Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Wednesday 12 October 2011

Bolehkah Solat Tahiyyatul Masjid DI Surau?

Untuk pengetahuan anda semua, apabila kita sedang dalam perjalanan dan tiba-tiba rasa nak buang air kecil atau besar dan kita melepaskan hajat kita tu di surau atau masjid (memandangkan tiada public toilet atau R&R berhampiran), maka kita perlu menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid sebagai menghormati hak masjid. Tetapi, adaakah boleh melakukan solat sunat tahiyyatul masjid apabila kita berada di surau?

  • Dalam sebuah hadis riwayat Muslim menjelaskan seseorang yang memasuki masjid hendaklah menunaikan dua rakaat sunat Tahiyyatul Masjid walaupun imam sedang menyampaikan khutbah jumaat. Perkara ini telah menjadi sunnah kepada ummah Islam seluruhnya. Persoalannya adakah boleh bagi seseorang itu menunaikan solat tahiyyatul Masjid di surau? 
  •  Berdasarkan penjelasan hadis di atas tidak harus menunaikan solat tahiyyatul Masjid di surau, kerana syarat masjid yang diharuskan seseorang menunaikan solat tahiyyatul masjid ialah masjid yang boleh ditunaikan di dalamnya solat jumaat atau dengan lain perkataan masjid jamik.
  • Surau tidak ditunaikan di dalamnya solat jumaat kecuali surau yang diisytiharkan oleh pihak kerajaan sebagai masjid dan masyarakat awam boleh menunaikan solat jumaat di situ. Di kala itu barulah boleh ditunaikan solat tahiyyatul Masjid.

3 comments:

Abu Bagi said...

nice sharing..

Ramli said...

klau pusat islam dalam kawasan politeknik dijadikan masjid sementara,cam mana pulak ya.

Firdaus Kasim said...

Ramli : Kena tanya ustaz utk maklumat lanjut..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim