Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Sunday, 8 April 2012

Hardisk Tak Dapat Detect

Malam semalam saya pergi Low Yat untuk membeli Internal Hard Disk. Internal Hard Disk dan External Hard Disk adalah berbeza, di sebabkan saya dah ada casing Hard Disk, maka saya hanya perlu membeli Internal sahaja (rujuk gambar). Hard Disk brand Toshiba 500GB ni saya beli pada harga RM255 (selepas tawar menawar).

Bila sampai rumah, saya terus masukkan Hard Disk ni dalam casing dan terus sambungkan ke USB Port pada laptop. Malangnya, laptop saya tidak dapat detect Hard Disk pada Computer, sebaliknya ia berada di bahagian 'Storage and Devices' pada laptop saya.

Jika anda mengalami nasib yang sama seperti saya, sila klik sini untuk setting pada laptop anda supaya hard disk tersebut dapat berada di bahagian computer, bukan pada storage and devices. Atau sila rujuk tutorial di bawah yang telah saya susun berdasarkan sumber tersebut :

Tutorial Cara Initialize external disk :

  1. Right Click pada My Computer dan pilih Manage
  2. Cari dan pergi pada bahagian Disk Management (di bahagian bawah Storage)
  3. Hard Disk anda akan tersenarai di bahagian bawah (contoh Disk 05) dan di situ ada tulis 'Not Initialized'
  4. Right Click pada icon Disk yang ada tulis Not Initialized tersebut
  5. Pilih Initialized.
  6. Selepas beberapa saat, right klik pada bahagian putih dan pilih Formating Option dan pilih Ready for Use atau Format.
Diharapkan anda berjaya melakukannya. Jika tidak berjaya, sila klik sini untuk tutorial penuh.

Wednesday, 21 March 2012

Tutorial Bagaimana Menghargai Orang

Daniel dan Fadhil merupakan kawan karib yang tak seberapa karib :P Fadhil sering menolong Daniel dalam banyak perkara dan dia tidak lokek ilmu mengajar Daniel subjek Matematik Tambahan. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, mereka belajar dalam satu kelas yang sama. Daniel, bagi Fadhil, ada dia, macam tiada (tak banyak manfaat untuk Fadhil). Tetapi Fadhil tidak kisah, selagi dia boleh tolong, dia akan lakukannya.

Situasi 1
Setiap hari Sabtu pada waktu 10 pagi, Daniel akan menyuruh Fadhil datang ke Perpustakaan Awam yang berada bersebelahan rumah Daniel untuk mengajar dia Matematik Tambahan. Fadhil datang dengan sukarela walaupun jarak Perpustakaan Awam tersebut berada 20 minit perjalanan dari rumah Fadhil. Dan Fadhil pun mengajar Daniel.

Situasi 2
Setiap hari Sabtu pada waktu 10 pagi, Daniel akan menyuruh Fadhil datang ke Perpustakaan Awam yang berada bersebelahan rumah Daniel untuk mengajar dia Matematik Tambahan. Fadhil datang dengan sukarela walaupun jarak Perpustakaan Awam tersebut berada 20 minit perjalanan dari rumah Fadhil. Dan Fadhil pun mengajar Daniel. Setiap kali selepas selesai belajar Matematik tambahan dengan Fadhil, Daniel berjanji akan bagi RM10 sebagai upah untuk susah payah Fadhil datang dari jauh untuk mengajar dia Matematik Tambahan.

Situasi 3
Setiap hari Sabtu pada waktu 10 pagi, Daniel akan menyuruh Fadhil datang ke Perpustakaan Awam yang berada bersebelahan rumah Daniel untuk mengajar dia Matematik Tambahan. Fadhil datang dengan sukarela walaupun jarak Perpustakaan Awam tersebut berada 20 minit pejalanan dari rumah Fadhil. Dan Fadhil pun mengajar Daniel. Setiap kali selepas selesai belajar Matematik tambahan dengan Fadhil, Daniel berjanji akan bagi RM10 sebagai upah untuk susah payah Fadhil datang dari jauh untuk mengajar dia Matematik Tambahan, bukan itu sahaja, Daniel pasti akan belanja Fadhil makan tengahari.

Pada pendapat anda, Mana satukah situasi yang pasti membuatkan Fadhil berasa gembira? Jika anda berada di tempat Fadhil, mana satu kah situasi yang anda suka? Pasti situasi 2 dan 3 kan?

Semua orang suka di hargai, jadi, jangan sia-siakan kawan-kawan yang selalu di samping anda, hargailah mereka kerana semua orang suka dihargai. 


Monday, 19 March 2012

Perodua VIVA Diperbuat Daripada Tin Biskut??

Tak kisah lah kereta tu di perbuat daripada tin biskut ke, tin air ke atau tin milo ke, kalau bawa kereta dengan kelajuan tinggi, inilah akibatnya, kereta kemik mcm kena lanyak! 

Semasa saya dalam perjalanan ke majlis pernikahan kawan satu office saya di Hulu Selangor tempoh hari, saya tertarik dengan papan tanda yang menyatakan "Dimana ada kelajuan, disitu ada kematian"

Kajian mendapati jika kita membawa motor 60km/j dan jika terlibat dengan kemalangan, maka kita akan mendapat kecederaan. Jika kita membawa 80km/j dan ke atas, risiko maut jika terlibat dengan kemalangan amat tinggi.

Jadi, pesanan saya kepada pemandu yang baru beli kereta dan baru ambil lesen (macam saya), berhati-hatilah di jalan raya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim