Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Thursday, 20 October 2011

Couple di Kaunseling Di Depan Keranda. Sudah Insafkah Mereka?

Apabila TV3 menyiarkan beberapa pasangan couple yang dicekup berhampiran Damansara dan di sekitar hotel bajet beberapa hari yang lalu, dengan mereka yang terlibat dibawa untuk diberi nasihat dengan menaiki van jenazah dan diberi kaunseling di depan keranda, adakah anda yang melihat mereka yang terlibat itu benar2 insaf sehingga menangis teresak2? Persoalannya, adakah mereka menangis kerana takut akan dosa yang mereka lakukan atau takut kerana dicekup dan malu apabila dirakam oleh TV3?

Saya kurang bersetuju dengan tindakan TV3 yang menyiarkan berita tersebut kerana beranggapan mereka telah memalukan atau mengaibkan pasangan couple yang terlibat, seterusnya akan menyebabkan mereka menjadi trauma akibat malu yang terlampau sangat (walaupun muka mereka di'sensor'). Hal ini seterusnya akan menyebabkan mereka mungkin memberontak. Tindakan Jabatan Agama Islam mencegah aktiviti maksiat adalah tindakan yang sangat wajar. 

Apa pendapat anda? Adakah wajar TV3 menyiarkan keaiban orang lain (dengan niat suci murni menghalang maksiat). 

Sunday, 16 October 2011

Tutorial Cara Buang "Posted by" Dalam Entri

Berikut merupakan cara-cara bagaimana anda mahu membuang "Posted By" di dalam entri blog anda. Jika anda merasakan perkataan "Posted by" tidak perlu berada di atas entri blog kerana menganggap perkataan tersebut menyemakkan blog, maka sila ikuti tutorial di bawah :

Langkah 1 : Di Dashboard blog, sila klik "Edit HTML"

Langkah 2 : Tick pada "Expand Widget Template"

Langkah 3 : Tekan Ctrl+F dan pada kotak tersebut, sila taip kod <data:post.author/>

Langkah 4 : Sila buang kod tersebut dan preview

Langkah 5 : Save jika anda berjaya melakukannya :)

Wednesday, 12 October 2011

Bolehkah Solat Tahiyyatul Masjid DI Surau?

Untuk pengetahuan anda semua, apabila kita sedang dalam perjalanan dan tiba-tiba rasa nak buang air kecil atau besar dan kita melepaskan hajat kita tu di surau atau masjid (memandangkan tiada public toilet atau R&R berhampiran), maka kita perlu menunaikan solat sunat tahiyyatul masjid sebagai menghormati hak masjid. Tetapi, adaakah boleh melakukan solat sunat tahiyyatul masjid apabila kita berada di surau?

  • Dalam sebuah hadis riwayat Muslim menjelaskan seseorang yang memasuki masjid hendaklah menunaikan dua rakaat sunat Tahiyyatul Masjid walaupun imam sedang menyampaikan khutbah jumaat. Perkara ini telah menjadi sunnah kepada ummah Islam seluruhnya. Persoalannya adakah boleh bagi seseorang itu menunaikan solat tahiyyatul Masjid di surau? 
  •  Berdasarkan penjelasan hadis di atas tidak harus menunaikan solat tahiyyatul Masjid di surau, kerana syarat masjid yang diharuskan seseorang menunaikan solat tahiyyatul masjid ialah masjid yang boleh ditunaikan di dalamnya solat jumaat atau dengan lain perkataan masjid jamik.
  • Surau tidak ditunaikan di dalamnya solat jumaat kecuali surau yang diisytiharkan oleh pihak kerajaan sebagai masjid dan masyarakat awam boleh menunaikan solat jumaat di situ. Di kala itu barulah boleh ditunaikan solat tahiyyatul Masjid.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim