Sunday, 24 April 2011

Kerajaan Tidak Takut Kritikan Dari Blogger

Peranan dan tanggungjawab blogger di Malaysia dalam penyebaran maklumat sangat penting dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terpelihara tanpa ada sebarang provokasi dan diskriminasi yang melampau.

Datuk Seri Najib yang manghadiri Sidang Blogger Asean (Asean Blogger Conference) tadi menegaskan bahawa kerajaan tidak akan tapis segala kandungan internet terutama yang melibatkan unsur-unsur negatif tetapi setiap blogger yang di Malaysia yang kini berjumlah 1.10 juta orang haruslah tidak membuat sebarang kritikan dan provokasi yang negatif, sebaliknya mereka haruslah membuat kritikan yang membina.

Perdana Menteri berkata kerajaan mengiktiraf yang demokrasi digital terbuka adalah jalan ke depan bagi Malaysia sambil mengisytiharkan bahawa negara mempunyai dunia blogger paling ‘segar’ dan bebas.
“Tetapi bagi pihak kerajaan saya sendiri, saya boleh mengatakan dengan jelas bahawa kami tahu yang ia (internet) adalah jalan menuju ke hadapan,”
katanya ketika berucap merasmikan persidangan Blogger Serantau Malaysia-ASEAN yang pertama di sini hari ini.

Kita patut berterima kasih kepada Kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir (yang kini diteruskan dengan Datuk Seri Najib) kerana tidak menapis kandungan internet, kalau tak entri Firz  pasal video seks itu, mesti kena banned sebab dalam entri tu adalah mengenai kritikan Firz terhadap kerajaan.

Tetapi entri tersebut hanyalah pandangan peribadi Firz sendiri sebagai rakyat Malaysia yang tidak berniat menjatuhkan mana-mana pihak. Kerajaan harus menerima kritikan membina tersebut.

9 comments:

  1. kita dok kat negara demokrasi..memang sepatutnya pon kerajaan terima pandangan rakyat..ye tak?haha

    peace=)

    ReplyDelete
  2. @aku

    betul tue bro.. sebenarnya kritikan tue la sgt penting

    ReplyDelete
  3. kritikan mmg patot sbb untuk perbaiki....opss..xley lebey2..hihi

    ReplyDelete
  4. susahlah nk cakap..kekdg ckp terima suara rakyat tp hakikatnya...

    ReplyDelete
  5. hawiz : mmg x leh lebih2.. silap hari bula kena saman berjuta! haha

    husna : x perlu kata apa2 awk

    Zura : tue la pasal

    ReplyDelete
  6. kerajaan bersikap terbuka dalam menerima teguran..lagi2 dari rakyat..mmg sgt perluu :D

    ReplyDelete
  7. tun ; saya sokong awk!

    ain : npe awk? huhu

    ReplyDelete

Lontarkan apa sahaja yang anda ingin katakan. Saya akan membalas komen secepat mungkin. (InsyaAllah)