Friday, 24 June 2011

Preview Skuad Olimpik Harimau Muda

Gurusamy menggantikan Mahali 
Skuad Olimpik Harimau Muda telah layak ke pusingan akhir di peringkat kumpulan sejak sekian lama tidak layak ke peringkat tersebut apabila mengalahkan skuad olimpik Lubnan dengan skor 2-1 di Stadium Bukit Jalil semalam.

Walaupun tak berpeluang pergi ke stadium untuk menyaksikan perlawanan itu, sy sempat menonton di tv dan mengikut pemerhatian saya pada persembahan anak buah Ong Kim Swee itu, pada mula permainan, skuad bolasepak negara sedang mencari-cari rentak dan ingin menyesuaikan permainan.

Apabila masuk ke minit 6, mereka sudah dapat mencari persefahaman dan hantaran-hantaran pendek yang dilakukan tidak menghampakan sehinggalah dapat menjaringkan 2 gol pada separuh masa pertama.

Permainan Malaysia totally berubah bila Gary Steven di buang padang. Skuad Olimpik kita terpaksa bertahan hingga ke akhir permainan.  Benteng pertahanan akhirnya bocor juga apabila Lubnan menjaringkan gol pertama mereka.

Atas semangat juang yang tinggi ditunjukkan kepada skuad Harimau Muda, mereka akhirnya dapat bertahan hingga ke wisel penamat. Kalau Malaysia bermain 10 orang pada separuh masa pertama, mereka tidak harus mengamalkan corak permainan bertahan. Disebabkan Malaysia leading permainan, mereka terpaksa mempertahankan 2 gol tersebut dan taktik itu sebenarnya telah membuahkan hasil yang membanggakan.

Selepas ini, cabaran yang sebenar bakal dihadapi kerana mereka terpaksa menjalankan latihan dalam bulan puasa dan terpaksa mengharungi pusingan seterusnya dalam bulan Syawal. Tahniah Malaysia! sebab dapat jadi antara 12 pasukan bolasepak terbaik di Asia!

11 comments:

  1. assalam...syabas team malaysia.game terbaik semalam...cemas jugak tgk kat rumah pun...fuh tp menang dah v(^^,)

    Entri baru : ►Tutorial : Url Shortener Chrome Extension

    ReplyDelete
  2. terbaik la team Malaysia....perlawanan yang hebat semalam

    jemputan menyertai
    Segmen "Blogger Promote Blogger"#1

    ReplyDelete
  3. lame xjnguk cni..pape pon,syabas malaysia even eira xtgok mne..smlam sume tgok bola cm tgok wayang..ramai2,syok..nsib baik mnang!!!

    ReplyDelete
  4. Adam : kalo seri, maknanya kalah sudah.. huhu

    Zubir : tp aq rasa setakat tu je la.. nk bersaing dalam peringkat kumpulan harapan la

    eira : awk tgj juga ke? hehe

    cikli betul3

    ReplyDelete
  5. Aku tak sempat nak tengok kat TV la..

    Tapi tumpang gembira la bila terbaca kat paper yang team kita menang.. Malaysia boleh lah!

    ReplyDelete
  6. Team Bola sepak semakin gah!!syabas...:)

    ReplyDelete
  7. Yousuf : kau g mana bro? huhu

    amny : chaiyok2 !!

    ReplyDelete
  8. kira berbaloi gak laa 3 tahun kita bina skuad camnie..hehe...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  9. @Azlan Hasan
    betul tu bro.. x perlu jurulatih import lg

    ReplyDelete
  10. ϒou've just providеdd mee a fantastic concept ffor a neա blog ƿage I have bеen working
    with for ages - the material has aided a whole lot.
    Thankѕ!

    Here is my web page - e liquid

    ReplyDelete

Lontarkan apa sahaja yang anda ingin katakan. Saya akan membalas komen secepat mungkin. (InsyaAllah)