Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Friday, 4 February 2011

APA YANG SEDANG BERLAKU DI MESIR?


Huru-hara di Mesir
  1. Pada 25 Januari 2011, demontrasi bermula di seluruh mesir dengan ribuan penunjuk perasaan menyeruagar mewujudkan kerajaan baru, pilihan raya yang bebas dan adil, reformasi perlembagaan dan politik yang signifikan, peluang ekonomi yang lebih besar dan menamatkan segera rasuah yang membelenggu kerajaan.
  2. Pada 28 Januari 2011, Kerajaan Mesir telah menutup internet dan rangkaian telefon bimbit kepada hampir keseluruhan negara itu. Laman rangkaian sosial turut disekat.
  3.  Pada 29 Januari 2011, Omar Suleiman iaitu Bekas Jeneral Ketua Pejabat Perisikan Direktorat Mesir telah melantik Presiden Hosni Mubarak sebagai Naib Presiden dan Ahmad Shafik iaitu bekas Menteri Penerbangan Awam sebagai Perdana Menteri. 
  4. Demonstrasi ini telah mencatatkan sejarah sebagai protes yang terpanjang dan terburuk dalam sejarah Mesir moden di mana pada 1 Februari 2011, berjuta-juta penunjuk perasaan turun ke jalan-jalan seluruh Mesir dan kini amaran bahaya menuju ke tanda merah iaitu keadaan yang sangat bahaya. Beratus-ratus rakyat Mesir telah terkorban dan cedera.
  5. Pada 1 Februari 2011, Presiden Hosni Mubarak mengumumkan bahawa beliau tidak akan mencalonkan diri dalam pilihan raya tetapi protes oleh rakyat Mesir terus berlaku. Ahli parlimen menyeru supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak supaya segera memindahkan kuasa kepada kerajaan interim.


Situasi Membabitkan Rakyat Malaysia

  1. Kementerian Pertahanan Malaysia telah membuat keputusan untuk melaksanakan Operasi Piramid untuk membawa pulang pelajar2 Malaysia di Mesir.
  2. Diketuai juruterbang Kolonel Dzulkarnian Ahmad, ia membawa kumpulan pertama terdiri daripada 70 anggota tentera pelbagai pangkat. Turut dibawa bersama, bekalan makanan dan ubat-ubatan.
  3. Turut serta dalam penerbangan ini nanti beberapa wartawan daripada media cetak dan elektronik.
  4. Pesawat Charlie ini dijangka tiba di Mesir esok dan operasi membawa keluar rakyat Malaysia akan dilaksanakan 24 jam sehari dengan keupayaan membawa keluar 2 ribu orang sehari.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin: "Kita akan berpangkalan dekat Jeddah. Dari Jeddah, baru kita usulkan mereka dibawa pulang ke Malaysia walau apa cara sekalipun. Yang pentingnya, keselamatan pelajar dan juga rakyat Malaysia ini, dikeluarkan dahulu dari Cairo ke Jeddah."
Situasi Di Mesir

  1. 5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 itu jumlah yang sangat besar dan menurut pelajar Malaysia, tempat penginapan mereka adalah berdekatan dengan penjara.
  2. Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan. Kini Kereta Kebal telah memenuhi segenap penjuru tempat kediaman mereka. Bunyi tembakan kedengaran di mana-mana. Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.
  3. Yang pasti kini situasi di Mesir bertambah buruk dan lebih buruk daripada apa yang kita tengok dan dengar di Media Massa di Malaysia. Pihak bertanggungjawab harus mengambil tindakan yang sangat berhemah, pantas tetapi tidak terburu-terburu agar keselamatan rakyat Malaysia di sana terjamin walaupun kini keselamatan mereka sangat tergugat. Banyak masjid dan surau telah pun mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat tadi. Semoga Allah SWT memelihara mereka daripada segala ancaman. aminn
Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong IsraelMedia Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu. 


Wednesday, 2 February 2011

Meraikan Perayaan Agama Lain



Negara kita ni adalah negara yang sangat unik sebab kalau u all perasan, semua penduduk dunia ni boleh didapati di Malaysia. Cina, India, Pan-Asia (Orang Putih), Negro, Orang Arab, Orang Asli dan Orang Utan pun ada kat sini ! Sebab itu Malaysia digelar "Truly Asia" sebab semua penduduk Benua Asia ada kat sini.


Sudah tentu kita dapat meraikan pelbagai perayaan yang disambut oleh pelbagai kaum ini. Pernah tak u all dijemput datang ke rumah member u all yang menganuti agama lain untuk celebrate perayaan mereka? Tambahan pula esok Tahun Baru Cina, ada tak member kaum cina u all ajak celebrate perayaan mereka?


Mesti u all berfikir banyak kali nk pergi ke atau tak nak? Berikut adalah pandangan Islam megenai hukum meraikan perayaan agama lain. Baca ya?
  • Seperti yang u all tahu, agama Islam adalah agama yang menjaga hubungan antara umat manusia di dunia ini. Di samping menganjurkan agar menjalinkan hubungan silaturrahim antara kaum kerabat dan kaum muslimin seluruhnya, juga dianjurkan dalam membina hubungan dengan orang yang beragama lain. Dalam surah An Nisaa ayat 36 dijelaskan maksudnya:
 "Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh....". 
  • Maksud tetangga yang dekat ialah tempat tinggalnya berdekatan ataupun tetangga yang masih ada hubungan kerabat atau nasab (keturunan) ataupun sama-sama beragama Islam. Sedangkan tetangga jauh maksudnya adalah tetangga yang tidak mempunyai hubungan kerabat, jauh tempatnya atau berlainan nasab mahupun agama. Jadi dengan tegas Allah SWT menyuruh kita menghormati tetangga baik sesama muslim mahupun yang bukan muslim (kafir). 
  • Dalam hadis yang diriwayatkan Al Bazza sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: 
"Tetangga itu ada tiga macam. Tetangga yang mempunyai satu hak iaitu tetangga yang terdekat haknya. Tetangga yang mempunyai dua hak dan tetangga yang mempunyai tiga hak iaitu tetangga yang paling utama haknya. Tetangga yang mempunyai satu hak adalah tetangga musyrik yang bukan kerabatnya. Ia hanya mempunyai hak sebagai tetangga. Tetangga yang mempunyai dua hak adalah tetangga muslim iaitu yang mempunyai hak sebagai orang Islam dan hak sebagai tetangga. Sedangkan yang mempunyai tiga hak adalah tetangga muslim yang masih ada hubungan keluarga, dia mempunyai hak sebagai tetangga, hak sebagai orang Islam dan hak sebagai keluarga". 
  • Menurut Imam Al Qurthubi; "Berbuat baik kepada tetangga adalah perkara yang diperintahkan dan dianjurkan, baik terhadap orang muslim ataupun kafir. Berbuat baik itu ertinya memberikan pertolongan, bergaul dengan baik, membelanya jika ada gangguan dan ancaman". Bahkan dalam hadis Rasulullah juga ditegaskan tidak beriman seseorang itu jika ia mengganggu tetangganya. Begitu indah ajaran Islam dalam menjalinkan hubungan antara sesama manusia di dunia ini. Tidak kiralah apakah mereka tergolong orang-orang muslim ataupun orang-orang kafir. 
  • Diriwayatkan juga bahawa Abdullah bin Umar menyembelih kambing. Ketika Ibnu Umar datang ia berkata: "Berikanlah sebahagian kepada tetangga kita orang Yahudi"  diucapkannya tiga kali. "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda "Jibril selalu berwasiat kepadaku mengenai tetangga hingga aku mengira ia akan mewariskannya". Begitu jelas bahawa ajaran Islam menghormati dan menghargai setiap insan, maka tidak benar anggapan yang mengatakan bahawa Islam tidak menghormati hak orang yang bukan Islam. 
Jadi, beberapa kesimpulan telah dibuat mengenai hukum meraikan perayaan agama lain :
  1. Sesungguhnya umat Islam dibolehkan untuk bekerjasama dan bergaul dengan umat agama lain dalam masalah-masalah yang berhubungan dengan masalah keduniaan. 
  2. Umat Islam tidak dibolehkan mencampuradukkan ajaran agamanya dengan aqidah dan peribadatan agama lain.
  3. Umat Islam harus menyedari bahawa agama-agama masa silam yang mempunyai kitab mereka telah sesat dan ingkar dengan perintah Allah, apatah lagi bagi golongan yang tidak mempunyai kitab maka bertambalah kesesatanya    
Jelaslah bagi kita bahawa meraikan perayaan agama lain sama dengan mencampuradukkan ajaran Islam dengan aqidah agama lain. Sedangkan Islam melarang kita untuk sama-sama meraikan perayaan keagamaan tapi menganjurkan berbuat baik dan saling tolong menolong dengan mereka dalam masalah keduniaan. Sesungguhnya mengikuti, meraikan dan sama-sama menyertai mereka menyambut perayaan keagamaan mereka hukumnya adalah HARAM. 


Kesuciaan Aidilfitri yang telah dinodai! Oh tidak!

Tuesday, 1 February 2011

4 Langkah Mudah Menukar Icon Blogger

Assalamualaikum! Huh! lama betul Firz tak update entri baru sebab selalunya Firz akan update info yang berguna kepada anda semua setiap hari. Tapi busy sikit lah sejak kebelakangan nie.. Masalah dunia yang tak pernah selesai.. huhu.. Ok entri kali ini, Firz nak share tentang penukaran icon kt blog anda.






Sebenarnya icon ni penting supaya orang lain boleh ingat blog anda macam  bila diaorang cakap pasal Facebook, diaorang akan taw icon Facebook macamana. Sila lihat gambar di atas, ada gambar Firz kan? Nak buat macam tu tak? Berikut adalah langkah-langkahnya :


Langkah 1 :
Klik Design>Edit HTML


Langkah 2 :
Tick/Tandakan Expand Widget Templates


Langkah 3 :
Tekan ctrl+F dan taip </head>


Langkah 4 :
Copy code berikut DI BAWAH </head>
<link href='URL GAMBAR/ICON ANDA' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>
contohnya :
 <link href='http://i1112.photobucket.com/albums/k500/firdauskasim89/h0teltanjungbungahpenang2-2-1.jpg' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>
Save Template. Siap! Sila lihat hasilnya. Puas hati tak? hehe


Tips :
Untuk meletakkan unit iklan Nuffnang kat bahagian paling atas sekali, anda boleh letak kod iklan Nuffnang itu bawah code icon yang anda buat tadi. Contohnya :



<link href='http://i1112.photobucket.com/albums/k500/firdauskasim89/h0teltanjungbungahpenang2-2-1.jpg' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>
<!-- nuffnang -->
<script type="text/javascript">
nuffnang_bid = "4620e6bfcd042bf5c9de5752861c056c";
</script>
<script type="text/javascript" src="http://synad2.nuffnang.com.my/k.js"></script>
<!-- nuffnang-->

Ok itu sahaja tutorial kali ini. Jika tidak faham, sila bagi soalan kat bahagian komen yew.. enjoy!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim