untuk pembaca setiap entri. 
  • Tahniah kepada saudara Izwan kerana hanya memasukkan widget yang memenuhi keperluan pengunjung dan anda sendiri. Perkara ini tidak perlu diulas dengan lebih lanjut, cuma perlu diperbaiki cara penyusan widget. Widget yang paling penting sekali perlu diletak paling atas.
  • Pembaca lebih tertarik untuk melihat gambar iklan dan bukannya text iklan. Cuba ubah perkara ini pada blog anda.
  • Overall, ok. 
  • Markah : 18/20
LOADING SPEEED

#
 Domain nameSizeLoad TimeAverage Speed per KB
1izwanyusof.com0.09 KB1.89 seconds22.01 seconds



  • Tak perlu banyak diperkatakan kerana loading blog anda sangat bagus!! Tahniah!
  • MARKAH : 20/20
POPULARITI
Kalau suatu blog itu dah popular, maka ia akan jadi bookmark dalam fikiran blogger. Sesuatu blogger itu akan jadi popular jika dia masuk majalah, surat khabar dan tv. Selain itu, follower blog mereka sangat tinggi. Perkara ini boleh terjadi jika dia mempunyai kelebihan lain dari yang lain ketika berbloging. 
  • Anda boleh dianggap popular kerana setiap entri mempunyai jumlah komen yang sangat banyak.
  • Anda boleh jadi lebih popular dengan menjalinkan persahabatan dengan blogger yg hebat untuk menumpang populariti mereka. Tahniah
  • Kenapa follower blog anda rendah yew? Pelik.
  • MARKAH : 17/20
JUMLAH MARKAH : 95 %

Ingin sertai contest ini??? klik di bawah



Friday 11 February 2011

3 Cara Blogwalking yang Betul

Blogwalking adalah satu istilah yang popular digunakan oleh blogger di Malaysia, Indonesia dan Filipina, tetapi tidak di negara-negara lain. Maksud blogwalking yang sebenar ialah satu teknik yang digunakan oleh blogger untuk meningkatkan pengunjung blog dan meluaskan network dengan cara melawat blog lain, kemudian meninggalkan tanda/kesan/jejak seperti komen, menjadi follower dan sebagainya. (mengharapkan pemilik blog tersebut membalas kunjungan)

Blogwalking sangat penting kerana :
  • Sebagai medan untuk mempromosikan blog, iklan dan lain-lain.
  • Penting bagi meningkatkan jumlah pengunjung blog.
  • Mendapatkan respon apabila anda buat entri/post baru.
  • Melihat hasil seni blog orang lain dan membandingkannya dengan blog anda. Maka dari situ, anda sentiasa dapat mempelajari sesuatu yang baru baik dari segi cara membina blog yang bagus mahu pun mendapat maklumat yang belum pernah diketahui, bak kata pepatah "Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan". Semakin banyak anda blogwalking, maka semakin matang blog anda.
  • Penting supaya dapat mencari kawan baru. Dah banyak kali firz jumpa blogger yang duduk dekat dengan tempat tinggal firz hasil dari blogwalking. Contohnya firz dapat kenal dengan Zati, dia blogger yang hebat dan sangat comel dan dia duduk tak jauh dari rumah firz. So, dapat belajar buat blog yg bagus dari dia dan dia pun dah promosikan blog firz nie kt blog dia. 
Namun begitu, teknik yang betul haruslah dipraktikkan ketika buat sesi lawatan blog supaya hasil optimum dapat diperoleh ketika blogwalking dilakukan. Antara tekniknya ialah:

FOLLOW
Pernah perasan tak? dah banyak kali anda jadi follower blog org, dengan harapan dia dapat follow blog kita balik, tetapi jumlah follower kita tak juga bertambah. Hal ini terjadi kerana tiada link blog yang wujud apabila mereka klik pada gambar profil anda di ruangan follower. Jadi, macamana nk pergi ke blog anda kalau tak ada link?? Hal ini amat merugikan!
Ada 2 cara untuk wujudkan link pada box follower anda :
  • Pergi ke Dashboard > Edit Profile > Klik "Select Blogs to Display" > tick/tandakan blog yang mahu dipaparkan. > Save Settings (cara ni hanya jika mahu blog anda berada dalam list "Next Blog" pada Navbar(Navigation Bar) kt atas sekali header blog anda. Cara dibawah jika mahu link anda berada dalam profil anda dalam ruangan follower. Better buat dua2 sekali yew
  • Pergi ke blog org lain > tekan butang follow > klik "more option" > Klik "add link" > Save dan Follow. Tak bermakna setiap kali anda nk follow blog itu, anda kena add link.. add sekali je dan dia akan jadi permanent(kekal).


More Option
Add Link
KOMEN
Komen adalah cara yang paling berkesan berbanding jadi follower ketika blogwalking dilakukan. 
  • Komen pada entri adalah yang terbaik berbanding komen pada chatbox
  • Kerana komen pada chatbox akan hilang, sementara komen pada entri akan kekal even author blog itu dah padam komen anda, tetapi nickname anda akan kekal di situ. 
  • Silalah memberi komen yang bernas, komen panjangnya mcm nak buat esei lagi bagus! 
  • Elakkan memberi komen seperti "nice entri! jom baca entri saya pula!". Hal ini akan mengecikkan hati pemilik blog itu. Punyalah panjangnya entri dia, engkau tulis seciput tue je? come on lah.. haha
  • Jangan guna google profile sebaliknya, guna "name and url" selepas selesai memberi komen. Hal ini kerana bila org klik nickname anda, dia terus ke blog anda. Maka anda dah dapat traffic/pengunjung ke situ. Bukannya bila orang klik nickname anda, terus ke link google. Itu amat rugi!
Ini amat penting! Jgn tick pada google account
Updated 24/3/2011- Anda masih boleh guna google account tapi selepas bagi komen sila masukkan code berikut di bawah komen anda itu.
<a href="URL ENTRI TERBARU"/>TAJUK ENTRI TERBARU</a>
CHATBOX
Isu penggunaan chatbox sering diperkatakan. Ada yang berpendapat chatbox tidak sesuai pada blog yang sangat popular, kerana menjadi tumpuan spammer.  
  • Hal ini kerana fungsi sebenar chatbox ialah supaya para pengunjung yang tengah online untuk chat-chat secara live! 
  • Dan benda ini akan berlaku hanya pada blog yang sangat popular dimana kita boleh tengok blog dia sentiasa ada je orang tengah online.  
  • Kalau anda letak chatbox, nnti pengunjung blog hanya tertumpu pada chatbox untuk sign buku lawatan dan entri langsung tidak dipedulikan. (lainlah kalau entri blog anda meletup)
  • Kalau nak tinggalkan jejak kt chatbox, gunalah nickname lain dari yg lain. Contohnya Kucing Kurap ke, Beby Comel ke, whatever la, janji lain dari yg lain. 
  • Lepas tue, elakkan hanya komen "salam", "hye", "bw". Tetapi cuba komen dengan beri nama si pemilik blog tue. Contohnya "hye abg firdaus kacak, sy nk buat huru-hara kt sini" , "hye tuan punya blog, jom singgah blog saya pula nk?" , "nice blog dear, best! best!". Bila firz baca pun, cepat-cepat firz klik link nickname dia, siapalah agaknya yg panggil aku dear nie? bestnya.. hehe.. Maka tertinggallah terkontang-kanting org2 yg bg komen just say, hye, salam, bw tadi.. 
Ok itu sahaja tips yang firz dapat share. Nak share banyak-banyak tak reti sebab firz bukannya otai blog. Baru beberapa bulan je menceburi bidang blog ini. Kalau korang amalkan tips di atas, inshaAllah blog korang akan dapat perhatian. Jangan lupa yew, kalau ada nk tambah tips2 blogwalking, tulis je kt bahagian komen k? Jangan kedekut ilmu yew.. Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim