Saturday, 13 August 2011

Suasana Jalan Tunku Abdul Rahman Ketika Ini.

Sesak dan meriah! itulah perkataan yang boleh saya gambarkan ketika berada di Jalan TAR tadi untuk membeli kelengkapan raya. Seawal jam 9 pagi, orang ramai yang ingin membeli baju dan kelengkapan raya telah mula membanjiri Jalan TAR ini. 

Tempat yang menjadi tumpuan sudah tentu di Bazar kerana semua kelengkapan raya ada dijual disini. Tadi saya membeli baju raya warna peach cair dan warna itu memang susah nak cari! hanya satu kedai je saya jumpa.. huhu.. Alhamdulillah dengan cuaca yang tak begitu terik, orang dapat membeli belah dengan selesa walaupun terpaksa bersesak-sesak. 

Apa-apa pun saya berjaya menghabiskan suku daripada gaji saya untuk membeli barang raya ni.. Alhamdulillah duit hasil bisnes printing yang saya jalankan dapat sedikit sebanyak dapat menampung kos. 

Bagi penduduk KL, Jalan TAR adalah tempat yang paling sesuai untuk membeli kelengkapan raya kerana gerai-gerai yang dibuka disini memang khas untuk raya. Jadi, jangan beli last-last minit sebab mungkin barang yang anda kehendaki akan habis! huhu.. 

Sekian laporan Firdaus Kasim di Jalan TAR.

7 comments:

  1. Salam;
    Waahh!! shopping sakan bunyinya.syukur nikmat dari tuhan.

    ReplyDelete
  2. beskan nak raya xlam dah.kekekeke.perrgh,da beli baju raya.^_^
    saya nak turun kl minggu depan,agak2 sesak cmne ea??hihi

    ReplyDelete
  3. bilakah dapat ke sana sebab baju raya tak beli lagi ni...huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. Yusuf : syukran

    cheqwa : awk stay mana ek? minggu depan confirm lg ramai

    eiman : cpt2.. hehe

    ReplyDelete
  5. berbelanja dgn duit hasil keringat amat bermakna

    ReplyDelete
  6. Wah..awal lagi bershopping yer...

    ReplyDelete
  7. cikli : btul tu bro.. rasa kepuasannya

    zyash : amalan last minit x patut di amalkan.. hehe

    ReplyDelete

Lontarkan apa sahaja yang anda ingin katakan. Saya akan membalas komen secepat mungkin. (InsyaAllah)