Home
My Service
Sewa Iklan
Banner Exchange
Site Map
About Me
Isu
Tutorial
Agama
Sukan
Personal

Sila Klik Untuk Maklumat Lanjut

Safira Printing

Sunday 31 July 2011

Kalaulah Bulan Lain Adalah Bulan Ramadhan

Mungkin hari ini dalam sejarah bagi kita sebab kita menyambut bulan Ramadhan seawal bulan 8 (dalam kalendar Masehi). Teringat zaman kecik2 dulu.. selalu raya pada hujung-hujung tahun tetapi untuk tahun ini, kita bakal meraikan Aidilfitri seawal bulan 9. Tetapi itu semua bukan persoalannya, yang penting sekarang bulan Ramadhan yang bakal menjelma beberapa jam lagi, kita haruslah menyambutnya dengan penuh keinsafan dan kesyukuran.

Semoga api nafsu kita dapat dikurangkan.
Inilah bulan terbaik dan sangat sesuai untuk kita menilai balik kemanakah tahap keimanan kita terhadap Allah SWT yang mencipta tujuh petala langit tujuh petali bumi berserta isinya sekali yang mempunyai peranan masing-masing dan mencipta manusia bukan tujuan sia-sia. Kalaulah bulan lain adalah bulan Ramadhan, dunia ini pasti aman kerana bulan inilah bulan yang paling kita dapat mengawal nafsu. 

Kita perlu mengikuti syarat-syarat sah puasa seperti menahan lapar dan dahaga, menahan pandangan, menahan tutur kata dan menahan melakukan perkara sia-sia. Jika kita dapat mengikuti syarat2 sah ini, maka secara tidak langsung ia dapat mendidik kita menjadi orang yang sangat berdisiplin dan dirahmati Allah SWT. Bila Allah SWT dah merahmati hidup kita, maka tempat yang paling sesuai untuk kita selepas Akhirat ialah Syurga.

Harapan saya sempena kedatangan bulan yang mempunyai suasana Islam yang sangat dirindui ini, ialah gejala-gejala yang melanggar perintah Allah SWT seperti couple2, mengumpat sana-sini dan sebagainya dapat dikurangkan (lebih baik dihapuskan) dan semoga suasana Islam yang hanya wujud dibulan ini kekal sampai bila-bila.
p/s : bila datang bulan puasa je, macam biasalah, tv di Malaysia penuh dengan rancangan berunsurkan Islamik (yang tak terdapat di bulan lain) dan sempena bulan puasa ini juga, blog Firdaus Kasim akan menyajikan beberapa entri berunsurkan agama untuk santapan rohani kita semua. (rohani pun kena makan juga, sepatutnya kena lebih dari beri makan untuk fizikal)

4 comments:

i guess you said...

selamat puasa

miera said...

nice :) . Selamat Berpuasa Firdaus Kasim

Cikli said...

semoga 31 ogos nanti kita akan betul-betul merdeka.

Muhd Iqbal Samsudin said...

Ramadan Kareem !

SMEi :)

SMEi : Saya Membaca Entri Ini !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri Rakan Blogger. Apa Yang Terbaru?

! Firdaus Kasim Hak Cipta Terpelihara.
Themes designed by Firdaus Kasim