Thursday, 15 September 2011

Domain Co.Cc Tidak Mesra Enjin Pencarian Google

Enjin pencarian google adalah enjin pencarian paling kerap kali digunakan oleh pengguna di Malaysia. Jadi, amat rugi jika blog anda tidak berada di halaman pertama enjin pencarian berkenaan jika pengguna internet mencari maklumat berkenaan entri yang anda buat. Lebih malang lagi jika ada orang taip nama domain anda dan tekan butang search, tetapi tiada blog anda di halaman pertama enjin pencarian tersebut.

Google dan Blogger adalah sweet couple. 
Sebenarnya itulah yang terjadi pada blog saya, blog kedua saya (www.kisahcintakita.co.cc) tidak berada di halaman pertama enjin pencarian jika di taip 'Kisah Cinta Kita'. Begitu juga dengan blogshop saya (Safira Printing). Bila di taip perkataan 'Safira Printing Services', memang tak muncul kt halaman pertama enjin pencarian google. Jadi, ini amat merugikan daripada segi jumlah pengunjung.

Kepada sesiapa yang ingin menggunakan domain percuma ini, anda perlu menilai semula keputusan tersebut. Tak berbaloi guna domain free kalau keputusan yang diinginkan tidak berjaya dicapai. 

4 comments:

  1. BRO BUKAN KE DAH KENE BANNED..NK MASUK PON DAH KENE BLOCK

    ReplyDelete
  2. Saya tak pernah guna .co.cc lagi...

    Perkongisan yang menarik..Thanks

    ReplyDelete
  3. luqman : yekew.. saya x tahu pula hal ni

    mie : better x pyh.. huhu

    ReplyDelete

Lontarkan apa sahaja yang anda ingin katakan. Saya akan membalas komen secepat mungkin. (InsyaAllah)