Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya membeli polisi takaful insurans di Takaful Ikhlas. Lepas ni jika berlaku sebarang kemalangan yang melibatkan kos perubatan yang tinggi, saya tidak perlu risau lagi akan kos tersebut kerana pihak Takaful Ikhlas akan membiayai kos perubatan hospital.
Kos perubatan semakin tinggi wooo!! |
Kesedaran tentang perlindungan diri dengan insurans ini saya peroleh apabila pihak Takaful Ikhlas telah membuat taklimat di Politeknik Ungku Omar semasa saya menuntut di sana dahulu. Saya telah berkenalan dengan Kak Rubi di sana dan bila dah 2 tahun habis graduate, baru saya tergerak untuk beli insurans dan saya telah menghubungi beliau untuk uruskan polisi.
Bayangkan jika anda tidak memiliki insurans. Jika anda menghadapi kemalangan sehingga menyebabkan anda lumpuh, di manakah anda ingin mencari sumber pendapatan untuk menyara kehidupan anda sepanjang anda lumpuh? Mungkin keluarga anda dapat menampung perbelanjaan, tetapi tidak untuk 20 tahun misalnya. Jika anda melanggan takaful, anda akan mendapat sejumlah 'claim' mengikut polisi yang anda langgan.
Buat permulaan masa bujang ni, saya hanya beli polisi yang bayar bulan-bulan RM80 sahaja dan saya berhasrat untuk menambah jumlah polisi apabila saya sudah berkeluarga kelak (InsyaAllah)
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang takaful ini, anda boleh hubungi nama yang tertera di bawah, mereka akan menerangkan pada anda dengan lengkap sekali!
Cik Rabiatul Adawiyah : 013-347 2744
Cik Khairiah : 019-253 2051
Pn Sue : 019-368 7430
Pada post akan datang saya akan terangkan apa beza takaful dengan insurans.
Kalau sepanjang anda hidup anda tak ada kemalangan, bertambahlah duit persaraan anda.. kaya2 |
1 comment:
Saya pun dah buka satu akaun takaful dengan BSN Prudential Takaful.Walaupun dah terlambat sebab dah ada penyakit sedia ada,tapi nasib baik masih boleh cover untuk kemalangan.
Sememangnya perlindungan takaful ni sangatlah penting,tetapi kebanyakan masyarakat kita masih kurang peka akan kepentingannya.
Post a Comment