Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Friday 29 April 2011

Kuasa Facebook Fan Page

Entri ini adalah sambungan daripada entri bertajuk 10 Tempat Terbaik Promosikan Entri dan Kuasa Facebook dan Twitter Dalam Blog. Sila klik jika anda tidak membacanya lagi. Saya percaya, kuasa facebook fan page adalah lebih hebat berbanding forum.

Percaya atau tidak, anda sebenarnya boleh menjadi blogger yang dikenali ramai jika aktif di dalam fan page Facebook. Aktif disini bermaksud anda selalu share wall post sama ada berkongsi entri terbaru atau status terbaru dan anda juga selalu memberi komen terhadap wall post blogger lain.

Bayangkan jika di fan page Facebook itu mempunyai 5000 orang ahli, maka pada satu-satu masa, sekurang-kurangnya beratus-ratus ahli fan page dari seluruh Malaysia akan melihat entri anda di wall post fan page tersebut. Kalau anda rajin komen, maka semakin ramai yang akan mengenali anda.

Disini saya senaraikan beberapa Fan Page Facebook yang popular mengikut ranking. Sila tekan butang like dan aktiflah share wall post di sana ya.
  1. Sahabat Blogger
  2. Kongsi Link Belog
  3. Kami Si Blogger
  4. Blogger Malaya
  5. Kaki Blogger
  6. Blogger Terhebad
  7. Blogger Malaya
  8. Kelab Blogger (Ben Ashaari)
  9. Kelab Blogger Tegar Malaya
  10. Famili Blogger
Sesiapa ada nak tambah, sila bgtau ya? 

Thursday 28 April 2011

Khairi Zainuddin : Pemain Contoh Bolasepak Malaysia

Pemain bolasepak yang baik, selain mempunyai skil individu dan kepantasan, dia juga haruslah memiliki gaya penampilan yang menarik. Atas dasar itulah, Khairi Zainuddin menjadi pemain bolasepak yang patut dicontohi oleh pemain bolasepak lain.

Siapa Khairi Zainuddin ni? dia bukannya handsome pun. Tak pernah dengar nama dia pun kat TV atau suratkhabar? Kenapa patut menjadi pemain contoh pula?

Khairi Zainuddin merupakan pemain bolasepak yang mewakili skuad Seladang (Perak) musim 2011 dimana beliau bermain di bahagian pertahanan. Beliau sering kali menjadi pilihan jurulatih Norizan Bakar untuk diturunkan sebagai kebelasan utama.

Dia patut menjadi contoh kepada pemain bolasepak di Malaysia yang majoritinya beragama Islam kerana pandai menutup aurat. Sepertimana yang kita ketahui, aurat lelaki adalah dari pusat hingga ke lutut. Beliau berjaya menutup lututnya daripada terdedah kepada khalayak umum.

Selain itu, janggut pada muka beliau merupakan Sunnah Nabi SAW. Sesiapa yang amalkan Sunnah, dia akan dapat ganjaran pahala yang banyak. Klik sini untuk maklumat lanjut.

Malah, beliau merupakan pemain pertahanan yang bagus dengan memiliki tubuh badan yang sasa dan ketinggian yang cukup sebagai seorang pemain defender. Sebab itu, beliau menjadi ayam tambatan Norizan Bakar di bahagian pertahanan. Rekod terkini menunjukkan pasukan Perak mempunyai jumlah bolos gol yang paling sedikit.

Pemain seperti Khairi ini sukar untuk dijumpa pada mana-mana pasukan di Malaysia, sebab itulah anda menjadi pemain contoh Malaysia.. 

Semasa perasmian penaja skuad Seladang 2011

Apa Itu Spam?

Ini adalah spam di shoutmix!
Ingat lagi masa mula-mula Firz buat blog, selalu dengar perkataan spam, apa itu spam ya? akibat malas nak amek tahu, Firz tak sedar yang Firz dah melakukan spam di emel dan shoutbox. Pernah juga kena maki.. hehe.. biasalah.. tak tahu kan? Mesti korang pernah buat benda yang sama kan? 

Maksud spam ialah satu perbuatan melakukan iklan sesuka hati tanpa melakukannya di tempat yang sepatutnya. Tujuan spam adalah untuk melakukan promosi dan menyuruh orang klik pada iklan CPC (Cost Per Click) supaya keuntungan maksima dapat dihasilkan.

Kalau anda menghantar email yang mengandungi iklan CPC pada orang yang tidak dikenali, sama seperti anda masuk rumah orang tanpa diundang dan terus menceritakan kepada tuan rumah tentang produk anda. Tidakkah itu satu perbuatan yang memalukan? huhu..

Sebab tu Firz dah buang shoutmix sebab yang pertama lebih ramai orang yang buat spam dan kedua shoutmix nie membuatkan blog Firz jadi berat dan susah untuk loading. Jadi, kalo nak tinggal jejak, just kt ruangan komen je k? Sekadar cakap 'hye' pun takpe, Firz tetap approve. 

Lagipun, komen di blog ini lebih banyak manfaatnya dari segi backlink sebab blog ini sudah disetkan sebagai Do Follow. Maknanya, sekali anda komen, pasti traffic blog anda bertambah.

Kesimpulannya, lakukan promosi iklan/blog dengan berhemah. Belia Benci Spam ! :)

Wednesday 27 April 2011

Hukum Wanita Betindik Di Hidung

Gambar hiasan

Apakah hukumnya saya bertindik di hidung? Saya masih menutup aurat dan saya bertindik di hidung sekadar suka-suka? 
Mimi, KLumpur

Jawapan: 
  • Bagi sesetengah wanita di Arab bertindik di hidung adalah untuk mempercantikan diri. 
  • Jika tujuan menindik tersebut untuk dipersembahkan kepada suaminya maka hukumnya boleh (harus). 
  • Tetapi jika untuk dipamerkan di hadapan khalayak ramai, maka jelas hukumnya haram. Wallahu A'lam. 

Tuesday 26 April 2011

10 Tempat Terbaik Promosikan Entri

Mari-mari! saya ada entri baru!
Promosi adalah perkataan yang tidak asing daripada dunia perniagaan. Apabila sesuatu produk itu dicipta, ianya perlu diperkenalkan kepada target-target tertentu dengan cara promosi. Apabila promosi dilakukan, barulah produk itu dikenali dan jumlah jualan akan meningkat. Itupun jika cara dan medium promosi dilakukan dengan baik dan sesuai.

Begitu juga dengan entri anda di dalam blog. Entri anda di dalam blog umpama satu produk yang baru dicipta (kecuali entri copy and paste). Entri di dalam blog anda adalah satu produk yang berharga kerana anda sendiri yang mencipta dan mengolah dengan menggunakan bahasa dan cara yang tersendiri. 

Jadi, apa yang perlu anda perlu buat setelah menerbitkan entri baru tersebut? Tiada cara lain melainkan melalui cara promosi. Bila promosi dilakukan, maka traffic/pembaca blog akan bertambah daripada biasa dan apabila traffic blog anda tinggi, maka peluang iklan di dalam blog untuk di klik sangat tinggi. Aspek promosi di sini sangat luas. Contohnya Dengan melalui blogwalking (meninggalkan url entri terbaru anda selepas komen). Contoh :
Entri terkini :
<a href="URL ENTRI TERBARU" rel="dofollow">TAJUK ENTRI TERBARU</a>
Tetapi tips kali ini, Firz hanya mahu berkongsi 10 tempat terbaik yang boleh anda lakukan untuk aktiviti promosi. Anda perlulah mendaftar terlebih dahulu di tempat ini sebelum 'ping' entri terbaru. Tempat tersebut ialah : 
Seperti yang Firz beritahu tadi, tempat untuk anda melakukan promosi sebenarnya banyak. Tidak terhad kepada top 10 site itu sahaja. Di entri akan datang Firz akan share senarai Blogger Fan Fage dan Group Blogger di Facebook yang boleh anda promosikan entri juga. 
nota : sesiapa ada site lain untuk ping, sila share ya (khas untuk site berbahasa melayu sahaja)

Monday 25 April 2011

Digi Blogger Of The Year - Jom Undi Ben Ashaari

Tahu tak korang sejak dua menjak ni sibuk blogger cakap pasal anugerah Blogger of The Year anjuran Digi? Ke korang memang tak amek tahu pasal isu-isu blogger nie? Semua blogger popular dah mencalonkan diri masing-masing termasuk Ben Ashaari.

Kalau korang nak detail pasal anugerah ni, klik sini. Sesiapa nak mencalonkan diri masing-masing pun boleh tapi Firz tak nak sebab mana popular kan? segan lorh.. blogging pun tak sampai setahun lagi.. tak cukuplah syarat sbg blogger of the year kan?

Korang kenal tak blogger pertama Malaysia? Nama dia Paul Tan dan mempunyai page rank 6. Dia pun dah join award nie.. Korang kenal ke? Kalau tak kenal, tak payahlah undi.. hehe

Kenapa perlu undi Ben Ashaari?? Sebab dia sendiri cakap yang dia akan buat kenduri gathering khas untuk blogger kalo dia menang. Makan besar punya! Tak percaya? Ini buktinya!


So, jom undi sekarang-----> KLIK SINI 
Berbaloi-baloi!

Sunday 24 April 2011

Kerajaan Tidak Takut Kritikan Dari Blogger

Peranan dan tanggungjawab blogger di Malaysia dalam penyebaran maklumat sangat penting dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terpelihara tanpa ada sebarang provokasi dan diskriminasi yang melampau.

Datuk Seri Najib yang manghadiri Sidang Blogger Asean (Asean Blogger Conference) tadi menegaskan bahawa kerajaan tidak akan tapis segala kandungan internet terutama yang melibatkan unsur-unsur negatif tetapi setiap blogger yang di Malaysia yang kini berjumlah 1.10 juta orang haruslah tidak membuat sebarang kritikan dan provokasi yang negatif, sebaliknya mereka haruslah membuat kritikan yang membina.

Perdana Menteri berkata kerajaan mengiktiraf yang demokrasi digital terbuka adalah jalan ke depan bagi Malaysia sambil mengisytiharkan bahawa negara mempunyai dunia blogger paling ‘segar’ dan bebas.
“Tetapi bagi pihak kerajaan saya sendiri, saya boleh mengatakan dengan jelas bahawa kami tahu yang ia (internet) adalah jalan menuju ke hadapan,”
katanya ketika berucap merasmikan persidangan Blogger Serantau Malaysia-ASEAN yang pertama di sini hari ini.

Kita patut berterima kasih kepada Kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir (yang kini diteruskan dengan Datuk Seri Najib) kerana tidak menapis kandungan internet, kalau tak entri Firz  pasal video seks itu, mesti kena banned sebab dalam entri tu adalah mengenai kritikan Firz terhadap kerajaan.

Tetapi entri tersebut hanyalah pandangan peribadi Firz sendiri sebagai rakyat Malaysia yang tidak berniat menjatuhkan mana-mana pihak. Kerajaan harus menerima kritikan membina tersebut.

Saturday 23 April 2011

Nabil Akan Jadi Maharaja Lawak

Walaupun Maharaja Lawak masih panjang lagi untuk mengetahui siapa bakal jadi raja segala raja lawak di Malayisia, tetapi Firz dah nampak potensi Nabil untuk bakal jadi maharaja lawak.

Nabil (Ahmad Nabil Ahmad) yang berusia 27 tahun, yang menjadi Raja Lawak 2, sebenarnya berpotensi besar untuk menjadi Maharaja Lawak sebab dia sebelum ini sudah menjadi Bintang Paling Popular 2008 iaitu anugerah yang memerlukan undian pembaca Berita Harian yang paling banyak. Jadi, sudah tentu peminat Nabil akan terus mengundi dia dalam Maharaja Lawak pula.

Lagipun, Nabil sebenarnya dah mendapat pendedahan yang cukup meluas dari pelawak terkenal negara, Apek Saiful. Jadi, Apek nie sudah pasti ingin mencari seseorang yang bakal menjadi 'pengganti' dia. Dan Nabil lah pilihan paling tepat sebab diorang ini dah lama bersama dalam filem Sifu dan Tonga.

Walaupun Nabil sebelum ini telah banyak kali di kaitkan dengan gosip panas terutama pada isu Nabil bercium dengan budak sekolah menengah, Qasha, namun ia sebenarnya menjadi publisiti yang sangat berharga bagi meraih undi.

Pendapat ini hanyalah dari pandangan Firz sendiri je.. tidak mengambil dari mana-mana sumber pun. Seperti kata Nabil, "Lu pikirlah sendiri" ! hehe

Friday 22 April 2011

Wuduk : Cara Sebenar Mencantikkan Kulit Muka

Eh, mimpi apa Firz nie? tiba-tiba nak bagi tips kecantikan pula? hehe.. 

Gambar hiasan
Sebenarnya Firz ada chat dengan sorang perempuan nie, dia dah lama Firz kenal. Dia mempunyai wajah yang bersih dan cerah. Bila ditanya apa rahsia dia jaga kulit muka? Jawapan dia simple je.. iaitu hanya melalui wuduk.

Yup! itulah jawapan paling best Firz dengar. Selalu dengar jawapan pakai cream la, pakai pencuci muka la, dan macam-macam lagi.

Sebab tu kita di galakkan berselawat semasa membasuh muka ketika berwuduk. Selain itu, wuduk juga di jadikan sebagai syifa atau penawar kepada penyakit resdung. Caranya masa masukkan air dalam hidung, sedut sekali air tersebut ke dalam hidung sampai rasa nyilu di kepala. Pernah tak masa mandi sungai, korang tersedut air kt dalam hidung? macam tu la rasanya.. hehe

Tapi apa yang paling penting, dengan mengambil wudhuk yang sempurna, maka dosa-dosa kecil kita sebelum solat akan terhapus. 

Kuasa Facebook dan Twitter Dalam Blog

Rata-rata rakyat Malaysia mempunyai laman sosial seperti Facebook dan Twitter dimana mereka pasti akan online laman sosial ini sekurang-kurangnya sekali sehari. Buktinya, carian paling popular oleh Google di Malaysia ialah Facebook iaitu berada di ranking pertama. Maka tidak hairanlah, Facebook boleh dijadikan lubuk emas untuk berniaga. Bukan itu sahaja, malah anda boleh menjana traffic/ pembaca blog yang banyak hanya dari Facebook dan Twitter jika kena pada caranya. 

Jika kena pada caranya? macam mana caranya? untuk menjana traffic yang banyak dari laman sosial :
  1. Blog anda mestilah di lengkapi dengan button like Facebook, button share Facebook dan button tweet dari Tweeter. 
  2. Artikel di blog anda mestilah menarik, fresh atau jenis fakta/rahsia terbongkar. Barulah ramai yang akan share artikel tersebut di laman sosial. Bila satu orang share artikel anda itu di Facebook, sebenarnya dia telah menghasilkan 10 orang atau lebih pembaca baru ke blog anda. Kalau 1000 orang yang share? sesaklah blog anda dengan traffic sampai jammed ! :)
  3. Keyword memainkan peranan sangat penting. Cuba cipta keyword yang hot di mana dapat menarik minat orang untuk terus membaca. Contohnya, 'Hantu Kak Limah Lumba Drift !'
  4. Akhir sekali, jumlah kawan di Facebook atau Twitter mestilah kena ramai. Baru umphh!! 
Bagi sesiapa yang masih lagi tidak mempunyai fungsi share atau like Facebook dan Twitter di blog, sila ikuti tutorial ringkas di bawah :

Button Like
Button like ini sebenarnya kurang berkesan untuk menarik traffic ke blog sebab hanya tajuk yang terpapar pada profil Facebook kepada yang tekan button like tadi (Rujuk gambar di bawah) Tapi ia masih lagi relevan di pasang di blog anda.
Tutorial untuk pasang button like nie dah lama Firz buat buat, sejak masa mula-mula buat blog lagi. Sesiapa nak pasang button ni, boleh rujuk di sini

Share Button dan Tweet di bawah entri
Untuk membuat share button dan tweet twitter di bawah entri macam di blog ini, sila ikuti tutorial di bawah : 
Langkah 1
Pada dashboard blogspot anda , sila klik Design > Edit HTML > dan tekan Ctrl+F untuk mencari kod
<data:post.body/>
Langkah 2
<hr/><div style='float:left;padding:0px;'>
<a expr:share_url='data:post.url' name='fb_share' rel='dofollow' type='button_count'/>
<script src='http://static.ak.fbcdn.net/connect.php/js/FB.Share' type='text/javascript'/></div><div style='float:right; margin-left:0px;'>
<script type='text/javascript'> tweetmeme_style = &quot;compact&quot;; </script> <script src='http://tweetmeme.com/i/scripts/button.js' type='text/javascript'/>
</div><center>TEKS ANDA SENDIRI</center><hr/>
Tukarkan TEKS ANDA SENDIRI kepada ayat-ayat aluan anda. 

Langkah 3
Copy kod di atas dan paste kan di bawah kod
<data:post.body/>
Langkah 4
Save template
Konfius lagi?? Rujuk gambar di atas bagaimana kod tersebut diletakkan :)


Cara Pasang Add me at Facebook dan Follow me at Twitter
Nampak tak ada 2 button Facebook dan Twitter di kiri blog ni? Nak buat tak? jom baca tutorial di bawah :)
Langkah 1
Dashboard > Page Element > Add a Gadget > HTML/JavaScript


Langkah 2
Copy kod berikut dan paste ke dalam HTML/JavaScript

<style type='text/css'> a.linkopacity img { filter:alpha(opacity=50); -moz-opacity: 0.5; opacity: 0.5; -khtml-opacity: 0.5;} a.linkopacity:hover img { filter:alpha(opacity=100); -moz-opacity: 1.0; opacity: 1.0; -khtml-opacity: 1.0; } </style> <div style='display:scroll; position:fixed; top:200px; left:-12px;'>
<a class='linkopacity' href=' URL FACEBOOK ANDA ' imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-left: 1em;' target='_blank' title='facebook'><img border="0" src="http://i1112.photobucket.com/albums/k500/firdauskasim89/facebook_icon-1.png?t=1301884934" /></a><br />
<a class='linkopacity' href='URL TWITTER ANDA' imageanchor='1' rel='nofollow' style='margin-left: 1em; margin-left: 1em;' target='_blank' title='twitter'><img border="0" src="http://i1112.photobucket.com/albums/k500/firdauskasim89/twitter_icon-1.jpg?t=1301885006" /></a><br /></div>
Nota : 
-Sila ubah font berwarna hijau kepada URL profil Facebook/Twitter anda. Contoh : http://www.twitter.com/firdauskasim89


- Font yang berwarna merah adalah dari gambar icon Facebook dan Twitter yang dibuat sendiri Firz. Korang nak buat sendiri pun boleh.


-Kalau nak ubah ke kanan blog anda, just tukar perkataan left kepada right 


 Langkah 3
Save. 


Sekian sahaja tutorial kali ini. Minta maaflah sebab Firz asyik buat entri tutorial je.. sebab ada blogger yang request tuto nie.. Orang dah request, kita tak boleh tangguh-tangguh buat.. hehe..

Kalau tak faham, sila bgtau ya.. saya akan terangkan sampai jadi :)

Thursday 21 April 2011

Cara Buat Header Blog Guna Photoshop

Tutorial berikut adalah basic kepada sesiapa yang tak tahu buat header transparent. Anda haruslah belajar yang basic ini dahulu sebelum beralih ke cara buat header yang lebih advance. Jom buat header!! ikut step by step ya :)

Sebelum start, anda haruslah :
  1. Memiliki perisian Adobe Photoshop. Boleh download di sini
  2. Download font kegemaran anda di sini ke dalam laptop untuk digunakan sebagai font header anda.
  3. Anda mestilah sudah menyimpan gambar-gambar untuk dijadikan sebagai header.
Langkah 1
Buka Adobe Photoshop.
Klik File > Open dan pilih gambar anda.
Selepas itu, di bahagian kanan Adobe Photoshop, right klik pada gambar anda dan pilih Duplicate layer dan tekan OK
Langkah 2
Kini ada 2 Background, sila tutup simbol mata di Background,
manakala di Background copy, tidak perlu buat apa-apa
Langkah 3
Di bahagian kanan, pilih Eraser Tool dan padam pada background gambar anda. Saya gemar guna "Magic Eraser Tool" sebab lebih cepat. Kalau nak guna, hanya right klik pada simbol Eraser Tool.
Langkah 4
Anda boleh ubah saiz Eraser seperti yang ditunjukkan pada anak panah.
Langkah 5
Selepas selesai padam, right click gambar anda dan pilih Blending Option
Langkah 6
Di Blending Option, sila pilih border yang disediakan mengikut citarasa masing-masing dan klik OK
Langkah 7
Selepas itu, sila minimize/restore down gambar anda tadi 
Langkah 8
Ok kali ini kita nak buat header pula.
Klik File > New, lepas tu sila pilih tinggi dan lebar header mengikut kesesuaian blog anda. 900x300 pun sudah memadai
Langkah 9
Sila klik pada page gambar yang anda padam tadi.
Kemudian sila tarik (drag) gambar anda di background copy  ke dalam New Header tadi.
Langkah 10
Ubah saiz gambar anda dengan klik Edit > Transform > Scale
Langkah 11
Ubah saiz dan ubah kedudukan gambar anda mengikut kesesuaian
Langkah 12
Selepas selesai ubah saiz dan kedudukan, sila klik tanda right.
Langkah 13
Selepas itu, sila tambah text dengan klik pada huruf 'T'
Langkah 14
Anda boleh ubah teks seperti yang ditandakan dari segi style, saiz dan warna
Langkah 15
Di bahagian kiri, right click pada teks anda dan pilih Blending Option.
Langkah 16
Kalau dah puas hati, boleh lah save ya.
Sila klik File > Save For Web and Devices
Langkah 17
Kalau nak jadi header transparent, hanya guna Magic Eraser Tool dan padam background putih kt header tu. Anda juga boleh tambah banyak lagi imej/gambar kt header tu. Sila save as PNG 24 untuk save.
Dah siap.. senang tak? simple je kan? anda juga boleh menambah beberapa lagi gambar atau font yang menarik dalam header. Sila klik sini untuk melihat koleksi header blog firdauskasim yang simple mimple pimple! hehe!


Apa? malas nak buat header? takpe, untuk pembaca blog firdauskasim, saya boleh buatkan header secara percuma kepada anda. Hanya hantar gambar dan nickname blog untuk dijadikan header di sini. 


Untuk melihat sample dan design, sila klik sini.


Tutorial di atas hanya basic sahaja dan jika ada soalan, boleh beritahu di bahagian komen.

Bolehlah share tutorial ini kepada rakan-rakan blogger di Facebook atau Twitter dengan hanya tekan butang share. Terima kasih :)

Wednesday 20 April 2011

Saya Tak Hisap Rokok

Bunga Api
Kali terakhir saya merokok ialah pada umur 7 tahun. Masa itu main bunga api sangat best. Dia punya best memang tak puas sehinggalah selepas bunga api habis di bakar, saya akan ambil kesempatan untuk menghisap asap yang keluar dari tempat pemegang bunga api tersebut dan menghembuskan asap keluar layaknya seperti orang menghisap rokok. Ya, itulah kali terakhir saya hisap rokok! Eh! bukan rokok ekh? hehehe!

Sebenarnya member-member saya lah yang mendorong saya tidak menghisap rokok. Sejak kecil sehingga masuk IPTA, saya berkawan dengan orang yang tidak menghisap rokok walaupun arwah ayah saya sendiri juga menghisap rokok. Memang kuat betul pengaruh kawan kan? Maklumlah.. fikiran masa tu masih mentah.. ikut je apa orang buat.. hehe

Berbeza pada situasi sekarang, hampir semua rakan sekerja saya menghisap rokok. Waktu lunch hanya makan rokok sudah memadai. Oh! tidak! saya tidak sesekali akan terpengaruh sebab fikiran saya sudah boleh menilai yang mana baik atau buruk. 

Moral of the story : 
  1. Pandai memilih kawan. Tak pandai pun takpe, janji pandai menilai yang mana baik atau buruk.
  2. Jangan menghisap rokok, walaupun saya tahu amat sukar kepada perokok tegar untuk berhenti. Kalau tak rokok, rasanya macam tak makan nasi sehari! Langkah terbaik untuk berhenti, hisaplah bunga api! :P

Monday 18 April 2011

Jana Traffic Dengan Apesal.com


Gambar di atas menunjukkan sumber traffic blog Firdaus Kasim. Ternyata apesal.com menjadi penyumbang traffic terbesar di blog ini dari kali pertama Firz daftar sampailah sekarang.

Apesal.com. dapat membantu anda menjana traffic, membina backlink dan menghubungkan anda dengan blogger lain.

Apabila anda sudah mendaftar di apesal.com, anda dikehendaki memasang widget yang disediakan apesal.com ke dalam blog anda. Sila lihat contoh widget tersebut di bawah blog ini. Yang menariknya, anda sendiri boleh design widget tersebut mengikut citarasa masing-masing.

Setelah selesai, anda boleh 'add new post' di apesal.com.com, kemudian pihak apesal.com akan meletakkan post anda tersebut di blog lain yang berdaftar. Proses ini melibatkan proses timbal-balik dimana semua blogger dapat manfaat bersama.

Anda boleh submit post di apesal.com sebanyak 3 entri yang berbeza sehari. Tips untuk mendapat traffic yang tinggi dari apesal.com, anda haruslah menghantar post/entri berbentuk :
  • Informasi
  • Fakta
  • Tutorial
  • Isu semasa
  • Ilmu agama
Untuk maklumat lanjut dan ingin mendaftar, sila klik----->apesal.com

SAYA NAK JADI BLOGLIST SIMANIS-CADBURYLADY

Saya sangat menghargai rakan-rakan blogger yang komen di blog saya dan sentiasa berhubung di Facebook.

Tiada cara lain saya dapat membalas jasa anda melainkan saya memberi respon kepada komen anda, kemudian pergi ke blog anda untuk membalas komen dan seterusnya menyertai apa sahaja aktiviti yang anda anjurkan seperti join bloglist ini.

Pemilik blog ini (simanis-cadburylady.blogspot.com) iaitu Kak Aida selalu berhubung dengan saya melalui Facebook dan kalo korang nak join bloglist dia, pergi ke blog dia untuk detail ya-->Klik Sini

Apa yang menariknya, korang berpeluang dapat perfumes apabila join bloglist Kak Aida  sebab cabutan bertuah akan dilakukan.

Cepat join! tempat adalah terhad! (Tarikh tutup : 30/04/2011)

Saya nak tag kepada top commentator blog ini :

  1. Ca
  2. Azlan
  3. Amny
  4. Zik
  5. DeCrewz
Pesanan : Korang pun boleh join bloglist Firdaus Kasim. Tak perlu buat entri, tag, follow, bla bla bla.. Hanya masukkan link blog ini ke dalam bloglist korang je. Senang kan? Pendek kata exchange link la.. hehe!

Sama Tak Header Blog Ben Ashaari dengan Blog Firdaus Kasim?

Teringat masa dulu-dulu Firz buat blog, bila blogwalking ke blog lain, kebanyakan diorang mesti ada link blog Ben Ashaari kt bloglist diorang.

Bila first time tengok blog Ben Ashaari, Firz terkejut sebab design blog Firz lagi cantik dari blog Ben Ashaari. Tetapi kenapa dia boleh popular?

Apa lagi, search kt google la "Kenapa Ben Ashaari Popular". Kebanyakan jawapan mengatakan Ben Ashaari Popular sebab beliau akan update entri selang sejam ! wow ! sesuatu yang amat mustahil dilakukan mana-mana blogger. Hanya mereka yang mempunyai komitmen dan disiplin yang tinggi sahaja mampu melakukannya.

Ben Ashaari juga bekerja seperti biasa dari pukul 9 pg sampai 5 petang cuma jika ada masa terluang, beliau akan update entri. Firz juga seperti blogger lain, tertarik dengan keunikan Ben Ashaari dan sentiasa mengikuti perkembangan blog beliau dengan menyertai beberapa segmen.

Apa yang Firz perasan, header blog Ben Ashaari dah ditukar sebanyak 3 kali. Header blog  kali ini nampak lebih fresh dan semestinya handsome ! hehe..

Tak banyak beza pun, cuma berat badan je yang membezakannya.. haha

Sunday 17 April 2011

Apa Syarikat Pengiklanan yang Sesuai Pada Blogger Baru?

Pada pendapat Firz, blogger yang baru sahaja membuat blog dan berminat untuk menjana pendapatan daripada syarikat pengiklanan, mereka harus memilih syarikat pengiklanan yang kurang pesaing dan fleksibel.

Bersaing secara sihat
Hal ini kerana blog yang baru sahaja dibina tidak mempunyai jumlah traffic/pembaca yang banyak. Maka peluang mereka untuk meraih pendapatan melalui syarikat pengiklanan yang besar seperti Innity, Advertlets, Manga Ads dan Nuffnang amat tipis kerana mempunyai persaingan yang terlalu hebat dengan blog yang mempunyai traffic yang tinggi lebih mendominasi.

Anda tidak dibenarkan meletak sekali gus semua syarikat pengiklanan tersebut di dalam blog kerana mereka merupakan pesaing dan anda mungkin di banned jika melanggar syarat tersebut. Heartbeat juga satu syarikat pengiklanan yang baru ditubuhkan dimana syarikat ini hanya menawarkan produk berbentuk hadiah atau cenderahati. Pendapatan Heartbeat ini lebih banyak diperoleh jika kawan anda mendaftar di bawah link invite anda. Peluang untuk meraih pendapatan yang tinggi hanya melalui klik amat tipis kerana Heartbeat hanya menawarkan RM0.04 per klik sahaja.

Jadi, pada pendapat Firz, pilihan yang terbaik kepada blogger baru untuk memilih syarikat pengiklanan yang pertama pada blog mereka ialah di Says.my. Apabila traffic sudah maintain pada angka 100 ke atas, barulah mereka boleh beralih kepada syarikat pengiklanan seperti Nuffnang, Advertlets dan lain-lain.

Untuk meng-optimumkan pendapatan melalui Says.my, memerlukan anda melakukan kempen promosi yang kreatif seperti :
  • Membuat entri pasal kempen iklan yang sedang berlangsung dan sertakan sekali Unique Link anda.
  • Meletakkan banner di sertakan dengan teks yang dapat menarik orang untuk ketahui lebih lanjut.
  • Share melalui Facebook dan Twitter
  • Hantar emel kepada rakan-rakan yang DIKENALI
Ada sesetangah orang mengatakan bahawa status Glitterati pada Nuffnang akan di tarik jika menggunakan link Says.my di dalam blog. Tetapi status Glitterati Nuffnang saya masih lagi wujud setelah menggunakan Says.my selama 4 bulan. Screen shot ini di ambil semasa saya menulis entri ini.
Kesimpulannya, anda sebagai blogger harus bijak memilih syarikat pengiklanan yang sesuai pada prestasi blog anda sendiri. Kepada sesiapa yang telah buat kajian mengenai perbandingan syarikat-syarikat tersebut atau ingin berkongsi sebarang pendapat, sila beritahu di bahagian komen. Terima kasih.

Friday 15 April 2011

Tips Menulis Entri di Dalam Blog

Setiap daripada kita ada sesuatu untuk diluahkan atau dikongsi untuk manfaat bersama di dalam blog. Namun begitu, tujuan anda itu mungkin terbantut jika cara penyampaian luahan atau perkongsian tersebut tidak berkesan. 

Jadi, saya ingin berkongsi sedikit tips bagaimana untuk menulis entri di dalam blog supaya entri anda tersebut dapat menarik minat pengunjung untuk membaca blog anda. 

Tips 1 - Warna Font yang Sepadan (Matching) dengan background blog
Daripada pengamatan saya sepanjang blogwalking ke blog-blog blogger otai (blogger yang popular), kebanyakan mereka menggunakan font/tulisan berwarna gelap (hitam contohnya) dan background blog berwarna cerah (putih contohnya). Tiada seorang pun daripada mereka menggunakan font yang berwarna-warni.. hehe..

Jadi, dapat disimpulkan disini bahawa warna pada entri amat memainkan peranan yang penting bagi menarik minat pembaca untuk terus membaca entri anda. Pada pendapat saya, jika anda menggunakan font yang pelbagai warna, sebenarnya anda telah membunuh mood para pembaca blog yang rata-rata inginkan sesuatu yang santai dan simple.

Tips 2 - Justify
Sesetengah blogger yang sudah lama dalam dunia blog menyarankan agar kita menggunakan teks alignment Justify. Tujuannya supaya susunan teks di dalam entri nampak lebih kemas dan teratur. 
Selepas highlight teks, ubah kepada Justify
Tips 3 - Keyword yang berkesan
Ben Ashaari pernah mengatakan bahawa untuk mendapat duit Nuffnang yang banyak, kita tidak boleh mengharapkan blogger sahaja untuk klik iklan Nuffnang, tetapi sebaiknya di klik oleh orang yang bukan di kalangan blogger yang tidak tahu menahu tentang promosi terkini. Jadi, setiap entri baru yang anda buat haruslah berada di halaman pertama enjin pencarian (Search Engine)


Caranya mudah, iaitu Title pada entri anda haruslah berkait rapat dengan Content di dalam entri tersebut.
Cuba taip 'cara kencing' dekat Google, Entri saya yang bertajuk Cara Kencing Dalam Islam yang disiar 4 hari lepas berada di halaman pertama pada enjin pencarian Google daripada berjuta-juta tajuk yang sama. 


Jarang-jarang ada orang yang buka ke halaman seterusnya kerana perkara yang dicari mereka sudah berada di halaman pertama. Jadi, banyak traffic yang diperoleh apabila tajuk entri kita berada di halaman pertama enjin pencarian. 


Cuba anda tengok entri saya pasal cara kencing tu, perkataan kencing itu banyak kali disebut dan diulang dalam content entri. Jadi, keyword 'kencing' itu sepatutnya berada di title blog.


Anda juga haruslah memasang Meta Tag di dalam blog dan tahu serba sedikit tentang ilmu SEO (Search Engine Optimize) supaya entri anda sentiasa berada di halaman pertama enjin pencarian (saya akan terangkan pada entri akan datang)


Tips 4 - Gambar yang Menarik
Gambar yang menarik di dalam blog dapat menarik minat pembaca blog. Tetapi anda harus berhati-hati supaya tidak meletakkan gambar hak milik orang lain ke dalam blog. Sebaiknya beri kredit kepada gambar itu atau beritahu sumber gambar itu.


Gambar di blog anda juga dapat menjana traffic yang banyak. Caranya, gambar anda itu haruslah berada di Search Engine Google di bahagian images.


Caranya, beri nama pada imej tersebut (rename) dan tambah alt="keywod imej anda" di hadapan kod /></a></div>
Rename semula gambar yang di ambil
tambah alt="keywod imej anda" di hadapan kod /></a></div>
Ya, memang menyusahkan. Ini adalah sebagai salah satu cara untuk menarik traffic melalui SEO, kalau tak mahu buat pun tak apa.. tiada masalah.. hehe..


Tips 5 - Tatabahasa di Dalam Entri
Semua blogger berhak menggunakan apa sahaja bentuk bahasa yang digunakan. Tetapi bagi Firz, guna bahasa yang baku dan skema macam ni adalah lebih universal dan sesuai di semua peringkat umur.


Kalau anda ingin membuat entri berkaitan fakta atau tutorial, lebih molek guna bahasa baku. Sebaliknya, kalau buat entri personal, gunalah bahasa bebas.


Jadi, guna bahasa yang betul pada keadaan yang sesuai.


Lain-Lain Tips
  • Buat entri seringkas yang mungkin (Kecuali pada entri fakta)
  • Guna point-point dapat meringkaskan entri yang panjang
  • Buat entri pasal isu semasa yang panas (traffic mesti daboom punya!)
  • Label kan entri anda.
  • Link kan entri lama yang berkaitan dengan entri sekarang 
Sekian sahaja tips dan tutorial yang dapat saya share. Kalau ada apa-apa soalan, jangan segan-segan tanya ya. Terima Kasih :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim