Saturday, 19 February 2011

Program Preview Blog Mingguan

 UPDATED (21/02/2011)-PENYERTAAN SUDAH DITUTUP

Seperti yg kita sedia maklum, traffic atau pengunjung blog sangat penting terutama bagi mereka yg ingin menjana pendapatan melalui blog. Cuba bayangkan jika anda membuat majlis perkahwinan tetapi hanya segelintir sahaja yang datang ke majlis, yang datang itupun hanya jiran-jiran terdekat, mesti tak meriah kan? Hal ini terjadi mungkin kerana anda tidak menghantar kad jemputan dan majlis anda itu tidak menarik.

Begitu juga jika blog anda tidak berdaftar dgn google, yahoo dan bing serta anda tidak pernah blogwalking atau sertai forum, maka blog itu tidak diketahui akan kewujudannya.
Oleh itu, firz ingin membantu anda untuk mendapat trafik. Firz telah mencipta satu program yang dinamakan “Program Preview Blog Mingguan”. Ok mari kita lihat info tentang program ini :

Tujuan :
Meningkatkan traffic blog dan menjadikan blog itu lebih dikenali.

Siapa yang harus menyertai program ini :
Jika blog anda mempunyai pengunjung antara 50 hingga 100 sehari,  maka anda boleh menyertai program ini. Jika lebih dari 100, adalah amat digalakkan. Pada permulaan, firz hanya mahu 3 blog sahaja. Jika program ini berkesan, bilangan blog akan ditambah. So, blog siapa nk jadi volunteer??

Kenapa anda harus sertai?
Bukan blog anda sahaja dapat pengunjung yg byk, malah anda turut membantu blog lain untuk mendapat pengunjung. Program ini lebih bersifat friendly dan bantu membantu antara satu sama lain.


Bagaimana program ini berfungsi :
  • Katakan huruf A itu adalah blog firz, maka firz kena buat satu entri mengenai blog B, C dan D
  • Jika huruf B itu adalah blog anda, maka anda dikehendaki membuat entri mengenai blog A (blog firz) blog C dan blog D.
  • Begitu juga dengan blog C dan D.


Panduan Membuat Entri :
  1. Entri mengenai preview blog ini mestilah dibuat setiap minggu selama sebulan
  2. Anda boleh menulis tajuk blog mengikut kretiviti sendiri. Tajuk blog yang disyorkan ialah “Blog Pilihan (Nama Blog Anda) Minggu ini”. Contohnya : Blog Pilihan Firdaus Kasim Minggu Ini
  3. Entri tersebut mestilah berbentuk sticky post yang akan kekal di atas blog selama 2 hari berturut-turut. Jika nak buat sticky post, sila rujuk sini.
  4. Dalam entri itu perlulah dimasukkan gambar header blog yg akan anda preview dan berserta link blog berkenaan.
  5. Anda bebas tulis apa sahaja mengenai blog berkenaan tak kira berapa panjang ayat entri tersebut. Antara perkara yang digalakkan semasa menulis entri ialah :
  • Ciri-ciri blog itu yang lain dari yg lain.
  • Kenapa blog itu menjadi pilihan anda minggu ini.
  • Latar belakang admin blog (Jika terdapat ruangan “About Me” pd blog berkenaan)
  • Yang paling penting, jgn tulis entri anda mengenai program ini. Biarlah hanya pembaca blog firz yang tahu tentang program ini.
Syarat-syarat untuk menyertai program ini :
  1. Blog anda mestilah mendapat jumlah pengunjung 50 ke atas sehari ATAU mempunyai komen di setiap entri sekurang-kurangnya 2 komen (Tidak termasuk komen anda sendiri)
  2. Blog anda mestilah memenuhi kriteria sekurang-kurangnya 3 daripada 6 ciri2 blog yg bagus.
  3. Anda haruslah rajin update blog sekurang-kurangnya 2 kali seminggu kerana entri baru mengenai preview blog ini akan dibuat setiap minggu selama sebulan.
Ok itu sahaja penerangan berkenaan program ini. Jika berminat, sila hantar URL blog anda sekarang dalam format seperti berikut :
Nama Blog :
URL Blog :
E-mail atau Facebook :
Ingat! Hanya 3 blog sahaja yang akan dipilih. Sebelum firz laksanakan program ini, firz memerlukan komen dan cadangan untuk penambahbaikan program ini. Jadi, sila beri komen, pertanyaan atau cadangan dalam kotak komen. Terima Kasih.


29 comments:

  1. bagus juga idea pak man telo hang ni firz...

    ReplyDelete
  2. i tak berapa faham lagi,
    tapi i bagi je ni..

    Nama Blog : feed.my.soul
    URL Blog : http://lynnlaloy.blogspot.com/
    E-mail atau Facebook : http://www.facebook.com/lynnlaloy

    ReplyDelete
  3. nak boleh?

    nama blog :landaxkechix

    URL blog : kehidupanlandaxdidunia.blogspot.com
    email dan FB: www.facebook.com/landax.suparman

    ReplyDelete
  4. mcm best je.....bgus gk buat cmtu..
    saling bantu membantu....huhuhu

    ReplyDelete
  5. hehe.. thanks kpd yg support.. bg je url blog korang, kalo dah ok, nnti aq confirm kan yew

    ReplyDelete
  6. hebat la idea nie....bagus la fir..

    name blog : unniesya's story
    url : http://unniesya.blogspot.com
    Facebook : Yuni Aisyah.

    ReplyDelete
  7. nak try test join r ;)
    Nama Blog :kimicnol
    URL Blog :http://kimicnol2203.blogspot.com
    E-mail atau Facebook :kimicnol@ymail.com

    ReplyDelete
  8. thanks sya.. nnti sy update senarai peserta..

    ReplyDelete
  9. kimi : thanks submit url.. jap lg aq check blog kau

    ReplyDelete
  10. adik nak buat takleh laa ea? sobsss, hikk


    p/s : abg, nnt adik buat tuto tu oke :))

    ReplyDelete
  11. kreatipnye...miss yaty nak join..tapi takot jugak tak dpt nk online selalu..tapi miss yaty nak cuba jugak..

    nama blog : Sophisticated Girl
    url blog : http://sophisticatedgirllife.blogspot.com/
    email: nurhayatimdrushdi@gmail.com

    P/s: sebenarnya tak berapa paham lagi.tapi takpe miss yaty cuba baca balik entry ni sampai paham...

    :)

    ReplyDelete
  12. kreatipnye...miss yaty nak join..tapi takot jugak tak dpt nk online selalu..tapi miss yaty nak cuba jugak..

    nama blog : Sophisticated Girl
    url blog : http://sophisticatedgirllife.blogspot.com/
    email: nurhayatimdrushdi@gmail.com

    P/s: sebenarnya tak berapa paham lagi.tapi takpe miss yaty cuba baca balik entry ni sampai paham...

    :)

    ReplyDelete
  13. ok thanks azza.. blog azza kn dah di review? hehe

    oo yati, awk layak join..

    kimi : orite.. kau layak join

    landax : maaf, blog anda x memenuhi kriteria yg dikehendaki.. sorry yew

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  15. thanks ye...kalau ada pape info yang yaty terlepas tlg inform ye ;)

    ReplyDelete
  16. weehuu ~ menarik.. nampak mcm full kuota jak.. hehe.. tp xpa.. keep it up bro ^_^

    ReplyDelete
  17. aisya : apa yg awk setuju? hehe

    yaty : ok beres

    wan : aq mmg student bisnes pun

    aretikz : sama2

    ReplyDelete
  18. memang menarik idea ni..tapi saya tak reti nak review..huhuhu..takpe saya bagi sokongan dari belakang aje la..

    Jom skodeng :Jom join Heartbeat.my!

    ReplyDelete
  19. akak dah klik hb dan letak blog firdaus under hommes..salam kenal..ngee..

    ReplyDelete
  20. Cam berminat. Bule joint..

    nama blog: wira2u
    url: http://wira2u.blogspot.com
    email: mohdwira77@gmail.com

    ReplyDelete
  21. kak cik ; terima kasih byk2 yew.. sy pun dah klik HB akak

    wira : maaf, penyertaan dah ditutup..

    ReplyDelete
  22. nice plan..nak join.!

    nama blog : boing boing
    URL blog : http://afifahaddnan.blogspot.com/
    email : rainbowlover_93@yahoo.com
    facebook : http://www.facebook.com/profile.php?id=100001753386876

    ReplyDelete
  23. fifah : kan dah ckp, penyertaan dah ditutup lorh.. hehe.. anyway thanks sbb masih lg berminat.. kalau program nie ok, ia disambung lg dan blog awk mungkin akan dipilih

    ReplyDelete
  24. salam..wah! banyak sambutan..tak sabar nak mengikuti cerita yg seterusnye...bukan ape! saya tumpang gembira je!!.nak masuk..tak cukup syarat wat suke2 je..nnti tak berasap dapur!..satu peningkatan yg menakjubkan! walau pun baru...tapi good suggestion!! good luck!!

    ReplyDelete
  25. kak sue kalo nk join boleh je.. hehe.. x kisah pun.. takpe kak.. semua org bermula dari zero.. pelan2 kayuh k? yg penting jgn putus asa

    ReplyDelete

Lontarkan apa sahaja yang anda ingin katakan. Saya akan membalas komen secepat mungkin. (InsyaAllah)