Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Tuesday 11 January 2011

Qada'kan solat

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini dengan bangganya Firz memperkenalkan satu page terbaru yang di beri nama "Soal Jawab Islam". Kolum ini membicarakan tentang masalah-masalah yang dihadapi masyarakat kita mengenai agama. Ya, hanya mengenai agama. Kalau anda nak tanya soalan tentang cinta, sila layari blog Kisah Cinta Kita. Disana juga anda boleh lihat kisah benar tentang cinta yang dialami oleh pembaca sendiri. Jadi di ruangan ini, anda bolehlah menghantar sebarang kemusykilan tentang agama, dan Firz akan cuba mencari jawapan daripada pelbagai sumber. Ikuti permasalahan pertama dalam entri ini. Selamat membaca.

Adakah kita perlu mengqada' solat fardhu yang telah ditinggalkan atau cukupkah sekadar bertaubat sahaja? 
  • Pengertian qada' menurut bahasa ialah menunaikan dan membayar. Menurut istilah pula ialah menunaikan ibadat di luar waktunya atau masih di dalam waktunya. Mereka yang meninggalkan solat sama ada sengaja atau tidak, diwajibkan mengqada'kan solat itu di luar waktunya. Meninggalkan solat tanpa uzur yang syarie' dianggap berdosa. Uzur yang dibenarkan ialah dua perkara iaitu terlupa dan tertidur. 
  • Mereka yang meninggalkannya sama ada terlupa atau tertidur atau sengaja, wajib bertaubat kepada Allah SWT dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Taubat tidak akan diterima selagi tidak memenuhi syarat-syarat taubat iaitu, tidak lagi meninggalkan solat dalam keadaan bagaimana sekalipun, menyesal di atas segala perbuatan maksiat khususnya solat yang ditinggalkan dan berazam tidak akan mengulangi semua keburukan pada masa akan datang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim