Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Sunday 8 April 2012

Hardisk Tak Dapat Detect

Malam semalam saya pergi Low Yat untuk membeli Internal Hard Disk. Internal Hard Disk dan External Hard Disk adalah berbeza, di sebabkan saya dah ada casing Hard Disk, maka saya hanya perlu membeli Internal sahaja (rujuk gambar). Hard Disk brand Toshiba 500GB ni saya beli pada harga RM255 (selepas tawar menawar).

Bila sampai rumah, saya terus masukkan Hard Disk ni dalam casing dan terus sambungkan ke USB Port pada laptop. Malangnya, laptop saya tidak dapat detect Hard Disk pada Computer, sebaliknya ia berada di bahagian 'Storage and Devices' pada laptop saya.

Jika anda mengalami nasib yang sama seperti saya, sila klik sini untuk setting pada laptop anda supaya hard disk tersebut dapat berada di bahagian computer, bukan pada storage and devices. Atau sila rujuk tutorial di bawah yang telah saya susun berdasarkan sumber tersebut :

Tutorial Cara Initialize external disk :

  1. Right Click pada My Computer dan pilih Manage
  2. Cari dan pergi pada bahagian Disk Management (di bahagian bawah Storage)
  3. Hard Disk anda akan tersenarai di bahagian bawah (contoh Disk 05) dan di situ ada tulis 'Not Initialized'
  4. Right Click pada icon Disk yang ada tulis Not Initialized tersebut
  5. Pilih Initialized.
  6. Selepas beberapa saat, right klik pada bahagian putih dan pilih Formating Option dan pilih Ready for Use atau Format.
Diharapkan anda berjaya melakukannya. Jika tidak berjaya, sila klik sini untuk tutorial penuh.

1 comment:

PCL said...

singgah sini tuan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim