Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Sunday, 3 July 2011

Jangan Buat SPAM Event Facebook

Penat padam event, baru kosong 
Terdapat segelintir blogger yang mengeluh bahawa walaupun dia dah banyak membuat pengiklanan di facebook, tetapi hasil dari hasil yang join contest/giveaway yang di anjurkan amat sedikit bilangannya. Hal ini terjadi kerana dia telah melakukan SPAM! Klik sini untuk mengetahui apa itu SPAM. Dulu SPAM dilakukan di emel, tetapi trend sekarang, ramai yang tidak sedar bahawa mereka telah melakukan SPAM di Facebook rakan mereka.

Event di Facebook digunakan untuk memberitahu kepada pemilik facebook tersebut tentang upacara/aktiviti/perhimpunan yang melibatkan sesama rakan atau keluarga. Contohnya, majlis perkahwinan, jemputan makan malam dan sebagainya. Untuk rakan blogger pula, event di gunakan untuk menjemput pemilik facebook itu menghadiri blogger gathering dan lain-lain.

Oleh itu, event di facebook tidak sesuai di gunakan untuk kepentingan individu itu sendiri seperti contest, menjual barang, membuat undian dan sebagainya. Jika anda melakukan spam, usaha anda itu adalah sia-sia malah memberi imej buruk terhadap blog atau produk anda kerana ia telah mencabul privasi wall facebook rakan anda. (mereka tidak berminat dengan contest, undian, produk yang tidak berkaitan dengan diri mereka yang masuk ke dalam event facebook)

Cara yang betul untuk melakukan promosi di Facebook ialah dengan mengiklankannya di group blogger, fan page dan di wall facebook anda sendiri. Dan jika tetap mahu membuat event, sila pilih rakan anda yang ada potensi untuk dijadikan prospek

Saturday, 2 July 2011

Tutorial Tambah Signature Dalam Gmail

Boleh dikatakan hampir semua pengguna blogspot  menggunakan Gmail. Tetapi berapa kerapkah anda memanfaatkan Gmail dengan berbalas mesej atau mail kepada sesiapa sahaja? Jika anda mempunyai kekerapan yang tinggi menggunakan Gmail, maka anda haruslah menambah signature kerana ia dapat menambahkan pengunjung ke link yang diberi. Berikut adalah tutorial untuk tambah signature dalam Gmail.

Langkah 1
Sila sign in Gmail

Langkah 2
Di bahagian atas Gmail, klik "Setting"
Langkah 3
Sila scroll down ke bawah dan cari "Signature" macam gambar di atas. Tick pada kotak dan jika anda tick pada "No Signature" maka tiada signature dalam Gmail anda. Kemudian, sila isi nama dan URL blog anda (Lihat contoh di atas)
Langkah 4
Akhir sekali klik "Save changes" di bawah sekali. Jika anda tidak mahu menggunakan signature dalam certain2 Gmial, anda boleh delete secara manual.

Kini, setiap kali anda berbalas email, penerima email anda itu akan melihat senarai url blog.

Friday, 1 July 2011

Politik Dalam Khutbah Jumaat?

Dalam banyak-banyak khutbah yang saya dengar bila sembahyang Jumaat, boleh di katakan tiada satu pun khutbah yang dapat meningkatkan iman kepada para jemaah yang mendengarnya. Contohnya tadi bila sembahyang Jumaat, tajuk khutbah di masjid di Sentul ialah berkenaan larangan kepada jemaah untuk tidak menghadiri perhimpunan haram yang bakal di adakan 9 Julai nanti.  Adakah patut unsur politik di masukkan di Masjid?

Kes seumpama ini sebenarnya telah banyak berlaku di seluruh negara termasuk di Pulau Pinang yang satu ketika mengemparkan seluruh negara apabila khatib membaca doa sejahtera kepada pemimpin di negeri itu yang beragama buddha.

Oleh itu, pada pendapat saya kepada pihak yang terlibat dalam penyediaan teks khutbah, elakkan memasukkan unsur politik dalam khutbah kerana ia boleh memecah belahkan saudara se agama kita. Kalau boleh, elakkan juga bila suatu peristiwa yang tidak berkaitan dengan Islam, dimasukkan juga dalam khutbah jumaat. Contohnya Hari Bapa yang tidak disambut pada zaman Rasulullah SAW. Kenapa harus memberi khutbah yang bertajuk peranan bapa? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim