Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Friday 25 November 2011

Pemberian Air Percuma Kerajaan Selangor

Pada pendapat anda, adakah wajar kerajaan Selangor memberi air percuma kepada rakyat Selangor (terutama yang kurang pendapatan). Kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim mengamalkan konsep Hasil Negeri Untuk Rakyat dimana beliau ingin mewujudkan Selangor negeri kebajikan dimana hasil yang diperolehi kerajaan adalah untuk dinikmati rakyat Selangor. Maka salah satu cara untuk mengadaptasi konsep ini adalah memberi 20m padu air percuma kepada rakyat Selangor yang berpendapatan rendah selama 6 bulan pertama.

Ramai yang menyahut baik tindakan kerajaan Selangor ini memberi air percuma, namun ada juga yang membangkang sekeras-kerasnya tindakan kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim ini. Alasan yang popular yang dipersoalkan mereka ialah pembaziran akan berlaku. Mana tidaknya, jika mereka mendapat air percuma, sudah pasti mereka tidak hargainya kerana mereka tidak perlu membayar bil air yang digunakan. 

Ada juga yang mengatakan bahawa Selangor bakal mengalami krisis air yang teruk beberapa tahun lagi kerana banyak sungai yang telah tercemar dengan teruk (pada masa sama, bilangan loji pembersihan air yang tidak mencukupi) dan memberi air percuma yang bakal dinikmati sejuta rakyat selangor akan menyebabkan krisis ini bertambah teruk.

Air adalah anugerah Allah SWT yang diberi kepada manusia secara percuma. Namun untuk menikmati air yang benar-benar bersih dan berkualiti untuk disalurkan ke rumah kita untuk kegunaan harian, maka kita perlu membayar sedikit 'upah' bagi pihak yang telah memproses air dan menyalurkannya ke rumah atau ke kilang. Tindakan memberi air percuma (dengan sedikit syarat & terma kepada penerima) dilihat adalah tindakan yang sangat wajar kerana di anggap kerajaan tersebut adalah adil dan saksama.

Minta tolonglah jangan politikkan air kerana bala yang diturunkan bakal berlaku akibat kerakusan manusia yang ingin berkuasa. Air di Kelantan memang diakui mempunyai kualiti yang teruk, minta pihak yang bertanggungjawab membantu kerajaan pimpinan PAS memperbaiki kualiti air disana tanpa mengira persefahaman politik

Tuesday 22 November 2011

Pemain Bolasepak Malaysia Di Kesan Ambil Dadah?

Mungkin selepas indonesia di kecewakan dalam perlawanan Bolasepas Sukan SEA Akhir 2011, pelbagai pihak tuan rumah cuba menafikan kemenangan Malaysia tersebut termasuklah menerusi dakwaan oleh pegawai penguatkuasaan pertandingan yang mendakwa bahawa terdapat pemain Malaysia mengambil doping atau bahan larangan sebelum perlawanan bermula.

Petugas Anti Doping Indonesia yang bergegas sebaik sahaja permainan tamat, mahu memeriksa pemain Malaysia tersebut dan tindakan ini benar-benar mengundang rasa tidak puas hati Jurulatih skuad muda Malaysia itu.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini, Jurulatih Skuad Harimau Muda Malaysia itu dilarang meraikan kemenangan menentang Myanmar bersama anak2 buahnya dan tindakan penguatkuasaan pertandingan itu benar-benar ada motif tertentu.

Semua perang psikologi oleh Indonesia tersebut di balas dengan kemenangan Malaysia dua kali berturut2 dalam Bolasepak Sukan SEA. Tahniah Malaysia! dan di harapkan media dan rakyat Indonesia sendiri, janganlah anda terlalu emo dan over terhadap mana-mana pasukan yang menentang pasukan bolasepak anda sendiri (terutama Malaysia) kerana ia bakal mengundang keburukan kepada anda semua sendiri.

Thursday 17 November 2011

Keputusan Bolasepak Sukan SEA 2011 Antara Malaysia Dan Indonesia

Hero kita (Penjaring Gol Malaysia)
Keputusan Bolasepak Sukan SEA 2011 Antara Malaysia Dan Indonesia dengan Malaysia menang mengatasi tuan rumah, Indonesia dengan keputusan 1-0. Jaringan tunggal Malaysia dijaringkan oleh super subs Shahrul Azwari pada minit ke-19. Perlawanan yang penuh kekerasan itu menyaksikan Malaysia muncul juara kumpulan dan bakal menentang Myanmar pada aksi separuh akhir, 19 November ini. Keputusan Bolasepak Sukan SEA 2011 Antara Malaysia Dan Indonesia telah menyebabkan penonton Indonesia yang sering 'memusuhi' Malaysia terdiam seketika.

Sebenarnya post ni saya buat semata-mata nak menguji sejauhmana blog saya berada di page rank google. Untuk mengetahuinya, cuba anda search kt google dengan keyword yang berkaitan dengan tajuk post ini dan lihat dimana blog saya di page rank Google. Kalau ada di no 1 dan 2, maka saya telah berjaya dan pagerank no -2 yang dianugerahi oleh Google, benar benar berjaya.. hehe..

Wednesday 16 November 2011

Perogol Kena Pancung

Di Jeddah, Arab Saudi, tiga lelaki yang ditangkap apabila merogol pembantu rumah di jatuhi hukuman pancung. Tiga lelaki yang terdiri daripada seorang warga Arab dan dua lagi warga Canada telah merogol pembantu rumah perempuan dan turut meliwat dua orang lelaki di sebuah rumah di Jeddah dua tahun lalu. Laporan oleh Arab News.

Antara hukuman pancung dan gantung sampai mati, mana yang lebih mengerunkan kepada penjenayah? Rasanya  dua-dua tak menakutkan pun sebab pengakhirannya akan mati juga. Kalau pancung mungkin lebih disukai oleh penjenayah yang bersalah melakukan jenayah berat sebab kalau pancung, rasa sekejap je sakit berbanding gantung sampai mati, melainkan pedang tu tak tumpul. (rasanya tiada siapa suka kena pancung atau gantung.. hehe!)

Saya bukan nak membicarakan tentang hukuman ini, tetapi hanya nak bagi peringatan, jangan lah lakukan jenayah kerana kat dunia lagi akan dapat hukuman berat, apatah lagi apabila Akhirat nanti. Rasanya semua yang baca blog saya ni baik2 belaka, tapi pernah tak korang lakukan apa2 jenayah mcm mencuri? Seribu langkah, bermula dengan satu langkah.. 

Monday 14 November 2011

Kisah Teladan Daripada Budak Penjual Kuih

Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. “Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya. "Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. 

Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. 

Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang! " katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu. "Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang."
Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirkanya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan. Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya ..

Monday 7 November 2011

Printing Services Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Untuk post kali ini, saya ingin menyenaraikan senarai kedai-kedai Printing Sevices Malaysia secara online yang sememangnya dijamin murah dan sangat diyakini. Senarai ini saya tidak dipetik dari mana-mana sumber, malah merujuk kepada group/kumpulan dimana pengusaha Printing Services Malaysia berkumpul. 

Apa yang menariknya, semua senarai ini adalah terdiri daripada usahawan Bumiputera dimana mereka menawarkan Services Printing yang sangat murah di seluruh Malaysia. Kenapa murah? sebab mereka tidak perlu  menanggung kos overhead yang banyak memandangkan mereka beroperasi secara online. Jadi, jika anda ingin membuat bisnes kad, flyer, bunting, banner, kalendar baru tahun 2012 dan sebagainya, sila rujuk kepada senarai di bawah

SAFIRA PRINTING SERVICES (002054514-X)
Nama : Firdaus Kasim
No Tel : 017-636 4629
Email : safiraprintingservices@gmail.com

TOK ARAU SERVICES 
Nama : Nadiah Azaman
No Tel : 013-222 5762

CREATIVE TOUCH SOLUTION
Nama : Safwan Seth
No Tel : 013-968 6401

HUZRET RESOURCES
Nama : Huzalifah Mohd Husain

SMART PRINT SERVICES
Nama : Nor Azlina
No Tel : 013-988 3771

COLOR PAPER SERVICES
Nama : Yuzalina MY
No Tel : 017-715 4465

KEMUDI PRINTING
Nama : Syafiq Shohaimi
No Tel : 013-706 6930

BB PRINT SOLUTION
Nama : Hasna Izati
No Tel : 017-917 4404

ONE1 TOUCH
Nama : Ida
No Tel : 019-4333253

MODERN INSPIRATION
Nama : Syukri Tahir

CENDERAHATI
Nama : Imo Imora
No Tel : 017-794 6669

AIZ SERVICES
Nama : Arzu Syokdesign

EASYPRINT STUDIOS
Nama : Ren Sasaki

CAHAYA KAHFI ENTERPRISE
Nama : Cahaya Hadapanku

ILHAM BESTARI RESOURCES
Nama : Najib Ismail
No Tel : 019-365 2733

PRINT ART
Nama : Azman Mohamad
No Tel : 013-756 9258

PRO DET CREATIVE
Nama : Achik Pro Det
No Tel : 013-902 5856

FND PRINTING
Nama : Cik Da
No Tel : 012-626 6298

ILHAM & ZAHRAH PRINTING, KOTA BHARU, KELANTAN
Nama : Hafizul Amin
No Tel : 019-223 1675

KEJORA PRINTHOUSE
Nama : Ashraf Latif
No Tel : 013-628 8689

PRINTING SOLUTION (DESIGNER & PRINTING)
Nama : Hasbi
No Tel : 017-831 5142

AHA CREATIVE
Nama : Ariffen
No Tel : 012-442 5226

DIGITAL TIJARAH
Nama : Jundullah
No Tel : 012-260 3204

ILHAM SMARTPRINT (TERENGGANU)
Nama : Ameerah Hikari
No Tel : 013-308 1353

KERTAS CINTA - GALERI KAD UNDANGAN PERKAHWINAN
Nama : Ahmad Kamarulzaman
No Tel : -

ULTIMATE PRINTING SOLUTION
Nama : Mohd Zaidi
No Tel : 017-478 0097

EG PRINT SOLUTION
Nama : Azie Arifin
No Tel : 017-610 9850

MF EXPERT TRADING
Nama : Mahfuz Mahmud
No Tel : 013-352 7745

PURNAMA ARTWORK
Nama : Anysha Nur
No Tel : 012-700 6019

RAZALI JUNUS
Nama : Razali Junus
No Tel : 012-261 3169

NURZ PRINT & DESIGN
Nama : Nurul Afzarina
No Tel : 019-404 9109

MUTIARA GEMILANG SUPPLY & SERVICES
Nama : Putri Farah
No Tel : 019-396 5173

SM CREATIVE
Nama : Zulhilmi
No Tel :  014-9496206

Tuesday 1 November 2011

Isteri Perdana Menteri Menunaikan Haji


Kami doakan supaya Perdana Menteri dan isteri beliau dapat haji mabrur dan supaya Allah SWT memberi petunjuk jalan yang lurus kepada Perdana Menteri dan isteri beliau supaya dapat memimpin 'Negara Islam Contoh' ini ke jalan yang benar yang diredhai Allah SWT.

p/s : Sejuk mata memandang bila tengok perempuan yang dapat menutup aurat dengan sempurna :) 


Sumber : Facebook

Selamat Bulan November

Sepanjang penglibatan saya dalam dunia blog, bulan Oktober amat menyedihkan kerana blog ini seolah-olah mati kerana tidak selalu update. Masa yang berlalu sebenarnya sentiasa akan menyebabkan kita sentiasa berubah. Rasanya baru semalam sy tgh keluar dari perut ibu, tengok2 sekarang dah besar panjang dah.. hehe.. gurau je..

Rasanya baru semalam saya bergambar dgn kawan2 sekolah
Masa dulu dengan sekarang sama sekali berubah buat diri saya. Kalau dulu, lepas tamat pengajian diploma, saya menganggur hampir selama 4 bulan dan masa itu nak update blog sejam 2 kali takde hal punya. Tetapi sekarang, saya dah dapat kerja tetap, so, masa jadi terhad. Lepas balik kerja pula, terus saya buat bisnes part time saya iaitu bisnes printing. Jadi, masa untuk update blog memang susah nak dapat. 

Jadi, saya berazam akan sampaikan entri2 yang bermanfaat untuk anda semua walaupun jarang update sebab tak guna juga update blog 2 kali sejam tapi entri merapu meraban mcm entri ini.. hehe! Sekejap je dah masuk bulan 11, lepas tu nak new year. Saya pasti, pasti korang semua dah tak ingat azam yang dipasang pada awal tahun ni kan? haha.. anyway selamat bulan baru November :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim