Bayangkan setelah usaha anda menternak kambing berpuluh-puluh tahun, tiba-tiba hampir semua ternakan anda mati terbakar. Sudah tentu anda berasa frust dan seolah-olah berada dalam mimpi ngeri!
Itulah yang terjadi kepada penternak kambing di kawasan pergunungan daerah Hoboksar, Mongolia apabila beratus-ratus ternakan kambingnya mati di sambar petir. Ikuti luahan hati penternak ini.
"Ia bermula dengan hujan lebat pada tengah malam. Saya amat takut dan terpaksa melindungi diri dalam bangsal berdekatan. Apabila kilat menyambar kawasan ini, saya terdengar kawanan biri-biri itu mengembek dengan kuat," kata anak penggembala kambing Alten Bagen.
Semasa kejadian, kumpulan biri-biri yang banyak itu berlindung di bawah pokok pain.
Kata Bagen, 30 biri-biri lain turut hanyut dibawa arus deras banjir.
Bapa Bagen yang juga seorang penggembala berpengalaman tidak berada di kawasan kejadian kerana terpaksa menjaga kuda mereka di kawasan pergunungan.
"Bau daging bakar memenuhi ruang udara selepas insiden tersebut.
Haiwan-haiwan ini adalah satu-satunya sumber pendapatan kami sekeluarga," kata lelaki berumur 42 tahun itu lagi.
Dalam pada itu, menurut juruteknik tempatan, Jangeq Chafu ternakan mati akibat panahan kilat pada musim panas adalah perkara biasa.
"Padang ragut di sini merupakan sebuah kawasan pergunungan. Penduduk tempatan menjadikannya sebagai lokasi untuk kambing biri-biri meragut rumput pada pada musim panas,"
Ternakan sememangnya terdedah dengan pelbagai risiko termasuk disambar kilat," kata Chafu.
1 comment:
nak buat maqcam mana..dah nasib!!.
Post a Comment