Sunday, 15 May 2011

Isu Berkaitan Anjing Daripada Segi Saintifik

Merujuk kepada persoalan najis mughallazah, Islam telah menetapkan kita larangan-larangan tertentu terhadap anjing dan babi serta keturunan dari dari mana-mana keduanya. Maka sebagai seorang muslim wajiblah kita mematuhinya. 

Kalau dilihat dari segi saintifiknya, memang banyak hikmah kenapa Islam melarang umatnya mendekati babi(termasuk dagingnya, tabiat hidupnya, kandungan bakteria yang memudaratkan sistem badan manusia dan lain-lain). 

Tetapi bagaimana pula hubungannya dengan anjing. Apakah pendekatan saintifik bagi anjing pula. Dalam konteks pembelaannya, isi kandungan dagingnya, tabiat dan habitatnya? 

Sepertimana yang kita ketahui anjing adalah binatang peliharaan yang jinak dan berguna kepada manusia. Untuk itu kenapa ia diharamkan? Dari segi pendekatan saitifik, kajian membuktikan air liur anjing mengandungi bakteria yang membahayakan manusia. Ini kerana anjing tidak berpeluh tetapi pengomoskawal-aturannya adalah melalui lelehan air liur dari mulutnya yang sentiasa ternganga

Kesan gigitan anjing, jika tidak dirawat segera akan memudaratkan manusia. Ini terbukti dari kajian yang diterbitkan di dalam journal sains barat, di mana mereka telah mengkaji tentang bahaya anjing sebagai binatang peliharaan. Rasulullah SAW sendiri menyuruh supaya dibunuh anjing gila kerana penyakit merbahaya yang mungkin merebak dalam masyarakat akibat gigitannya. 

Memandangkan kepada bahaya air liur anjing ini, Nabi Muhammad SAW telah menyuruh kita menyamak bekas yang dijilat oleh anjing, sebagaimana yang termaktub dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim, dengan enam kali air bersih dan satu kali air yang bercampur dengan lumpur atau tanah.

Kajian saintifik menunjukkan kuman-kuman yang terdapat di dalam mulut anjing itu dapat dimatikan dengan lumpur yang digunakan untuk menyamak bekas yang dijilat oleh anjing itu. Air liur anjing adalah najis Mughallazah. Anjing tidak boleh dimakan bukan sahaja kerana ia binatang yang najis, malah ia juga binatang yang bertaring dan menangkap binatang dengan cara menerkam. Walau bagaimanapun jika anggota badan kita kering, tersentuh dengan bulu anjing yang juga kering, hukumnya tidak najis. Anjing boleh digunakan untuk berburu dan bahagian yang digigit oleh anjing hendaklah dibuang. Bakinya boleh dimakan. 

12 comments:

  1. tq for sharing.sudah share kat kengkawan.

    ReplyDelete
  2. btol,,, btol,,, gigitan anjing sangat bahaya...

    ReplyDelete
  3. setiap menda yang Allah haramkan tu mmg ade sebabnyer. anjing ni bahaya..bagus info ni.

    ReplyDelete
  4. setiap menda yang Allah haramkan tu mmg ade sebabnyer. anjing ni bahaya..bagus info ni.

    ReplyDelete
  5. good info weh.. aku penah gak tertanya. tq tq. huu~

    ReplyDelete
  6. owh..nice entry..tapi kalau tangan kita berpeluk wajib samak kan??

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  7. Rozuan : ilmu mcm nie mmg kena byk disebarkan. Thanks

    Nurna : awk pernah kena gigit x?

    Sharing : sama2

    Jos : kau pasti ke kau ok? hehe

    Lizz : benar kata awk

    Big : eh, lama x nmpak? huhu

    Azlan : berpeluk mcmana tu? pegang tangan antara yg bukan muhrim ekh?

    ReplyDelete
  8. new info..saya belum tahu pasal anjing. Terima kasih ya.

    My latest entry Jawatan Kosong Di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sabah

    ReplyDelete
  9. Saya ingin bertanya ttg kenyataan saudara "Kajian saintifik menunjukkan kuman-kuman yang terdapat di dalam mulut anjing itu dapat dimatikan dengan lumpur yang digunakan untuk menyamak bekas yang dijilat oleh anjing itu".

    Dari manakah sumbernya? Bolehkah saudara emelkan ke saya "asyshakor@yahoo.com.my"? Kerana ianya ada kaitan dengan kajian saya.

    ReplyDelete

Lontarkan apa sahaja yang anda ingin katakan. Saya akan membalas komen secepat mungkin. (InsyaAllah)